SUMBANGAN TENAGA Luahan hati Ust Shamsuri dalam Kuliah Bab CINTA SEJATI- BAHRULMAZI
Lalat yang dicipta Allah rupa-rupanya bukan nak kacau kita
tetapi ada peranannya. Seorang pakar forensik dalam artikel suratkahabar menerangkan
jenis lalat yang bertukaran shif berkumpulan ini dapat menunjukkan tarikh sebenar mati mayat tersebut .
Dalam riwayat-riwayat hadis ketika Nabi Ibrahim AS dibakar
oleh raja Namrud. Terdapat sekumpulan burung membawa air cuba memadam api tetapi
tidak berjaya tetapi dii sisi Allah burung-burung tersebut tetap ada sumbangannya. Kita
pun mestilah sebegitu. Allah berfirman
dalam Al-Quran, KATAKANLAH WAHAI
MUHAMMAD, KATAKANLAH BUATLAH KERJA ISLAM. ALLAH, RASUL DAN ORANG YANG BERIMAN
AKAN MELIHAT KERJA KAMU.
Kata Ustaz" Tolong pakat-pakat taip teks kuliah masuk ke dalam internet. Amat malang dan
merugikan terdapat golongan yang tiada sumbangan tetapi hanya tahu mengkritik. Golongan
inilah yg sepatutnya Islam telah berjaya lebih awal tetapi tidak. Mereka bukan saja
tidak membantu tetapi meletakkan paku karat bagi melambatkan proses menaikkan Islam.
Golongan agama lain sibuk menaikan agamanya disamping nak melingkup Islam
tetapi orang kita fikir macamana nak memperlahankan lagi agama kita.
PELIK. Arab
dengan caranya berperang sesama mereka untuk minyak. Palestin dengan isunya. BUDAYA
MENCARI GADUH SESAMA KITA INILAH YANG MERUGIKAN KITA. Jangan dicari titik
perbalahan. Kita duduk satu jemaah asyik duk kondem jemaah lain buat apa.Jemaah TABLIGH membawa bekas penagih dadah yang dibuang Ibubapa & Masyarakat, kembali mengenal tikar sembahyang. Jemaah ABIM dengan sumbangan silibus
pendidikan yang teratur melalui Taska mereka, Sekolah Rendah mereka, Sekolah Menengah mereka dan pendekatan golongan terpelajar mereka. Salahkah ABIM? ARQAM
dengan pendekatan rangkaian mini market ASSOLEHAH mereka sehingga peringkat
Antarabangsa yang merupakan antara
diakui penyumbang besar 30% ekonomi bumiputra dalam DEB. APA nak jadi dengan
kita? berdakwah pun tidak apa pun tidak yang asyik duk berkomplen? Matlamat mereka
nak bagi orang bukan Islam nak kenal Islam cuma pendekatan berlainan. SALAHKAH
MEREKA?.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq dengan pendekatan yang lemah lembut, Saidina Omar Al-Khattab dengan pendekatan
agresifnya dan Saidina Osman ibnu Affan dengan
pendekatan jiwa lembut dan rendah diri. NabiSAW tidak pernah kata mereka salah.
Bahkan NabiSAW menerima mereka semua sebagai sahabatnya dan ini menunjukkan
kayanya Uslub Dakwah dalam Islam.
YANG SALAH IALAH ORANG YANG KOMPLEN TAPI
TIADA SUMBANGAN DALAM ISLAM . Bukan semua orang stuju kenyataan saya ni. Tapi kita
nak kena kata, pasal ini benda benar. Cukuplah kita telah ditipu daya Kristian,
percaturan musuh2 Islam dan terpesona bisikan Iblis dan Syaitan.Sudahlah. Sekarang kita gabung skali kerana matlamat
kita Islam. Walaupun cara yang berlainan tetapi matlamat sama.