Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, September 13, 2023
Mati dunia akan kekal di alam barzakh sehingga kiamat
Sahih Muslim, Iman manusia tidak konsisten.
Sahih Imam Ahmad, Jibril turun dengan misi kata dua samada Nabi Muhammad saw ingin menjadi seperti Raja Sulaiman atau sebaliknya. Seru Jibril, "Tawadduk kamu wahai Rasulullah!" "Rendahkan diri kamu dengan ALLAH", jawab Rasulullah saw, baginda memilih menjadi pemimpin bersifat hamba kepada Allah.
At-Takaathur, Manusia kini sibuk cari kekayaan dunia. Jangan begitu, depan kamu sekarang, Api Neraka Marak Menyala.
Pengajian Bahrulmazi jilid 21 syarah Dato'Shamsuri Hj Ahmad, Hasan Gharib At Tirmizi, wahai Jabir, bapa kamu istimewa, Allah berbual berdepan dengan para syuhada dan bapa kamu berbual kepada Allah SWT agar beliau dihidupkan kembali ke dunia untuk mati syahid sekali lagi akibat tersangat terlalu gembira dengan hadiah pemberian Allah di syurga. (NOTIS: ALLAH TIDAK SAMA DENGAN MAKHLUK-DILARANG TAKWIL GUNA AKAL FIKIRAN!) Allah berfirman; "Mati manusia tidak kembali ke dunia."
Al-Qiyamah 23-24, Kemuncak nikmat Ahli Syurga ialah melihat Allah SWT
Al-Mukminun 99-100, kafir memohon kembali ke dunia untuk memeluk Islam tetapi didindingi Barzakh sehingga hari kiamat.
Al-Haqqah 44-47, Wahai Muhammad, sekiranya kamu membuat kenyataan rekaan tentang Islam, Allah akan cabut nyawa kamu serta-merta.
https://www.youtube.com/watch?v=XcuGeYMFJbg
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment