Nota Cinta

Wednesday, March 11, 2015

Solat 5 waktu memadamkan dosa



Riawayat Abi Umamah ra sabda Nabi s.a.w. Pahala mengambil wuduk terdahulu kemudian ke masjid untuk menunaikan solat dhuha seperti pahala menunaikan umrah. Menunggu di dalam masjid selepas menunaikan solat untuk solat berikutnya telah ditulis pahala di sisi Allah. 

Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Tertib solat 5 waktu itu memadamkan dosa.

Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. kepada imam solat yang  hanya baca Qullhuwallah pada rakaat pertama dan kedua. Allah sayang kamu sekiranya benar kamu suka intisari kandungan ayat akan keesaan Allah tersebut. 

Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Hukum Berijtihad Arah Kiblat Berdasarkan Beberapa Tanda Yang Ada,Masjid Abdullah Fahim 11.3.2015

Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Ibnu Abbas r anhuma sabda Nabi s.a.w.  Allah lebih mengasihani hamba-hambaNya lebih dari ibu yang mengasihi anaknya.

Monday, March 9, 2015

SangkaKaLa & Penerima kitab Amal tangan kanan

Ustaz Shamsuri - TN 4 Tafsir Surah Al-Haaqqah Ayat 13-25,Surau Taman Kerian 9.3.2015

Sahih At Tirmizi, sahabat pengsan bila dengar bacaan ayat Quran tentang kiamat.

Sahih At Tirmizi, sabda Nabi s.a.w. sangkakala merupakan satu tanduk yang ditiup padanya. Bagaimana aku hendak berseronok sedangkan mala'ikat Izra'el peniup sangkakala telah meletakkan sangkakala pada mulutnya menandakan bila-bila masa saja kiamat bakal terjadi.

Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Tiupan sangkakala kali pertama menghancurkan bumi kemudian kali kedua, hujan turun dari langit bagi menumbuhkan manusia bagaikan tanaman bermula dengan hujung tulang belakang yang tidak reput.

Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Dalam badan manusia, ada satu tulang yang tidak akan reput kerana Allah tidak izinkan tanah bumi memakannya. Setiap manusia yang mati akan reput dimamah tanah bumi kecuali mati syahid.

Sahih Abu Daud dari Aus bin Aus ra. sabda Nabi s.a.w. Hari paling afdal ialah jumaat kerana ia penghulu segala hari, hari dimana Adam dicipta dan mati dan bermulanya kiamat. Umatku digalakkan berselawat ke atasku pada hari Jumaat. Jasad para Nabi tidak akan reput dimamah tanah bumi.

Perbincangan ulama. Solat jenazah ghaib boleh dilakukan selagi jasad manusia belum reput samada 3 atau 5 atau 7 hari. .

Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 217 surah 69 Al-Haaqqah ayat 13-24

69:13 Apabila bunyi tiupan sangkakala pertama
14 Gunung-ganang diangkat dan dihancurkan dengan sekali hancur
15 Maka bermulalah Kiamat
16 Langit pecah dan runtuh
17 8 mala'ikat di setiap penjuru langit memegang Arasyh Singgahsana Allah
18 Manusia dihadapkan kepada raja segala raja dan tiada rahsia manusia ketika didunia tidak dapat disembunyikan. 
19 Yang menerima kitab amal pada tangan kanan akan teramat seronok sehingga memberikan orang lain membacanya sambil berkata. 
20 "inilah hari yang Allah janjikan dan aku percaya akan hari tersebut semasa hidup di dunia, dan inilah balasannya. 
Sahih Bukhari Safuan b Mukhris dari ibnu Omar Al-Khattab r anhuma. sabda Nabi s.a.w. di akhirat, Allah berbisik bertanya berulang kali pada muslim berdosa. Benarkah kamu melakukan dosa-dosa sedemikian yang hanya kamu sendiri yang tahu. Hari ini Aku memakbulkan doa pengampunan dan memadamkan dosa yang kamu lakukan secara tersembunyi itu. 
21 Penerima kitab amal tangan kanan akan menikmati kehidupan mewah penuh bahagia. 
22 Syurga yang tinggi darjatnya
23 Buah-buahan mudah dicapai
24 Oleh kerana beramal soleh semasa di dunia, hari ini hari menikmati syurga
25 Penerima kitab amal tangan kiri menyesali agar tidak diterima kitab. 

Tuesday, March 3, 2015

Jangan meminta-minta

Sahih Bukhari Muslim dari Saad Abi Waqaz sabda Nabi s.a.w. Utamakan sedekah harta kepada anak isteri bagi mengelakkan mereka hidup miskin dan meminta-minta barulah sedekah kepada yang lain. 

