Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Saturday, July 29, 2023
Manusia Kesuntukan Masa Dalam Mencari Bekalan Akhirat
Ceramah Khas Dato' Shamsuri Hj Ahmad. Sahih Muslim, Pada zaman governor Al-Mughirah b Syu'bah, Said b Zaid ra(salah seorang 10 sahabat dijamin syurga)sabda Nabi s.a.w, "Allah SWT akan benamkan sesiapa yang mengambil tanah secara haram walaupun seluas sejengkal." Said b Zaid telah difitnah mengambil tanah secara haram dan doa beliau yang teraniaya itu dimakbulkan Allah sehingga si penuduh menjadi buta sebelum mati. Sahih Musnad Imam Ahmad, Said bersumpah dengan nama Allah, "sabda Rasulullah saw, debu amalan para sahabat yang berperang bersama baginda lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding seluruh amalan kebaikan yang manusia lakukan."
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji? (Al-'Ankabuut 29:2)
Sahih Bukhari, Setelah Rasulullah saw dihina, dipukul dan dihalau dari Mekah, mala'ikat Jibril menjelma dalam gumpalan awan, bersamanya ialah mala'ikat penjaga gunung yang bersedia untuk terbalikkan 2 gunung kepada penduduk Ta'if. Sabda Rasulullah saw, jangan, kita berdoa agar mereka diberi hidayah tidak syirik Allah SWT."
Sekadar renungan kata-kata akhir ikonik terkenal dunia.
Saat ini aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan, nama, dan kedudukan yang dikejar semasa hayatku itu tidak bermakna lagi, (kata-kata akhir Steve Jobs sebelum menemui ajalnya di usia 56 tahun akibat kanser pankreas)
Saya mempunyai kereta termahal di dunia tetapi kini saya berkerusi roda. Rumah saya seperti istana penuh dengan pakaian berjenama lagi berharga. Tetapi kini, badan saya dibalut dengan cadar kecil hospital. (Kata-kata akhir Crisda Rodriguez sebelum menemui ajal di usia 40 tahun akibat kanser perut)
Sahih At Tirmizi dsri A'isyah ra, Rasulullah saw begitu susah ketika sakaratul maut baginda.
Sabda Rasulullah saw, umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan tidak ramai berjaya melebihi 70 tahun
Riwayat Abu Hurairah ra pesan Rasulullah saw. Jangan dengki, menipu, benci, saling menzalimi, nerendahkan dan menghina sesama muslim. Rasulullah saw mengulangi 3 kali, "Taqwa ada di hati tidak perlu menunjuk." Cukup dia adalah jahat sekiranya, menumpahkan darah, mengambil harta secara haram dan menjatuhkan maruah serta kehormatan sesama muslim.
Sahih Muslim Riwayat Abu hurairah ra, sabda Nabi saw. muflis dalam Islam ialah seluruh pahala ibadahnya habis ditolak diberikan kepada orang yang disakitinya manakala lebihan dosa itu mencampakkan dirinya ke neraka.
Labels:
Said bin Zaid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment