Nota Cinta

Tuesday, January 20, 2015

Kurangkan bercakap, Rendahkan diri, Jadilah pemaaf, Jangan sombong, Jangan mencarut

ANGKAT TANGAN DOA KUTBAH KEDUA JUMAAT 

Sahih Al Bukhari
Nabi s.a.w. melarang Al~Barraq b Aziq ra mengubah bacaan kepada wabil nabiyik dari wabil rasulik walaupun sama maknanya. Teguran Nabi s.a.w. membuktikan ketinggian nilai disiplin fakta Quran Hadis yang tidak boleh direkacipta.
Umarah b Ru'aibah ra memarahi Khatib Bishir b Assaqofi kerana angkat tangan baca doa ketika kutbah kedua Jumaat. "Allah huduhkan tangan kamu yang pendek itu kerana aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat melakukan sedemikian."

Ustaz Shamsuri - BM 14 Bahrulmazi Jilid 14 ms37 Islam suka yang sedikit cakap Masjid Bandar Darul Aman 20.1.2015

gambar sekadar hiasan
Hasan Gharib At Tirmizi dari Abi Umamah ra sabda Nabi s.a.w. Malu dan tidak bercakap banyak itu tanda orang beriman. Melucah dan mencarut itu ciri-ciri nifaq. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar ra sabda Nabi s.a.w.  Pandai bercakap itu sihir. 

Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Tidak akan miskin bila bersedekah. Bersifat lebih pemaaf akan semakin diangkat darjat kemuliaan oleh Allah. Semakin merendah diri atau tawadduq akan semakin dihormati dan diangkat darjatnya oleh Allah.  

Sahih Muslim dari Iyadh b Hammad ra sabda Nabi s.a.w. Allah menyuruh muslim merendah diri dan jangan sesekali sombong. 

No comments:

Post a Comment