Nota Cinta

Monday, October 16, 2023

Al-Jinn Iblis Syaitan dan Jin

Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 227 (Surah 72) Al-Jinn Maqiah 28 ayat. 72:01-72:07 Katakanlah wahai Muhammad, telah diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad saw, berlaku satu jemaah 8 makhluk jin dari negeri Nasibain mendengar bacaan Al-Quran surah Ar Rahman oleh Rasulullah saw yang ketika itu berusia 51 tahun dan tengah mengimamkan solat Subuh di satu kawasan Bathnu Nahlin kira-kira perjalanan 1 malam dari Mekah. (Tahun 11 Setahun sebelum Hijrah ke Madinah) Sahih Muslim daripada Amir ra melalui Al-Qomah merujuk Ibnu Mas'ud ra. Terdapat kesan terbakar di kawasan Rasulullah saw berdakwah dengan makhluk jin dan ketika malam kejadian sebelumnya, berlaku riuh rendah bunyi bising di kawasan tersebut yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. (jin anak jaan bukan syaitan) Surah Al-Kahfi 18:50, Ar-Rahman dan Al-Araf 7:14-7:15, jin dan mala'ikat asalnya 1 komuniti di syurga dan diperintahkan Allah untuk sujud(TUNDUK HORMAT)kepada Adam. iblis(makhluk kecewa putus asa) merupakan dari kalangan jin, derhaka Allah kerana SOMBONG Meninggi Diri Enggan Hormat(sujud kepada) Adam kerana Adam dijadikan dari tanah sedangkan jin dari percikan api. Syaitan pula adalah anak iblis. Mereka tidak mati sehingga tiupan sangkakala pertama berlainan dengan jin kerana jin akan mati setelah usia sangat tua ratusan atau ribuan tahun. Doa Rasulullah Nabi Muhammad saw usir jin di kawasan usang atau rumah yang lama tidak diduduki manusia. Assalamualaina wa ala ibadillah-his-sollehin (selamat ke atas kami dan ke atas hamba-hamba yang salihin) Manusia yang syirik(mendustakan Allah) seperti meminta pertolongan jin akan menambah kesombongan dan menjahatkan lagi makhluk tersebut. Betapa ramai manusia dan jin tidak percaya terhadap hari pembalasan.

Wednesday, October 11, 2023

Menyayangi Rasulullah saw Mestilah Melebihi Menyayangi Diri Sendiri

Dari Abdillah b Hisyam ketika para sahabat tengah duduk bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba Nabi Muhammad saw memegang tangan Saidina Omar Al-Khattab ra dan Omar Al-Khattab ra terharu lalu bersuara, Demi Allah, Ya Rasulullah saw, aku sangat menyayangimu melebihi segalanya kecuali diriku, sabda Nabi saw, itu tidak benar. Ya Rasulullah saw, aku menyayangimu melebihi diriku, jawab Nabi saw. Itu yang benar. Sahih Bukhari. Anaz b Malek ra. sabda Rasulullah saw, kita akan bersama dengan orang yang kita sayang di akhirat. Pengajian kitab Bahrul Mazi jilid 21 ms157 (rumi ms190) syarah Dato'Shamsuri Hj.Ahmad. Sahih Ibnu Majah, hanya jasad para nabi tidak reput. Sahih Al-Bukhari, Sabda Rasulullah saw. Membaca Al-Quran dan Menghafaz diganjarkan gandaan 1 pahala tetapi Kesungguhan bagi mereka yang tidak tahu membaca tetapi berusaha itu digandakan 1 lagi pahala. Riwayat Ali b Abi Talib ra, sabda Nabi saw. Hafaz Al-Quran dan mematuhi halal haram akan masuk syurga. Riwayat Ibni Mas'ud ra, sabda Nabi saw, Firman Allah, Jangan kamu sangka mati syahid itu mati sedangkan mereka hidup disisi Allah, dikurniakan rezeki dan dimuliakan di dalam syurga. Sahih Imam At Tirmizi dari Ibni Abbas ra, sabda Nabi saw, batu Hajar Aswad di Mekah itu adalah permata dari syurga dan cahaya sinaran yang terpancar dari Timur ke Barat melalui batu tersebut telah dihilangkan oleh Allah.

Monday, September 18, 2023

Romantisnya Rasulullah saw dan baginda sangat baik pada para isterinya.

