Nota Cinta

Wednesday, January 14, 2015

Kiblat awal Islam



Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Kiblat Pada Awal Islam,Masjid Abdullah Fahim 14.1.2015

Muaz bin Jabal ra sabda Nabi s.a.w. Syarat masuk syurga ialah jangan tinggal solat dalam apa jua keadaan, bayar zakat apabila cukup syarat, puasa bulan Ramadhan dan lakukan haji apabila mampu.
3 pintu kebaikan ialah puasa selaku perisai kejahatan. Kedua ialah sedekah yang boleh memadamkan dosa. Ketiga ialah solat sunat malam.
Kemuncak kehidupan manusia ialah mati dalam Islam. Tiang Islam ialah solat. Kemuncak segalanya ialah kesanggupan untuk berjihad.
Segala yang mengawal kesemua yang disebut di atas ialah lidah yang boleh menyebabkan manusia masuk ke neraka.

Bahrulmazi jilid 21 ms36
17 bulan Rasulullah s.a.w. solat berkiblatkan Baitul Maqdiz dengan harapan hati-hati kaum yahudi kembali lembut memeluk Islam tetapi sebaliknya yang berlaku. Selepas 17 bulan, kiblat kembali ke kabbah Mekah. Yahudi mengatakan “lihatlah Muhammad, dia kata agama kita salah sebaliknya dia sendiri solat berkiblatkan baitulmaqdiz.
Al-Barraq r.a, Firman Allah. Sesungguhnya, Kami lihat engkau asyik melihat ke langit rindukan perubahan kiblat ke ka’bah Mekah maka Kami makbulkan permintaan engkau. Solat fardhu mesti mengadap ka’bah.
HR AtTurmuzi. Nabi s.a.w. solat Zohor di Kampung Bani Salamah dengan berkiblatkan Masjidil Haram. Salah seorang sahabat yang baru selesai solat bersama Rasulullah s.a.w. bergegas ke masjid Nabawi memberitahu tentang perubahan kiblat pada waktu Asar dan seorang sahabat lain pula bergegas ke masjid Kubah memberitahu perubahan kiblat pada waktu solat Subuh.

No comments:

Post a Comment