Nota Cinta

Tuesday, March 3, 2015

Jangan meminta-minta

Sahih Bukhari Muslim dari Saad Abi Waqaz sabda Nabi s.a.w. Utamakan sedekah harta kepada anak isteri bagi mengelakkan mereka hidup miskin dan meminta-minta barulah sedekah kepada yang lain. 

Ulama berpendapat sekiranya anak isteri semua kaya raya maka wasiatkan 1/3 kepada yang fakir mizkin.

Sahih Abu Daud sabda Nabi s.a.w. Sifat meminta-minta dalam keadaan masih berduit menjatuhkan maruah dan mengaibkan diri. 

Hadis Sahih Imam Ahmad bin Hambal, Abdullah b Abbas nampak Nabi s.a.w. sedang berbicara dengan mala'ikat Jibril sedangkan bapanya Abbas tidak dapat melihat susuk tubuh Jibril. 

BahrulMazi jilid 12 bab makan daging kuda, Masjid Sultanah Bahiyah 3-3-15

Hasan Sahih At Tirmizi dari Asma' bt Abi Bakr ra. Halal makan daging kuda. 

Halal Mazhab Syafi'e dari Imam An Nawawi, disokong Abdullah Az Zubair, Annaz b Malek, Al-Qamah dan lain-lain sahabat. 
Makruh dari sahabat Abdullah bin Abbas, Mazhab Maliki, Imam Syafi'e,  AnNahl 16:8 Kuda, Keldai, Baghal dijadikan untuk ditunggangi. 
Haram menurut Imam Abu Hanifa. Hadis Daif AnNasa'i. Nabi s.a.w. menegah memakan kuda, keldai dan binatang bertaring.  

No comments:

Post a Comment