Nota Cinta

Tuesday, January 27, 2015

Syahidnya Pemerintah 2/3 Dunia & Iqtidal solat yang direbut para Malaikat

Sahih Bukhari, amanat Pemerintah 2/3 dunia selepas ditikam pembunuh upahan ketika hendak mengimamkan solat subuh berjemaah.
“wahai ibnu Omar, sampaikan salam pada A’isyah dengan lafaz Assalamu alaikum, bolehkah aku dikebumikan di sebelah Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar As Siddiq.
“Dengar para sahabatku, taatlah Khalifah selepasku kerana dia Khalifah. Kepada Khalifah, berlaku adil kepada semua. Mereka yang aku sebutkan bakal Khalifah ialah 6 sahabat dijamin syurga yang disebut Rasulullah s.a.w. Maka pilihlah dikalangan mereka dimulai Osman b Affan, Ali b Abi Talib, Talhah b Ubaidillah, Az Zubair Al-Awwam, Abdur Rahman b Auf dan Saad Abi Waqaz.



Ustaz Shamsuri - BM 2 Bab Tamaqdinah Selepas Rukuk,Masjid Padang Temusu 27.1.2015

Panduan Rasulullah s.a.w. dicatat oleh para sahabat. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Jabir ra. Sujud merenggangkan tangan tidak rapat ke lantai dan tidak rapat ke siku.

dari Saad Abi Waqaz ra. Menapakkan dua tapak tangan dan mendirikan tapak kaki dengan memacakkan dua hujung kaki.


SAHIH BUKHARI
Imam menyebut Iqtidal bangkit rokok "sami Allahuliman hamidah" makmum membalas "rabbana walakalham hamdan kasiran tayyiban mubarakan fih" sabda Nabi s.a.w. aku nampak maklumbalas makmum itu direbut oleh lebih 30 mala'ikat yang turun berebut untuk menulis perkataan yang sangat indah itu. 

Mazhab Sya'fie. Iqtidal salah satu rukun solat maka mesti lakukan dahulu melebihi sujud. Sekiranya tiada iqtidal dan tamaqdinah maka terbatal solat. 

KESAN KEJAHILAN/TIDAK BELAJAR ISLAM ITU SANGAT MENAKUTKAN! 
walla hu alam. 

Tuesday, January 20, 2015

Kurangkan bercakap, Rendahkan diri, Jadilah pemaaf, Jangan sombong, Jangan mencarut

ANGKAT TANGAN DOA KUTBAH KEDUA JUMAAT 

Sahih Al Bukhari
Nabi s.a.w. melarang Al~Barraq b Aziq ra mengubah bacaan kepada wabil nabiyik dari wabil rasulik walaupun sama maknanya. Teguran Nabi s.a.w. membuktikan ketinggian nilai disiplin fakta Quran Hadis yang tidak boleh direkacipta.
Umarah b Ru'aibah ra memarahi Khatib Bishir b Assaqofi kerana angkat tangan baca doa ketika kutbah kedua Jumaat. "Allah huduhkan tangan kamu yang pendek itu kerana aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat melakukan sedemikian."

Ustaz Shamsuri - BM 14 Bahrulmazi Jilid 14 ms37 Islam suka yang sedikit cakap Masjid Bandar Darul Aman 20.1.2015

gambar sekadar hiasan
Hasan Gharib At Tirmizi dari Abi Umamah ra sabda Nabi s.a.w. Malu dan tidak bercakap banyak itu tanda orang beriman. Melucah dan mencarut itu ciri-ciri nifaq. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar ra sabda Nabi s.a.w.  Pandai bercakap itu sihir. 

Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Tidak akan miskin bila bersedekah. Bersifat lebih pemaaf akan semakin diangkat darjat kemuliaan oleh Allah. Semakin merendah diri atau tawadduq akan semakin dihormati dan diangkat darjatnya oleh Allah.  

Sahih Muslim dari Iyadh b Hammad ra sabda Nabi s.a.w. Allah menyuruh muslim merendah diri dan jangan sesekali sombong. 

Monday, January 19, 2015

QISAS, sekiranya Allah mahu, Quran turun sejak zaman Adam as

Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 5:45-50,Masjid Taman Brown 19.1.2015

HR Ibnu Majah dari Jariah b Ghafar ra. sabda Nabi s.a.w. hukum Qisas seperti menetak putus tangan dibalas tetak putus tangan itu dituntut Allah tetapi gantirugi adalah lebih berkat disisi Allah dan Rasul.

Sahih Imam Ahmad dari Abi AsSaffah ra dan Abu Dardak ra. sabda Rasulullah s.a.w. Memaafkan orang yang menganiayai dirinya seperti contoh cedera patah gigi dari menuntut hukum Qisas akan dinaikkan satu darjat dan dipadamkan satu dosa oleh Allah S.W.T.

Sahih Abu Daud dari Imran b Hussein ra. Akibat pergaduhan antara hamba kepada tuan miskin dengan hamba kepada tuan kaya sehingga cedera putus telinga. Tuan miskin merayu pada Rasulullah s.a.w. agar jangan disusahkan dengan hukum Qisas balas potong telinga dan mereka tidak mampu bayar pampasan ganti rugi. Akhirnya, Nabi s.a.w. selaku pemimpin muslim mengambil alih tanggungjawab dengan membayar gantirugi pada tuan kaya.


Al-Maidah ayat 45-50
5:45 QISAS menurut TAURAT bani Isra'el kaum Yahudi. Hukum nyawa dibalas nyawa, cedera buta dibalas dibutakan matanya. Patah gigi dibalas dipatahkan gigi. Luka dibalas luka.
5:46 Nabi Isa bin Maryam diturunkan sebagai kesinambungan para nabi terdahulu dengan membenarkan TAURAT dan bersama Isa itu INJIL. Isa membenarkan TAURAT dihadapan penganut yahudi dan INJIL itu diturunkan oleh Allah bagi memansuhkan Taurat sebagai cahaya penyuluh kehidupan dengan syariat yang telah dikemaskini oleh ALLAH TUHAN YANG SATU.
5:47 Hukum yang diturunkan Allah ini wajib dilaksanakan dan mereka yang ingkar perintah Allah itu adalah fasik atau jahat.
5:48 Nabi Muhammad s.a.w. diturunkan dan kali ini bersama rasul "Utusan terakhir Allah tersebut"  ialah AL-QURAN! Nabi s.a.w. sendiri naik saksi mengakui di hadapan Yahudi dan Nasrani bahawa Taurat dan Injil ini diturunkan Allah dan Quran merupakan yang terakhir diturunkan Allah dengan memansuhkan Taurat dan Injil. Bagi Taurat Injil Quran berubah dari syariatnya tetapi yang tidak berubah ialah Tauhid dan Ikhlas pada Allah. SEKIRANYA ALLAH MAHU, ALLAH BOLEH MENURUNKAN QURAN SEJAK BERMULA ZAMAN WUJUDNYA MANUSIA, AKAN TETAPI, DITURUNKAN SYARIAT-SYARIAT BERBEZA SECARA BERPERINGKAT SENGAJA UNTUK MENGUJI MANUSIA SAMADA BERIMAN BERPEGANG KUAT DENGAN ALLAH ATAU SEBALIKNYA. 
Abdullah bin Salam ra merupakan ulama besar Taurat yang diagung-agungkan puak Yahudi tetapi apabila diberitahu beliau memeluk Islam, tiba-tiba puak Yahudi mengatakan ulama yang diagungkan sebentar tadi adalah ulama penipu. 
Maka kepada Allah jua, semua manusia kembali. Berlumba-lumbalah buat kebaikan. Di hari akhirat apabila dibangkitkan kembali manusia dari kubur, itulah mahkamah keadilan akan menentukan nasib sebenar manusia. 
5:49 Jalankan hukum Islam kepada muslim dan bukan muslim walaupun ulama Injil dan ulama Nasrani ini cuba menghalang. Sekiranya menolak hukum Allah samada hudud mahupun qisas, maka akan diturunkan bencana samada jenayah berleluasa tiada terkawal atau kecelakaan lain. Di dunia hukum secara duniawi manakala di akhirat jauh lebih dasyat seksaannya.
5:50  Hukum manusia atau hukum Allah kah yang baik? Adakah hukum jahiliah mengikut hawa nafsu yang dicari? ketahuilah, tiada siapa boleh buat undang-undang yang lebih baik dari undang-undang Allah.