Ulama berpendapat sekiranya anak isteri semua kaya raya maka wasiatkan 1/3 kepada yang fakir mizkin.

Sahih Abu Daud sabda Nabi s.a.w. Sifat meminta-minta dalam keadaan masih berduit menjatuhkan maruah dan mengaibkan diri. 

Hadis Sahih Imam Ahmad bin Hambal, Abdullah b Abbas nampak Nabi s.a.w. sedang berbicara dengan mala'ikat Jibril sedangkan bapanya Abbas tidak dapat melihat susuk tubuh Jibril. 

BahrulMazi jilid 12 bab makan daging kuda, Masjid Sultanah Bahiyah 3-3-15

Hasan Sahih At Tirmizi dari Asma' bt Abi Bakr ra. Halal makan daging kuda. 

Halal Mazhab Syafi'e dari Imam An Nawawi, disokong Abdullah Az Zubair, Annaz b Malek, Al-Qamah dan lain-lain sahabat. 
Makruh dari sahabat Abdullah bin Abbas, Mazhab Maliki, Imam Syafi'e,  AnNahl 16:8 Kuda, Keldai, Baghal dijadikan untuk ditunggangi. 
Haram menurut Imam Abu Hanifa. Hadis Daif AnNasa'i. Nabi s.a.w. menegah memakan kuda, keldai dan binatang bertaring.  

Monday, March 2, 2015

Kasihi orang miskin

Ustaz Shamsuri Tafsir Nurul Ihsan AnNahl 71-74 Masjid Simpang Empat 2-3-15

"Ya Rasulullah s.a.w. orang kaya juga melakukan zikir selepas solat iaitu tasbih tahmid takbir 33 kali seperti kami yang miskin. sabda Nabi s.a.w. itulah kelebihan orang kaya yang bersedekah"

Riwayat Abi Hurairah ra. Sedekah yang berkualiti ialah ketika sihat,takut jadi miskin, ketika kedekut, ketika berangan jadi orang kaya,

Sahih At Tirmizi dari Anaz b Malek ra. Orang miskin masuk syurga seawal 40 tahun dari orang kaya. kasihilah orang miskin.
Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah ra. Orang miskin masuk syurga lebih awal 500 tahun berbanding orang kaya.
Sahih Abu Daud dari Abdullah b Mas'Ud sabda Nabi s.a.w. Orang berpendapatan lebih kurang (rm750masa kini) suka meminta-minta akan dicakar-cakar mukanya di akhirat. Yang dikatakan jiwa kaya ialah orang yang kelihatan miskin tetapi dia tidak merasakan dirinya miskin.


Pengajian kitab Nurul Ihsan ms310 tafsir AnNahl 16:71-74

16:71 Tidak sepatutnya kekayaan yang Aku bagi itu tidak dibahagi sama pada yang memerlukan. Tergamak manusia syirik kepada Allah.
16:72 Dari Nabi Adam as, manusia dianugerahkan nikmat kekeluargaan. Mengapa manusia masih kufur nikmat dengan mencari yang haram dan ada yang menyembah selain Allah?
16:73 Mengapa manusia menyembah selain Allah sedangkan manusia tahu ia tidak berkuasa seperti Allah.
16:74 Maha suci Allah dari sekutu penyembahan

Tuesday, February 24, 2015

Ibnu Abbas nampak Jibril

Sahih Imam Ahmad bin Hambal. Ya Rasulullah s.a.w. sebentar tadi, anakku Ibnu Abbas nampak kamu bercakap dengan seseorang dan tidak melayanku masuk ke rumah kamu. Sabda Nabi s.a.w. benar wahai pakcikku. Itulah mala'ikat Jibril alaihisalam yang hanya dinampak oleh orang tertentu.

Sahih Muslim dari Ibnu Abbas r anhuma. Doa Nabi s.a.w. Allahumma faqihhu. Ya Allah, berikan kefahaman ilmu padanya. Sahih Bukhari Allahumma faqihhu fiddin

Riwayat AtTabrani. sabda Nabi s.a.w. mari sini wahai Ibnu Abbas, kamu nampakkah sesiapa di sini tadi. Jawab Ibnu Abbas. ya wahai Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w. menambah, itulah Jibril as dan kamu tidak akan mati sehingga kamu menjadi orang berilmu serta kamu tidak akan mati sehingga kamu hilang penglihatan pada masa hadapan.

Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra. Sunat witir dibenarkan 1 atau lebih rakaat
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Tempat rujukan Quran bermula ranking pertama ialah Abdullah b Mas'Ud ra, kedua Salim Maula Abi Huzaifah, ketiga Muaaz b Jabbal dan keempat Ubai bin Ka'ap.