Pengajian Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 ms 226 surah Nuh 71:21 syarah Dato' Shamsuri Haji Ahmad Sahih At Tirmizi, anak cucu dan harta adalah ujian dari Allah Sahih Bukhari, mala'ikat Jibril kirim salam kepada Saidatina A'isyah ra. Sahih Imam ahmad, Rasulullah saw berkongsi minum dari bekas minuman isterinya. Sahih Bukhari, Rasulullah saw mengulangi hafazan Quran baginda sambil baring atas riba isterinya. Sahih At Tirmizi, lelaki terbaik ialah sangat baik pada isterinya, jangan cerita keburukan jenazah. Saba 34:34-35 Golongan kaya merasakan diri mereka terselamat dari neraka kerana mereka rajin bersedekah, hakikatnya sumber yang disedekahkan tersebut dari jalan yang haram. Al-Qasas 28:79, Masyarakat pada zaman itu teruja dan kagum dengan golongan kaya seperti kekayaan Qarun Nuh 71:21: Nuh mengadu kepada Allah yang pengikutnya terpedaya di bawah pengaruh kekuasaan golongan berharta. Nuh 71:22: Ramai telah disogok kemewahan sehingga melupakan seruan baginda. Nuh 71:23: Golongan kaya mempengaruhi masyarakat agar setia menyembah ukiran ulama terdahulu. Nuh 71:24: Selepas 950 tahun berdakwah akhirnya Nuh berputus asa lalu berdoa memohon pembalasan dari Allah SWT. Nuh 71:25: Allah mewahyukan kepada Nuh agar membina bahtera untuk pengikutnya yang beriman dan yang menolak seruannya akan dikaramkan melalui banjir besar. Mereka yang tenggelam ini akan dibalas azab di akhirat kelak. Tiada siapa yang terselamat dari azab Allah. Nuh 71:26: Doa Nuh "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! Nuh 71:27: Kerana sekiranya dibiarkan hidup, keturunan pendosa ini akan berterusan merosakkan yang lain. Nuh 71:28: Nuh berdoa agar pengikutnya yang masih beriman diberi keampunan dan yang kafir dibinasakan.

Wednesday, September 13, 2023

Mati dunia akan kekal di alam barzakh sehingga kiamat

Sahih Muslim, Iman manusia tidak konsisten. Sahih Imam Ahmad, Jibril turun dengan misi kata dua samada Nabi Muhammad saw ingin menjadi seperti Raja Sulaiman atau sebaliknya. Seru Jibril, "Tawadduk kamu wahai Rasulullah!" "Rendahkan diri kamu dengan ALLAH", jawab Rasulullah saw, baginda memilih menjadi pemimpin bersifat hamba kepada Allah. At-Takaathur, Manusia kini sibuk cari kekayaan dunia. Jangan begitu, depan kamu sekarang, Api Neraka Marak Menyala. Pengajian Bahrulmazi jilid 21 syarah Dato'Shamsuri Hj Ahmad, Hasan Gharib At Tirmizi, wahai Jabir, bapa kamu istimewa, Allah berbual berdepan dengan para syuhada dan bapa kamu berbual kepada Allah SWT agar beliau dihidupkan kembali ke dunia untuk mati syahid sekali lagi akibat tersangat terlalu gembira dengan hadiah pemberian Allah di syurga. (NOTIS: ALLAH TIDAK SAMA DENGAN MAKHLUK-DILARANG TAKWIL GUNA AKAL FIKIRAN!) Allah berfirman; "Mati manusia tidak kembali ke dunia." Al-Qiyamah 23-24, Kemuncak nikmat Ahli Syurga ialah melihat Allah SWT Al-Mukminun 99-100, kafir memohon kembali ke dunia untuk memeluk Islam tetapi didindingi Barzakh sehingga hari kiamat. Al-Haqqah 44-47, Wahai Muhammad, sekiranya kamu membuat kenyataan rekaan tentang Islam, Allah akan cabut nyawa kamu serta-merta. https://www.youtube.com/watch?v=XcuGeYMFJbg