Wednesday, January 14, 2015

Kiblat awal Islam



Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Kiblat Pada Awal Islam,Masjid Abdullah Fahim 14.1.2015

Muaz bin Jabal ra sabda Nabi s.a.w. Syarat masuk syurga ialah jangan tinggal solat dalam apa jua keadaan, bayar zakat apabila cukup syarat, puasa bulan Ramadhan dan lakukan haji apabila mampu.
3 pintu kebaikan ialah puasa selaku perisai kejahatan. Kedua ialah sedekah yang boleh memadamkan dosa. Ketiga ialah solat sunat malam.
Kemuncak kehidupan manusia ialah mati dalam Islam. Tiang Islam ialah solat. Kemuncak segalanya ialah kesanggupan untuk berjihad.
Segala yang mengawal kesemua yang disebut di atas ialah lidah yang boleh menyebabkan manusia masuk ke neraka.

Bahrulmazi jilid 21 ms36
17 bulan Rasulullah s.a.w. solat berkiblatkan Baitul Maqdiz dengan harapan hati-hati kaum yahudi kembali lembut memeluk Islam tetapi sebaliknya yang berlaku. Selepas 17 bulan, kiblat kembali ke kabbah Mekah. Yahudi mengatakan “lihatlah Muhammad, dia kata agama kita salah sebaliknya dia sendiri solat berkiblatkan baitulmaqdiz.
Al-Barraq r.a, Firman Allah. Sesungguhnya, Kami lihat engkau asyik melihat ke langit rindukan perubahan kiblat ke ka’bah Mekah maka Kami makbulkan permintaan engkau. Solat fardhu mesti mengadap ka’bah.
HR AtTurmuzi. Nabi s.a.w. solat Zohor di Kampung Bani Salamah dengan berkiblatkan Masjidil Haram. Salah seorang sahabat yang baru selesai solat bersama Rasulullah s.a.w. bergegas ke masjid Nabawi memberitahu tentang perubahan kiblat pada waktu Asar dan seorang sahabat lain pula bergegas ke masjid Kubah memberitahu perubahan kiblat pada waktu solat Subuh.

Friday, January 9, 2015

(Qiamat Hari Allah mengotakan janjiNya) END OF THE WORLD IS TRULY REAL!!



Tafsir Nurul Ihsan ms 216 Surah 69 Al-Haaqah (250 ayat) ayat 1-12 jilid 4 Surau Taman Kerian 9-1-15

Apabila datang tiupan sangkakala yang memekakkan telinga. Manusia lari dari saudaranya. Anak lari dari ibubapaya. Manusia tidak pedulikan anak isterinya. Setiap manusia ada urusan yang menyibukkannya.  Pada hari itu, ada wajah manusia yang berseri-seri.
Al-Infiqal ayat 19 Kiamat adalah hari yang tiada manusia dapat menolong manusia yang lain. Semua urusan hari kiamat dibawah pengawalan Allah.
Abi Said Al-Qudri ra, sabda Nabi s.a.w. bagaimana aku hendak bersuka ria kerana malaikat peniup sangkakala telah meletakkan sangkakala pada mulutnya dan kiamat akan berlaku pada bila-bila masa saja dengan izin Allah maka perbanyakkan sebutan Hasbunallah wal niqmal waqil, Cukup Allah bagiku dan kepada Allah kami bertawaqal.

gambar sekadar hiasan
Sahih At Turmuzi dari Bahaz b Haqim dari bapa dan datuknya sabda Nabi s.a.w. hari qiamat, manusia dibawa ke mahsyar dalam berbagai keadaan. Ada yang dihalau dengan keadaan berjalan kaki, ada yang berkenderaan dan ada juga yang menyeret muka di atas tanah bergantung pada amalan semasa di dunia.

69:1 Saat yang pasti berlaku
69:2-3 Hari Kiamat dimana Allah mengotakan janjiNya bahawa hari pembalasan untuk manusia adalah benar!
69:4 Manusia yang tidak percaya kiamat sama seperti kaum Ad Nabi Hud as dan kaum Samud Nabi Saleh as. telah terima akibatnya.
69:5 Kaum Samud dibinasakan oleh jerkahan mala’ikat Jibril yang sangat kuat sehingga putus jantung manusia manakala 69:6 Kaum Ad dibinasakan oleh rebut kencang.

69:7 Setiap air hujan dan tiupan angin dikawal sukat oleh Allah tetapi apabila Allah mengizinkan azab bencana maka Allah melepaskannya tanpa kawalan.  Begitulah Allah tidak mengawal selama 8 hari 7 malam pada bencana banjir zaman nabi Nuh a.s. Lihatlah kaum ingkar yang dibinasakan Allah, seolah-olah mereka kelihatan batang pokok yang tumbang bergelimpangan.

Sahih Muslim dari ibnu Omar Al-Khattab ra. Al-Hijr tempat kaum Samud disinggah oleh sekumpulan sahabat dan Rasulullah s.a.w.  Sabda Nabi s.a.w. segala air atau bahan peninggalan kesan dari azab Allah yang lepas jangan dicampur ke dalam sebarangt bentuk makanan minuman atau kebendaan.
Sahih Muslim dari ibnu Omar r anhuma. Sabda Nabi s.a.w. Jangan masuk ke kawasan dimana berlakunya azab murka Allah dan sekiranya terpaksa masuk ke kawasan tersebut maka wajib menangis mengalirkan air mata.


69:8 Tidakkah manusia melihat di atas muka bumi, Allah tidak akan tinggalkan kesan saki baki mereka yang ingkar dengan Allah.
69:9 Dan peristiwa FirAun ditenggelami akibat mengancam nabi Musa a.s.
69:10 Begitulah pengakhiran mereka yang derhaka Allah dan Rasul yang diutus.
Di Akhirat, lebih seksa pembalasannya yang tiada pengakhiran.
69:11 Bahawasanya Kami lepaskan air dari batu dan kayu sehingga air menenggelami seluruh bumi. Yang terselamat hanya 40 lelaki dan 40 perempuan dan yang lain binasa kesemuanya agar ia menjadi peringatan buat kamu wahai manusia dimana mukmin diselamatkan dan kafir dibinasakan. 
69:12 Ambil pengajaran terhadap peristiwa ini wahai manusia.

Monday, November 10, 2014

Al-Qalam 68:44-52 What You Give You Get Back

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah r.a. Sabda Nabi s.a.w. 
Setiap manusia yang bangun pagi dari tidur setiap hari akan didoakan oleh dua mala'ikat yang pertama "Ya Allah, gantikan yang baik baginya yang derma atas jalan Allah." 1 lagi berbunyi "Ya Allah, binasakan mereka yang bakhil kedekut."

Hadis riwayat imam Ahmad dari Abi Qatadah ra sabda Nabi s.a.w. kerana kamu menjagaku, Allah akan menjaga kamu. 

Sahih An Nasa'i dari Anaz b Malek ra sabda Nabi s.a.w. 
Siapa yang meminta pada Allah untuk masuk syurga 3 kali, syurga akan jawab, ya Allah berilah dia ini masuk syurga. 

Sahih Bukhari dari Osman b Affan ra sabda Nabi s.a.w.
Bina masjid mencari keredhaan Allah akan mendapat hadiah bangunan dari Allah di syurga. 

Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra sabda Nabi s.a.w. 
Allah tidak akan menzalimi orang beriman yang melakukan kebaikan. 

Sahih Muslim dari Sahal b Saad As Sa idi sabda Nabi s.a.w.
Syurga ialah tempat yang tidak terlintas di hati serta fikiran, tidak ternampak pada bayangan dan tidak pernah dengar di dunia. 

