Ustaz Shamsuri - TN 4 Tafsir Surah Al-Haaqqah Ayat 13-25,Surau Taman Kerian 9.3.2015
Sahih At Tirmizi, sahabat pengsan bila dengar bacaan ayat Quran tentang kiamat.
Sahih At Tirmizi, sabda Nabi s.a.w. sangkakala merupakan satu tanduk yang ditiup padanya. Bagaimana aku hendak berseronok sedangkan mala'ikat Izra'el peniup sangkakala telah meletakkan sangkakala pada mulutnya menandakan bila-bila masa saja kiamat bakal terjadi.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Tiupan sangkakala kali pertama menghancurkan bumi kemudian kali kedua, hujan turun dari langit bagi menumbuhkan manusia bagaikan tanaman bermula dengan hujung tulang belakang yang tidak reput.
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Dalam badan manusia, ada satu tulang yang tidak akan reput kerana Allah tidak izinkan tanah bumi memakannya. Setiap manusia yang mati akan reput dimamah tanah bumi kecuali mati syahid.
Sahih Abu Daud dari Aus bin Aus ra. sabda Nabi s.a.w. Hari paling afdal ialah jumaat kerana ia penghulu segala hari, hari dimana Adam dicipta dan mati dan bermulanya kiamat. Umatku digalakkan berselawat ke atasku pada hari Jumaat. Jasad para Nabi tidak akan reput dimamah tanah bumi.
Perbincangan ulama. Solat jenazah ghaib boleh dilakukan selagi jasad manusia belum reput samada 3 atau 5 atau 7 hari. .
Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 217 surah 69 Al-Haaqqah ayat 13-24
69:13 Apabila bunyi tiupan sangkakala pertama
14 Gunung-ganang diangkat dan dihancurkan dengan sekali hancur
15 Maka bermulalah Kiamat
16 Langit pecah dan runtuh
17 8 mala'ikat di setiap penjuru langit memegang Arasyh Singgahsana Allah
18 Manusia dihadapkan kepada raja segala raja dan tiada rahsia manusia ketika didunia tidak dapat disembunyikan.
19 Yang menerima kitab amal pada tangan kanan akan teramat seronok sehingga memberikan orang lain membacanya sambil berkata.
20 "inilah hari yang Allah janjikan dan aku percaya akan hari tersebut semasa hidup di dunia, dan inilah balasannya.
Sahih Bukhari Safuan b Mukhris dari ibnu Omar Al-Khattab r anhuma. sabda Nabi s.a.w. di akhirat, Allah berbisik bertanya berulang kali pada muslim berdosa. Benarkah kamu melakukan dosa-dosa sedemikian yang hanya kamu sendiri yang tahu. Hari ini Aku memakbulkan doa pengampunan dan memadamkan dosa yang kamu lakukan secara tersembunyi itu.
21 Penerima kitab amal tangan kanan akan menikmati kehidupan mewah penuh bahagia.
22 Syurga yang tinggi darjatnya
23 Buah-buahan mudah dicapai
24 Oleh kerana beramal soleh semasa di dunia, hari ini hari menikmati syurga
25 Penerima kitab amal tangan kiri menyesali agar tidak diterima kitab.
No comments:
Post a Comment