Firman Allah Ali Imran 154-156 Pengajaran Uhud di kalangan Muslim ada Munafik. Allah menguji siapa beriman siapa munafik. (pengajian tafsir kitab Nurul Ihsan syarah Ustaz Shamsuri Ali Imran)
“Perang Uhud” 700 tentera NabiSAW vs 3000 tentera Abu Sufyan
Ketika strategi perang Uhud, NabiSAW berpesan pada pasukan pemanah
agar jangan sesekali meninggalkan bukit tersebut walau apapun yang terjadi samada tentera barisan hadapan kalah atau menang. Ketika berperang, tentera kelompok kafir utama pimpinan Abu Sufian kelihatan kalah sambil
mengundurkan tenteranya sehingga meninggalkan banyak harta rampasan perang. Allah menguji keimanan pada pasukan muslim akan peninggalan harta rampasan perang di bawah bukit. Allah mengizinkan syaitan membisikkan sifat tamak manusia supaya muslim mengenali siapa munafik dan siapa yang teguh keimanan di kalangan mereka.
Sifat tamak menguasai divisyen pemanah Islam dan mereka pun turun dari bukit. Baki yang tinggal ialah Abdullah bin Jubair dan beberapa orang yang tetap iman. Mereka akhirnya dibunuh pasukan berkuda musuh divisyen 1 pimpinan Khalid Al Walid. Akhirnya divisyen bawah bukit pimpinan RasulullahSAW dihujani panahan diikuti deruan pasukan berkuda musuh ke 2 pimpinan Ikrimah bin Abu Jahal yang menyerang hendap dari belakang.
Apabila Uhud diambil alih kafir, muslim kelam kabut dan ada yang berbunuhan sesama sendiri. Sebahagian muslim lari bertempiaran dari medan perang. hanya tinggal 7 Ansar dan 2 Quraish mengelilingi Nabi saw. Nabi saw jatuh ke dalam lubang yang digali munafik. 7 sahabat Ansar menutupi mengelilingi lubang dihujani panah musuh.

Beberapa
Sahabat Besar dalam barisan pertahanan NabiSAW tumbang dan syahid termasuk Saidina Hamzah dan Mus'Ab bin Umai ra. Khabar
angin berita RasulullahSAW wafat menyebabkan tentera Islam semakin lemah dan tertewas.
Melihat saat getir kecederaan NabiSAW, AbuTalhah ra segera berlari menjadikan badannya sebagai perisai bagi melindungi NabiSAW. Bagi AbuTalhah biarlah dirinya mati dan cacat walaupun telah menerima lebih
tujuh puluh tikaman serta jari tangannya putus tetapi jangan sesekali
RasulullahSAW cedera parah atau wafat di medan perang.
Di saat kecemasan itu, kelihatan juga seorang lagi sahabat besar iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah ra berlari
ke arah NabiSAW menggunakan giginya sehingga patah untuk mencabut anak panah dan rantai besi pada rahang
pipi NabiSAW bagi mengelakkan luka baginda Nabi lebih parah.
Nabi Muhammad saw yang sedang parah sempat bersabda. "Kita telah bertindak tidak adil pada sahabat Ansar." Ketika itu, musuh mengatakan Muhammad sudah mati. Kaap bin Malek ra melaungkan semangat Muhammad masih hidup. Nabi saw menghentikan laungan Kaap kerana sudah cukup korban yang diterima muslim. Sabda Nabi saw. "Biarkan musuh meraikan kemenangan ke atas berita palsu kewafatanku dan kembali pulang." Sahih Muslim dari 10 sahabat dijamin syurga iaitu Saad Abi Waqas ra yang bertahan di bawah. "Ketika perang Uhud, aku melihat dikiri kanan Rasulullah saw terdapat 2 manusia yang lengkap berjubah putih bersih." Sabda Nabi saw. Itulah mala'ikat Jibril dan Mikail Alaihi Assalam yang mematahkan leher-leher musuh yang mengancamku." Peristiwa kekalahan muslim ini menjadi pengajaran kepada seluruh umat Islam tentang kesetiaan pada pemimpin tertutama Allah dan RasulNya.

No comments:
Post a Comment