Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, October 16, 2023
Al-Jinn Iblis Syaitan dan Jin
Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 227 (Surah 72) Al-Jinn Maqiah 28 ayat. 72:01-72:07 Katakanlah wahai Muhammad, telah diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad saw, berlaku satu jemaah 8 makhluk jin dari negeri Nasibain mendengar bacaan Al-Quran surah Ar Rahman oleh Rasulullah saw yang ketika itu berusia 51 tahun dan tengah mengimamkan solat Subuh di satu kawasan Bathnu Nahlin kira-kira perjalanan 1 malam dari Mekah. (Tahun 11 Setahun sebelum Hijrah ke Madinah)
Sahih Muslim daripada Amir ra melalui Al-Qomah merujuk Ibnu Mas'ud ra. Terdapat kesan terbakar di kawasan Rasulullah saw berdakwah dengan makhluk jin dan ketika malam kejadian sebelumnya, berlaku riuh rendah bunyi bising di kawasan tersebut yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. (jin anak jaan bukan syaitan)
Surah Al-Kahfi 18:50, Ar-Rahman dan Al-Araf 7:14-7:15, jin dan mala'ikat asalnya 1 komuniti di syurga dan diperintahkan Allah untuk sujud(TUNDUK HORMAT)kepada Adam. iblis(makhluk kecewa putus asa) merupakan dari kalangan jin, derhaka Allah kerana SOMBONG Meninggi Diri Enggan Hormat(sujud kepada) Adam kerana Adam dijadikan dari tanah sedangkan jin dari percikan api. Syaitan pula adalah anak iblis. Mereka tidak mati sehingga tiupan sangkakala pertama berlainan dengan jin kerana jin akan mati setelah usia sangat tua ratusan atau ribuan tahun.
Doa Rasulullah Nabi Muhammad saw usir jin di kawasan usang atau rumah yang lama tidak diduduki manusia. Assalamualaina wa ala ibadillah-his-sollehin (selamat ke atas kami dan ke atas hamba-hamba yang salihin)
Manusia yang syirik(mendustakan Allah) seperti meminta pertolongan jin akan menambah kesombongan dan menjahatkan lagi makhluk tersebut. Betapa ramai manusia dan jin tidak percaya terhadap hari pembalasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment