Seorang Arab Badwi datang berjumpa dan mencabar NabiSAW membuktikan
kerasulannya dengan menyuruh memanggil pohon kurma yang sudah lama kering itu.
Sabda RasulullahSAW menyuruh lelaki tersebut berbisik kepada pohon kurma tersebut supaya
datang kepada Baginda. Dengan anugerah mukjizat kurniaan AllahSWT kepada
NabiSAW, datang pokok kurma dengan berjalan ke arah Nabi Allah MuhammadSAW melalui
akar yang dicabut sendiri oleh pokok itu lalu memberi salam kepada Baginda.
Kemudian RasulullahSAW menyuruh pokok tersebut balik kepada kedudukan asal. Terkejut
lelaki tersebut lalu mengucap sambil berkata cukuplah, cukuplah..
RasulullahSAW juga pernah membuktikan kerasulannya pada kaum
Yahudi dengan menunjukkan jarinya ke bulan lalu bulan tersebut terbelah dua sebagai
tanda mukjizat NabiSAW.
Baginda yang sederhana peribadinya dengan keadaan rumahnya yang tiada harta, tidur sekadar pada pelepah kurma mengalirkan air mata para sahabat sehingga kasihnya
para sahabat pada Baginda NabiSAW melebihi diri mereka sendiri, harta, anak dan
isteri mereka. Pemimpin Umat Akhir Zaman yang menguasai segalanya pada masa itu sehingga
Rom, Parsi, RajaQaisar dan RajaQisra
tunduk pada Baginda NabiSAW yang amat sederhana peribadinya itu menyebabkan para sahabat
ingin sujud pada Baginda tetapi dilarang BagindaNabiSAW lalu bersabda:- Sekiranya Islam membenarkan manusia sujud pada manusia,
nescaya aku menyuruh Isteri sujud pada Suami bukan padaku.
No comments:
Post a Comment