Saturday, July 29, 2023

Manusia Kesuntukan Masa Dalam Mencari Bekalan Akhirat

Ceramah Khas Dato' Shamsuri Hj Ahmad. Sahih Muslim, Pada zaman governor Al-Mughirah b Syu'bah, Said b Zaid ra(salah seorang 10 sahabat dijamin syurga)sabda Nabi s.a.w, "Allah SWT akan benamkan sesiapa yang mengambil tanah secara haram walaupun seluas sejengkal." Said b Zaid telah difitnah mengambil tanah secara haram dan doa beliau yang teraniaya itu dimakbulkan Allah sehingga si penuduh menjadi buta sebelum mati. Sahih Musnad Imam Ahmad, Said bersumpah dengan nama Allah, "sabda Rasulullah saw, debu amalan para sahabat yang berperang bersama baginda lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding seluruh amalan kebaikan yang manusia lakukan." Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji? (Al-'Ankabuut 29:2) Sahih Bukhari, Setelah Rasulullah saw dihina, dipukul dan dihalau dari Mekah, mala'ikat Jibril menjelma dalam gumpalan awan, bersamanya ialah mala'ikat penjaga gunung yang bersedia untuk terbalikkan 2 gunung kepada penduduk Ta'if. Sabda Rasulullah saw, jangan, kita berdoa agar mereka diberi hidayah tidak syirik Allah SWT." Sekadar renungan kata-kata akhir ikonik terkenal dunia. Saat ini aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan, nama, dan kedudukan yang dikejar semasa hayatku itu tidak bermakna lagi, (kata-kata akhir Steve Jobs sebelum menemui ajalnya di usia 56 tahun akibat kanser pankreas) Saya mempunyai kereta termahal di dunia tetapi kini saya berkerusi roda. Rumah saya seperti istana penuh dengan pakaian berjenama lagi berharga. Tetapi kini, badan saya dibalut dengan cadar kecil hospital. (Kata-kata akhir Crisda Rodriguez sebelum menemui ajal di usia 40 tahun akibat kanser perut)
Sahih At Tirmizi dsri A'isyah ra, Rasulullah saw begitu susah ketika sakaratul maut baginda. Sabda Rasulullah saw, umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan tidak ramai berjaya melebihi 70 tahun Riwayat Abu Hurairah ra pesan Rasulullah saw. Jangan dengki, menipu, benci, saling menzalimi, nerendahkan dan menghina sesama muslim. Rasulullah saw mengulangi 3 kali, "Taqwa ada di hati tidak perlu menunjuk." Cukup dia adalah jahat sekiranya, menumpahkan darah, mengambil harta secara haram dan menjatuhkan maruah serta kehormatan sesama muslim. Sahih Muslim Riwayat Abu hurairah ra, sabda Nabi saw. muflis dalam Islam ialah seluruh pahala ibadahnya habis ditolak diberikan kepada orang yang disakitinya manakala lebihan dosa itu mencampakkan dirinya ke neraka.

Monday, July 17, 2023

Surah Nuh 71:14 Pendengaran dicipta kemudian penglihatan kemudian hati, Hadis Duit

17-07-2023 Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad: Tafsir Surah Nuh, Ayat 14-20 | Tafsir Nurul Ehsan Jld 4 Sahih Muslim dari Hakim b Hizam ra sabda Nabi saw. duit jika dicari dan dibelanjakan ke jalan ibadah akan diberkati Allah tetapi akan merosakkan diri jika dicari dan dibelanjakan ke jalan nafsu serakah. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Sahih At Tirmizi dari Kaap b Iyad ra sabda Nabi saw. Setiap umat para Nabi ada ujian berbeza tetapi ujian umatku ialah harta. Sahih At Tirmizi riwayat Kaap b Malek ra sabda Nabi saw. Manusia lebih dasyat memburu duit berbanding serigala yang menerkam mangsanya. Sahih Bukhari, sabda Nabi saw. Suatu masa nanti, manusia tidak mempedulikan halal haram dalam mencari dan membelanjakan duit. Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Uqbah b Amir ra, sabda Nabi saw. Surah Al-An'Am ayat 6:44, (Istidraj - Kemewahan yang dilimpahkan kepada manusia yang dilupakan oleh Allah SWT) Tafsir Surah Nuh ayat 14-20 (Nuh 71:14) : Manusia diciptakan berperingkat (An Nahl 16:78 Al-Mukminun 23:78 As-Sajdah 32:9 Al-Mulk 27:23) keluar dari kandungan ibu dimulai pendengaran kemudian penglihatan dan seterusnya hati. (Surah At-Tin 95:1-8) Diciptakan cantik sebaik-baik kejadian tetapi kemudian manusia menyalahinya (Al-Hujuraat 49:13) diciptakan lelaki dan perempuan pelbagai suku bangsa supaya berkenal berdakwah (Nuh 71:15) : Langit diciptakan 7 lapis tingkatan (Nuh 71:16) : Bulan diciptakan sebagai biasan cahaya manakala Matahari sebagai punca lampu (Nuh 71:17) : Manusia hidup dari makanan sumber tanah iaitu tumbuhan (Nuh 71:18) : Manusia mati kembali kepada tanah kubur dan menanti dihidupkan semula untuk hari pembalasan (Nuh 71:19) : Bumi diperlihatkan hamparan rata (Nuh 71:20) : Agar manusia boleh berjalan di atasnya

Wednesday, July 12, 2023

Ahli Syahid atau Para Syuhada

LIVE 120723 Bahrul Mazi jilid 21 Siri 60    syarah Dato Shamsuri Hj Ahmad, Masjid Abd Fahim Kepala Batas Seberang Perai Utara Pu;au Pinang

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. dalam Hadis Qudsi, Firman Allah, Surah Sajadah, Para solehin mendapat nikmat yang tiada di dunia. 

gambar hiasan
Sahih Imam Abu Daud, sabda Nabi saw. Allah hiasi syurga dengan amal soleh dan neraka dengan keseronokan nafsu. Jawab mala'ikat Jibril as, "Demi kebesaranMu ya Allah, semua manusia masuk neraka." 

