Ya’jud Ma’jud Kuliah Ust Shamsuri BahrulMazi Bab Nabi Isa
keluar dari kepongan. Rujukan Hadis Sahih Muslim & Bukhari.
Allah SWT perintahkan Nabi Isa AS bersama pengikutnya yang
beriman kepada Allah SWT supaya bersembunyi ke bukit Tursina kerana Allah akan
menurunkan makhluk Ya’jud & Ma’jud yang tidak dapat ditewaskan sesiapa
sahaja. Tasek Attabbariyah seperti lautan itu kering-kontang diminum oleh makhluk
Allah Ya’jud & Ma’jud yang tidak terkira terlalu banyaknya itu. Segala jenis
tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia di atas dunia juga turut dimakannya. Kelajuan
makhluk tersebut seperti deruan air turun dari gunung. Kemudian Allah SWT menurunkan
sejenis wabak penyakit membunuh sekalian makhluk Ya’Jud Ma’Jud. Terkepong
di belakang JabbalTursina berlaku kebuluran dimana satu tulang kepala lembu
jauh lebih berharga dari duit yang ada. Pada masa yang sama seluruh bumi walaupun
sejengkal tanah diliputi, dipenuhi dan dicemari bangkai Ya’Jud Ma’Jud
yang bergelimpangan. Bermohon doa oleh Nabi Allah Isa AS dan pengikutnya menunaikan
solat hajat bagi mengatasi masalah tersebut. Dihantar Allah burung-burung Ababil
membersihkan bangkai dituruti hujan lebat membersihkan segala
kotoran bau bangkai Ya'Jud Ma'Jud. Kemudian makmurnya dan berkat bumi sehingga seronoknya
umat Islam pada ketika pemerintahan Nabi Isa AS sehingga baginda wafat (pada masa sekarang baginda Isa AS tidak wafat seperti didakwa yahudi & nasrani). Kemudian separuh umat Islam tersebut kembali ramainya
menjadi kafir dan murtad sehingga Kiamat Besar.
Allah SWT tidak mahu hambaNya yang beriman kepadaNya
menerima kemusnahan Kiamat Besar lalu mengirimkan angin lembut mengambil
nyawa umat Islam yang beriman sehingga tinggal mereka yang kafir di dunia ini.
No comments:
Post a Comment