BahrulMazi jilid 2 ms 185 bab larangan makmum mendahului imam 24/2/15 Masjid Padang Temusu

Hasan Sahih AtTirmizi Al-Barraq ra. Setiap pergerakan solat yang dimulai Nabi s.a.w. apabila menjadi imam solat diikuti satu persatu oleh para sahabat yang menjadi makmum. 
Sahih At Tirmizi dari Ibnu Abbas ra. Sunnah duduk antara dua sujud dengan kaedah Duduk Iq'a atau duduk punggung atas dua tumit itu sunnah. Mazhab Syafi'e lebih menyukai sunat duduk iftirash tetapi menyatakan duduk Iq'a itu juga sunnah

Tuesday, February 3, 2015

Hukum makan Musang & Denda Yahudi Langgar Kontrak Sosial



Sahih Muslim dari Ibnu Omar r anhuma. Selepas perang Khaibar, yahudi telah melanggar kontrak sosial dengan muslim.  Yahudi diarah keluar dari Madinah tetapi ketua puak mereka merayu pada Rasulullah s.a.w. Yahudi berjanji akan menyerahkan separuh keuntungan hasil pertanian mereka pada Islam dengan syarat apabila tiba tempoh masa yang dirasakan mereka tidak sesuai tinggal di Madinah, mereka mesti diarah keluar dari bumi Hijjaz kerana bumi Madinah ini milik Islam milik Allah.
BM12 Hukum makan Dubuk dan Musang, Masjid Sultanah Bahiyah 3/2/15
Hukum makan Dubuk khilaf ulama. Hasan lagi Sahih At Turmuzi dari Ibnu Abi Amar dari Jabir ra, Nabi s.a.w. membenarkan muslim makan Dubuk. Imam Syafi’e mengharuskan makan Dubuk. Imam Nawawi mazhab Syafi’e mengharuskan makan Musang.
Kesimpulan Hukum: Halal Harus dimakan.

Monday, February 2, 2015

Madu ciptaan Allah@ AnNahl 69 Ayat sembuh penyakit



Sabda Nabi s.a.w. Semua minuman dan makanan yang memabukkan adalah haram.
Sahih Abu Daud dari Nuqman b Basyir ra sabda Nabi s.a.w. Buah-buahan yang diperam kadangkala boleh menjadi arak.

Tafsir nurul ihsan jilid 2 ms 309 ayat 16:68-70 An-Nahl masjid simpang empat 2-2-15
16: 68 Allah perintahkan lebah makan manisan dari bunga dan pohon kayu kemudian kembali ke sarang binaan manusia atau membina sarangnya di atas bukit.
16:69 Pada perut lebah akan terhasil proses mengeluarkan madu dengan kepelbagaian warna mengikut spesis yang merupakan penawar segala penyakit pada tubuh badan manusia.
16:70 Begitu juga manusia yang diciptakan dan dimatikan oleh Allah dengan pelbagai situasi sehingga ada yang sengaja dipanjangkan umur dengan disertakan uzur dan lemah sebagai peringatan jalan kembali kepada Allah semakin hampir.

Tuesday, January 27, 2015

Syahidnya Pemerintah 2/3 Dunia & Iqtidal solat yang direbut para Malaikat

Sahih Bukhari, amanat Pemerintah 2/3 dunia selepas ditikam pembunuh upahan ketika hendak mengimamkan solat subuh berjemaah.
“wahai ibnu Omar, sampaikan salam pada A’isyah dengan lafaz Assalamu alaikum, bolehkah aku dikebumikan di sebelah Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar As Siddiq.
“Dengar para sahabatku, taatlah Khalifah selepasku kerana dia Khalifah. Kepada Khalifah, berlaku adil kepada semua. Mereka yang aku sebutkan bakal Khalifah ialah 6 sahabat dijamin syurga yang disebut Rasulullah s.a.w. Maka pilihlah dikalangan mereka dimulai Osman b Affan, Ali b Abi Talib, Talhah b Ubaidillah, Az Zubair Al-Awwam, Abdur Rahman b Auf dan Saad Abi Waqaz.



Ustaz Shamsuri - BM 2 Bab Tamaqdinah Selepas Rukuk,Masjid Padang Temusu 27.1.2015

Panduan Rasulullah s.a.w. dicatat oleh para sahabat. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Jabir ra. Sujud merenggangkan tangan tidak rapat ke lantai dan tidak rapat ke siku.

dari Saad Abi Waqaz ra. Menapakkan dua tapak tangan dan mendirikan tapak kaki dengan memacakkan dua hujung kaki.


SAHIH BUKHARI
Imam menyebut Iqtidal bangkit rokok "sami Allahuliman hamidah" makmum membalas "rabbana walakalham hamdan kasiran tayyiban mubarakan fih" sabda Nabi s.a.w. aku nampak maklumbalas makmum itu direbut oleh lebih 30 mala'ikat yang turun berebut untuk menulis perkataan yang sangat indah itu. 

Mazhab Sya'fie. Iqtidal salah satu rukun solat maka mesti lakukan dahulu melebihi sujud. Sekiranya tiada iqtidal dan tamaqdinah maka terbatal solat. 

KESAN KEJAHILAN/TIDAK BELAJAR ISLAM ITU SANGAT MENAKUTKAN! 
walla hu alam. 

Tuesday, January 20, 2015

Kurangkan bercakap, Rendahkan diri, Jadilah pemaaf, Jangan sombong, Jangan mencarut

ANGKAT TANGAN DOA KUTBAH KEDUA JUMAAT 

Sahih Al Bukhari
Nabi s.a.w. melarang Al~Barraq b Aziq ra mengubah bacaan kepada wabil nabiyik dari wabil rasulik walaupun sama maknanya. Teguran Nabi s.a.w. membuktikan ketinggian nilai disiplin fakta Quran Hadis yang tidak boleh direkacipta.
Umarah b Ru'aibah ra memarahi Khatib Bishir b Assaqofi kerana angkat tangan baca doa ketika kutbah kedua Jumaat. "Allah huduhkan tangan kamu yang pendek itu kerana aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat melakukan sedemikian."

Ustaz Shamsuri - BM 14 Bahrulmazi Jilid 14 ms37 Islam suka yang sedikit cakap Masjid Bandar Darul Aman 20.1.2015

gambar sekadar hiasan
Hasan Gharib At Tirmizi dari Abi Umamah ra sabda Nabi s.a.w. Malu dan tidak bercakap banyak itu tanda orang beriman. Melucah dan mencarut itu ciri-ciri nifaq. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar ra sabda Nabi s.a.w.  Pandai bercakap itu sihir. 

Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Tidak akan miskin bila bersedekah. Bersifat lebih pemaaf akan semakin diangkat darjat kemuliaan oleh Allah. Semakin merendah diri atau tawadduq akan semakin dihormati dan diangkat darjatnya oleh Allah.  

Sahih Muslim dari Iyadh b Hammad ra sabda Nabi s.a.w. Allah menyuruh muslim merendah diri dan jangan sesekali sombong. 

Monday, January 19, 2015

QISAS, sekiranya Allah mahu, Quran turun sejak zaman Adam as

Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 5:45-50,Masjid Taman Brown 19.1.2015

HR Ibnu Majah dari Jariah b Ghafar ra. sabda Nabi s.a.w. hukum Qisas seperti menetak putus tangan dibalas tetak putus tangan itu dituntut Allah tetapi gantirugi adalah lebih berkat disisi Allah dan Rasul.

Sahih Imam Ahmad dari Abi AsSaffah ra dan Abu Dardak ra. sabda Rasulullah s.a.w. Memaafkan orang yang menganiayai dirinya seperti contoh cedera patah gigi dari menuntut hukum Qisas akan dinaikkan satu darjat dan dipadamkan satu dosa oleh Allah S.W.T.

Sahih Abu Daud dari Imran b Hussein ra. Akibat pergaduhan antara hamba kepada tuan miskin dengan hamba kepada tuan kaya sehingga cedera putus telinga. Tuan miskin merayu pada Rasulullah s.a.w. agar jangan disusahkan dengan hukum Qisas balas potong telinga dan mereka tidak mampu bayar pampasan ganti rugi. Akhirnya, Nabi s.a.w. selaku pemimpin muslim mengambil alih tanggungjawab dengan membayar gantirugi pada tuan kaya.