Sahih An Nasa'i dari Uqbah b Amir ra. sabda Nabi saw. Allah befirman kepada para mala'ikat, "Lihatlah hambaKu yang azan, iqamah dan solat berseorangan ini. Oleh kerana ketakukannya kepadaKu, dosanya diampunkan dan dia bakal ke syurga." 

Pengajian kitab Bahrul Mazi mukasurat 154, "Tuhan bercakap depan Para Syuhada"

Riwayat Jabir ra sabda Nabi saw. Allah SWT berbual dengan para Syuhada secara berhadapan (ayat tafsir mutasyabiha)

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Selain syahid peperangan, mati ikhlas beribadah, mati redha ujian wabak, mati sabar penyakit perut, mati lemas dan mati ditimpa runtuhan bangunan juga mati syahid. 

Sahih Abu Daud, mati mempertahankan nyawa, keluarga, harta dan agama juga mati syahid.

WARNING! AMARAN! Aliran Pemikiran Salaf (300 tahun generasi selepas kewafatan Rasululullah saw) Pendirian ulama Salaf ialah Allah SWT berbeza dari mahluk ciptaanNya & Pendirian ulama Khalaf pula mentaqwilkan ayat mutasyabiha bagi mengelakkan salah faham generasi terkemudian yang baru mempelajari ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw.  YANG SALAH IALAH MUSLIM YANG BERGADUH SESAMA SENDIRI

Monday, June 19, 2023

Istigfar dimurahkan rezeki

gambar sekadar hiasan
https://www.youtube.com/watch?v=97Oi3jRSJcA

Kuliah Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang pada 19 Jun 2023 

Sahih Bukhari, dari tabi'in Amir dari Nuqman b Bashir ra, sabda Nabi saw. Dalam badan manusia, ada seketul daging iaitu hati, sekiranya rosak seketul daging tersebut maka rosak keseleluruhan akhlak.

Manusia apabila tua akan merasa muda dengan 2 perkara iaitu wang dan angan-angan.

Nurul Ihsan kitab tafsir Al-Quran Jilid 4 surah Nuh ayat 71:7 ms224(jawi) teks ringkasan 71:7-13

Nabi Nuh as berdakwah menggunakan pelbagai teknik samada kaedah tegasan dengan intonasi kuat mahupun teknik pujukan lembut nada perlahan tetapi tetap ditolak oleh kaumnya. Baginda menyeru umatnya beristighfar (memohon keampunan kepada Allah SWT) agar dimurahkan rezeki. 

Sahih Imam Ahmad, Nabi saw beristighfar 100 kali. Sahih Muslim, Nabi saw menyeru solat jenazah yang ikhlas

Wednesday, June 14, 2023

4 Ketua Wanita di Syurga

https://www.youtube.com/watch?v=UoYl99XhAF8   Kuliah Maghrib Ustaz Dato Ustaz Shamsuri Haji Ahmad di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Muqaddimah 

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Firman Allah swt kepada Nabi Ibrahim as yang mempersoalkan kenapa ayahnya di neraka, "JanjiKu, Syurga haram kepada mereka yang mati kafir". 

At Tahrim ayat 10, isteri Nabi Nuh as dan isteri Nabi Lut as yang dicampak ke neraka itu tidak dapat dibantu oleh suami mereka walaupun suami mereka itu berpangkat Nabi.  

At Tahrim ayat 11, isteri FirAun berdoa agar tidak terjerumus ke dalam kesesatan suaminya dan memohon dianugerahkan sebuah istana di syurga dan Allah memakbulkan permintaan tersebut 

gambar sekadar hiasan,,
Sahih Sunan Imam Ahmad, sabda Nabi saw,  4 pemimpin wanita di syurga terdiri daripada 1) Khatijah bt Khuwailid r anha, 2) Fatimah bt Muhammad saw, 3) Mariam bt Imran@ibu nabi Isa as dan akhir sekali 4) Asiah @isteri FirAun

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Segera beramal kebaikan jika mahukan Islam.

Riwayat Abu Musa Al-Ash'ary ra sabda Nabi saw. Fitnah akhir zaman bermula dari perselisihan faham sesama muslim sehingga berlaku pembunuhan. Sekiranya bermula keadaan tersebut, binasakan segala senjata yang boleh mencederakan saudara sesama muslim. Sekiranya terpaksa, pilih mengalah menjadi Habil iaitu anak Adam yang baik yang dibunuh Qabil. 

Pengajian kitab BahrulMazi jilid 21, kitab jawi mukasurat 153 

Riwayat At Tirmizi dari Jabir ra. Rasulullah saw mempersoalkan tindakan Jabir menikahi janda, kata Jabir yang tindakannya itu demi menjaga adik-adik perempuannya. sabda Nabi saw kepada Jabir, Allah berkati kamu wahai Jabir ra. 

Sahih Bukhari, bapa Jabir ra mengadu pada Nabi saw tentang hutang arwah bapanya yang banyak. Keesokan pagi, Rasulullah saw datang ke rumah Jabir lalu mengenakan mukjizat baginda terhadap sepohon kurma sehingga hasil buah-buahannya mampu melangsaikan hutang arwah.  

Wednesday, March 8, 2023

TIDAK AMANAH

Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 21 syarah Dato' Shamsuri Hj Ahmad

Surah Al Mutaffifiin 83)1-14
Teks Ringkasan

Celaka besar bagi mereka yang menipu dalam berniaga. Tidakkah manusia tahu mati itu permulaan kegerunan sejak alam kubur. Jangan menipu kerana rekod dosa itu disimpan di satu bilik kebal. Celaka besar pendosa ini kerana mereka berdusta hari akhirat. Apabila dibacakan ayat Al-Quran, mereka berkata ia karut kerana hati mereka telah bertompok titik-titik hitam akibat perbuatan dosa mereka sendiri.

Sahih Muslim, manusia lupa derita dunia dan kemewahan dunia apabila dimasukkan secelup di akhirat akibat kedasyatan neraka dan kecantikan syurga itu sendiri. 
insaf wahai manusia-gambar sekadar hiasan...

Sahih An Nasa'i sabda nabi saw. jenazah seorang sahabat agong lagi mulia Saad b Muaz ra yang disambut oleh 70 ribu mala'ikat juga melalui kesengsaraan himpitan alam kubur.

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan pecah amanah dan menipu kerana hasil penipuan tersebut akan ditanggung melekat dibelakang tubuh ketika di mahsyar. 

Sahih At Tirmizi dari Thauban ra, sabda nabi saw. Mati muslim dalam keadaan tidak takabur, tidak pecah amanah dan tiada hutang akan terus ke syurga. 

Tuesday, January 10, 2023

Amalan Terbaik agar Tidak Terpesong dari Keredhaan ALLAH

https://www.youtube.com/watch?v=Lvy7a7Kn074 link youtube kuliah, kredit PROmediaTAJDID

Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 21 syarah Dato' Shamsuri Hj Ahmad

Sahih Imam Ahmad dari Anaz b Malek ra, sabda Rasulullah saw tentang seorang sahabat yang bakal menjadi ahli syurga, sahabat tersebut memberitahu kepada Abdullah bin Amru bin Al-As ra. Untuk ke tahap Ahli Syurga, jangan ada sifat dengki, sombong, iri hati, menipu dan cakap tidak baik

gambaran sekadar hiasan,,,
Sahih An Nasa'i, Rasulullah saw (dalam doa iftitah) memohon petunjuk cara amalan dan akhlak terbaik yang tidak terpesong dari keredhaan Allah SWT untuk baginda membimbing umatnya 

Sahih Imam Ahmad, dari A'isyah r anha, Rasulullah saw beperibadi mulia, bukan jenis cakap riuh di pasar, baginda membalas keburukan dengan kebaikan dan baginda paling tidak suka manusia cakap bohong

Al-Baqarah 216 ....kamu tidak suka benda tersebut sedangkan ia baik bagi kamu dan Allah Maha Mengetahui

https://knowingallah.com/en/  Prof Dr. Arthur J. Ellison memeluk Islam di akhir pembentangan kajian tentang roh manusia

Sahih Abu Daud, Doa Rasulullah saw "Allahummabismika ahya wa amutu" dan wuduk sebelum tidur mengiring sebelah kanan

Hadis Riwayat At Tirmizi, dari Abi Talhah ra setelah selesai perang Uhud, Allah anugerahkan nikmat mengantuk hanya dikalangan para sahabat yang beriman