Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 5:45-50,Masjid Taman Brown 19.1.2015
HR Ibnu Majah dari Jariah b Ghafar ra. sabda Nabi s.a.w. hukum Qisas seperti menetak putus tangan dibalas tetak putus tangan itu dituntut Allah tetapi gantirugi adalah lebih berkat disisi Allah dan Rasul.
Sahih Imam Ahmad dari Abi AsSaffah ra dan Abu Dardak ra. sabda Rasulullah s.a.w. Memaafkan orang yang menganiayai dirinya seperti contoh cedera patah gigi dari menuntut hukum Qisas akan dinaikkan satu darjat dan dipadamkan satu dosa oleh Allah S.W.T.
Sahih Abu Daud dari Imran b Hussein ra. Akibat pergaduhan antara hamba kepada tuan miskin dengan hamba kepada tuan kaya sehingga cedera putus telinga. Tuan miskin merayu pada Rasulullah s.a.w. agar jangan disusahkan dengan hukum Qisas balas potong telinga dan mereka tidak mampu bayar pampasan ganti rugi. Akhirnya, Nabi s.a.w. selaku pemimpin muslim mengambil alih tanggungjawab dengan membayar gantirugi pada tuan kaya.
Al-Maidah ayat 45-50
5:45 QISAS menurut TAURAT bani Isra'el kaum Yahudi. Hukum nyawa dibalas nyawa, cedera buta dibalas dibutakan matanya. Patah gigi dibalas dipatahkan gigi. Luka dibalas luka.
5:46 Nabi Isa bin Maryam diturunkan sebagai kesinambungan para nabi terdahulu dengan membenarkan TAURAT dan bersama Isa itu INJIL. Isa membenarkan TAURAT dihadapan penganut yahudi dan INJIL itu diturunkan oleh Allah bagi memansuhkan Taurat sebagai cahaya penyuluh kehidupan dengan syariat yang telah dikemaskini oleh ALLAH TUHAN YANG SATU.
5:47 Hukum yang diturunkan Allah ini wajib dilaksanakan dan mereka yang ingkar perintah Allah itu adalah fasik atau jahat.
5:48 Nabi Muhammad s.a.w. diturunkan dan kali ini bersama rasul "Utusan terakhir Allah tersebut" ialah AL-QURAN! Nabi s.a.w. sendiri naik saksi mengakui di hadapan Yahudi dan Nasrani bahawa Taurat dan Injil ini diturunkan Allah dan Quran merupakan yang terakhir diturunkan Allah dengan memansuhkan Taurat dan Injil. Bagi Taurat Injil Quran berubah dari syariatnya tetapi yang tidak berubah ialah Tauhid dan Ikhlas pada Allah. SEKIRANYA ALLAH MAHU, ALLAH BOLEH MENURUNKAN QURAN SEJAK BERMULA ZAMAN WUJUDNYA MANUSIA, AKAN TETAPI, DITURUNKAN SYARIAT-SYARIAT BERBEZA SECARA BERPERINGKAT SENGAJA UNTUK MENGUJI MANUSIA SAMADA BERIMAN BERPEGANG KUAT DENGAN ALLAH ATAU SEBALIKNYA.
Abdullah bin Salam ra merupakan ulama besar Taurat yang diagung-agungkan puak Yahudi tetapi apabila diberitahu beliau memeluk Islam, tiba-tiba puak Yahudi mengatakan ulama yang diagungkan sebentar tadi adalah ulama penipu.
Maka kepada Allah jua, semua manusia kembali. Berlumba-lumbalah buat kebaikan. Di hari akhirat apabila dibangkitkan kembali manusia dari kubur, itulah mahkamah keadilan akan menentukan nasib sebenar manusia.
5:49 Jalankan hukum Islam kepada muslim dan bukan muslim walaupun ulama Injil dan ulama Nasrani ini cuba menghalang. Sekiranya menolak hukum Allah samada hudud mahupun qisas, maka akan diturunkan bencana samada jenayah berleluasa tiada terkawal atau kecelakaan lain. Di dunia hukum secara duniawi manakala di akhirat jauh lebih dasyat seksaannya.
5:50 Hukum manusia atau hukum Allah kah yang baik? Adakah hukum jahiliah mengikut hawa nafsu yang dicari? ketahuilah, tiada siapa boleh buat undang-undang yang lebih baik dari undang-undang Allah.
No comments:
Post a Comment