Al-Maidah ayat 45-50
5:45 QISAS menurut TAURAT bani Isra'el kaum Yahudi. Hukum nyawa dibalas nyawa, cedera buta dibalas dibutakan matanya. Patah gigi dibalas dipatahkan gigi. Luka dibalas luka.
5:46 Nabi Isa bin Maryam diturunkan sebagai kesinambungan para nabi terdahulu dengan membenarkan TAURAT dan bersama Isa itu INJIL. Isa membenarkan TAURAT dihadapan penganut yahudi dan INJIL itu diturunkan oleh Allah bagi memansuhkan Taurat sebagai cahaya penyuluh kehidupan dengan syariat yang telah dikemaskini oleh ALLAH TUHAN YANG SATU.
5:47 Hukum yang diturunkan Allah ini wajib dilaksanakan dan mereka yang ingkar perintah Allah itu adalah fasik atau jahat.
5:48 Nabi Muhammad s.a.w. diturunkan dan kali ini bersama rasul "Utusan terakhir Allah tersebut"  ialah AL-QURAN! Nabi s.a.w. sendiri naik saksi mengakui di hadapan Yahudi dan Nasrani bahawa Taurat dan Injil ini diturunkan Allah dan Quran merupakan yang terakhir diturunkan Allah dengan memansuhkan Taurat dan Injil. Bagi Taurat Injil Quran berubah dari syariatnya tetapi yang tidak berubah ialah Tauhid dan Ikhlas pada Allah. SEKIRANYA ALLAH MAHU, ALLAH BOLEH MENURUNKAN QURAN SEJAK BERMULA ZAMAN WUJUDNYA MANUSIA, AKAN TETAPI, DITURUNKAN SYARIAT-SYARIAT BERBEZA SECARA BERPERINGKAT SENGAJA UNTUK MENGUJI MANUSIA SAMADA BERIMAN BERPEGANG KUAT DENGAN ALLAH ATAU SEBALIKNYA. 
Abdullah bin Salam ra merupakan ulama besar Taurat yang diagung-agungkan puak Yahudi tetapi apabila diberitahu beliau memeluk Islam, tiba-tiba puak Yahudi mengatakan ulama yang diagungkan sebentar tadi adalah ulama penipu. 
Maka kepada Allah jua, semua manusia kembali. Berlumba-lumbalah buat kebaikan. Di hari akhirat apabila dibangkitkan kembali manusia dari kubur, itulah mahkamah keadilan akan menentukan nasib sebenar manusia. 
5:49 Jalankan hukum Islam kepada muslim dan bukan muslim walaupun ulama Injil dan ulama Nasrani ini cuba menghalang. Sekiranya menolak hukum Allah samada hudud mahupun qisas, maka akan diturunkan bencana samada jenayah berleluasa tiada terkawal atau kecelakaan lain. Di dunia hukum secara duniawi manakala di akhirat jauh lebih dasyat seksaannya.
5:50  Hukum manusia atau hukum Allah kah yang baik? Adakah hukum jahiliah mengikut hawa nafsu yang dicari? ketahuilah, tiada siapa boleh buat undang-undang yang lebih baik dari undang-undang Allah.

Wednesday, January 14, 2015

Kiblat awal Islam



Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Kiblat Pada Awal Islam,Masjid Abdullah Fahim 14.1.2015

Muaz bin Jabal ra sabda Nabi s.a.w. Syarat masuk syurga ialah jangan tinggal solat dalam apa jua keadaan, bayar zakat apabila cukup syarat, puasa bulan Ramadhan dan lakukan haji apabila mampu.
3 pintu kebaikan ialah puasa selaku perisai kejahatan. Kedua ialah sedekah yang boleh memadamkan dosa. Ketiga ialah solat sunat malam.
Kemuncak kehidupan manusia ialah mati dalam Islam. Tiang Islam ialah solat. Kemuncak segalanya ialah kesanggupan untuk berjihad.
Segala yang mengawal kesemua yang disebut di atas ialah lidah yang boleh menyebabkan manusia masuk ke neraka.

Bahrulmazi jilid 21 ms36
17 bulan Rasulullah s.a.w. solat berkiblatkan Baitul Maqdiz dengan harapan hati-hati kaum yahudi kembali lembut memeluk Islam tetapi sebaliknya yang berlaku. Selepas 17 bulan, kiblat kembali ke kabbah Mekah. Yahudi mengatakan “lihatlah Muhammad, dia kata agama kita salah sebaliknya dia sendiri solat berkiblatkan baitulmaqdiz.
Al-Barraq r.a, Firman Allah. Sesungguhnya, Kami lihat engkau asyik melihat ke langit rindukan perubahan kiblat ke ka’bah Mekah maka Kami makbulkan permintaan engkau. Solat fardhu mesti mengadap ka’bah.
HR AtTurmuzi. Nabi s.a.w. solat Zohor di Kampung Bani Salamah dengan berkiblatkan Masjidil Haram. Salah seorang sahabat yang baru selesai solat bersama Rasulullah s.a.w. bergegas ke masjid Nabawi memberitahu tentang perubahan kiblat pada waktu Asar dan seorang sahabat lain pula bergegas ke masjid Kubah memberitahu perubahan kiblat pada waktu solat Subuh.