Nota Cinta

Sunday, September 30, 2012

Neraca Keadilan Padang Mahsyar


Bahrulmazi jilid 3 ms 127 Amalan mula2 dihisab
Hadis AtTirmizi dari AbiHurairahRA sabda NabiSAW persoalan mula-mula ditanya untuk setiap manusia ialah solat fardu 5 waktu.
Sekiranya tidak dijaga solat 5 waktu akan menyulitkan hari-hari yang bakal dilalui di mahsyar. Contoh masalah rekod sembahyang rosak ialah hanya sekadar solat raya, solat Jumaat tapi 5 waktu tinggal,sunat tarawih dan lain-lain solat sunat.Yang tak solat langsung. Lagi masalah besar yang tak dapat ditolong di akhirat.  
Kategori Solat Sah tetapi tidak diterima Allah.
Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim dari IbnuOmarRA, Allah tidak menerima solat dari mereka yang menggunakan rezeki dari sumber tidak halal tidak berkat dan meragukan seperti rasuah, kecurian dan sebagainya.
Hadis Sahih Imam Muslim dari Safyah isteri RasulullahSAW sabda NabiSAW, sesipa yang berjumpa dan mempercayai dukun atau bomoh. 40 hari solat tidak diterima.
Hadis AbuDaud dari Ibn Abbas sabda NabiSAW setiap yang memabukkan arak,dadah, daun ketum, gam kasut. Tidak diterima solat 40 hari.
Tetapi suatu hari dia bertaubat Allah akan menerima taubatnya. Kecuali sekiranya sampai 4 kali bertaubat masih mengulanginya. Sudah menjadi hak Allah menyeksanya di Neraka.
Orang yang Sombong/ Suka mengungkit jasa/Menipu ketika berniaga juga tidak diterima solatnya.  

No comments:

Post a Comment