Ustaz Shamsuri Tafsir Nurul Ihsan AnNahl 71-74 Masjid Simpang Empat 2-3-15
"Ya Rasulullah s.a.w. orang kaya juga melakukan zikir selepas solat iaitu tasbih tahmid takbir 33 kali seperti kami yang miskin. sabda Nabi s.a.w. itulah kelebihan orang kaya yang bersedekah"
Riwayat Abi Hurairah ra. Sedekah yang berkualiti ialah ketika sihat,takut jadi miskin, ketika kedekut, ketika berangan jadi orang kaya,
Sahih At Tirmizi dari Anaz b Malek ra. Orang miskin masuk syurga seawal 40 tahun dari orang kaya. kasihilah orang miskin.
Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah ra. Orang miskin masuk syurga lebih awal 500 tahun berbanding orang kaya.
Sahih Abu Daud dari Abdullah b Mas'Ud sabda Nabi s.a.w. Orang berpendapatan lebih kurang (rm750masa kini) suka meminta-minta akan dicakar-cakar mukanya di akhirat. Yang dikatakan jiwa kaya ialah orang yang kelihatan miskin tetapi dia tidak merasakan dirinya miskin.
Pengajian kitab Nurul Ihsan ms310 tafsir AnNahl 16:71-74
16:71 Tidak sepatutnya kekayaan yang Aku bagi itu tidak dibahagi sama pada yang memerlukan. Tergamak manusia syirik kepada Allah.
16:72 Dari Nabi Adam as, manusia dianugerahkan nikmat kekeluargaan. Mengapa manusia masih kufur nikmat dengan mencari yang haram dan ada yang menyembah selain Allah?
16:73 Mengapa manusia menyembah selain Allah sedangkan manusia tahu ia tidak berkuasa seperti Allah.
16:74 Maha suci Allah dari sekutu penyembahan
No comments:
Post a Comment