Ciri-ciri ahli syurga ialah rajin bangun tidur tengah malam untuk solat dan berdoa memohon seperti yang dijanjikan dalam Quran manakala tangannya ringan derma atas jalan Allah. Tiada manusia dunia tahu nikmat sebenar syurga. 

Al-Qalam 68:44-52 Pengajian kitab tafsir Quran Nurul Ihsan jilid 4 ms 214 Surah Nun

Manusia yang dimasukkan ke neraka sakar menjawab "kami di dunia tidak solat, kami tidak pernah beri makan orang miskin, kami menyertai golongan mengumpat dan pertikai hal agama dan kami tidak percaya adanya hari akhirat sehingga tiba hari keyakinan iaitu kematian"

68:44 Mereka yang dustakan Quran ini zahirnya kelihatan bahagia dan senang tetapi batinnya menderita dengan seisi keluarga bergelumang dosa. 
68:45 Lihatlah umat terdahulu yang dibinasakan akibat dosa mereka dan digantikan dengan umat lain. 
Al-Ankabut 40.  Kaum Ad dengan taufan batu yang kuat. Kaum Samud di Utara Madinah (Mada'in Saleh) dibinasakan dengan 1 Jerkahan. Qarun ditelan bumi. Firaun ditenggelami laut merah. Allah tidak menzalimi mereka tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri. 
68:46) Jangan kenakan harga pada dakwah islamiah wahai Muhammad. 
Sahih Bukhari dari Ibni Abbas ra. Atas bacaan fatihah Abu Said Al-Qudri ra, ketua puak badwi menghadiahkan kambing padanya. sabda Nabi s.a.w. Boleh menerima saguhati tetapi jangan meminta atas upah kerja dakwah. 
Sahih Abu Daud dari Osman b Abil As ra. sabda Nabi s.a.w. Mengambil pemberian saguhati penghargaan selepas pengorbanan berdakwah tidak salah tetapi sekiranya tidak ambil itu lebih baik. 
68:47) Adakah mereka dapat ilmu terus dari langit Luh Mahfuz menyebabkan mereka enggan ikut kamu wahai Muhammad? 
gambar sekadar hiasan
68:48) Bersabarlah dan jangan putus asa dalam kerja dakwah seperti Nabi Yunus as yang putus asa dengan kaumnya kemudian ditelan ikan. 
68:49) Atas rahmat Allah, Yunus diselamatkan terdampar ditepian pantai selepas berdoa penyesalan di dalam perut ikan "La illa ha illa Anta Subha naka inni kuntuminazzalimin @Maha Suci Allah sesungguhnya aku menzalimi diri."
68:50) Dengan nikmat Allah, Yunus dipelihara dari kekejian
68:51) Sekiranya Allah tidak pelihara kamu wahai Muhammad, sudah pasti kamu kecewa akibat pandangan kafir Mekah dipenuhi kebencian dengan tohmahan Muhammad ini sesat lagi gila. 
68:52) Quran itu pengajaran bagi jin dan manusia yang sihat mental untuk jalan maslahat dunia akhirat. 



Tuesday, November 4, 2014

Sunnah makan daging arnab. HARAM CELA MAKHLUK

4-11-14 Masjid Sultanah Bayah BM12 ms171 hukum makan arnab syarah Ustaz Shamsuri 
Sahih Muslim Abi Sarihah ra sabda Nabi s.a.w. Kiamat akan terjadi selepas 10 tanda iaitu

  1. gempa bumi sebelah timur 
  2.  gempa bumi sebelah barat
  3.  gempa bumi semenanjung arab
  4. kabus hitam meliputi muka bumi  
  5. keluarnya binatang berkaki empat
  6. keluarnya yajud majud
  7. matahari terbit sebelah barat
  8.  keluar dajal
  9.  keluar api negeri Yaman halau orang ramai
  10. Turunnya Nabi Isa as membunuh Dajjal (10-riwayat lain) Ribut putung beliung melemparkan manusia ke dalam laut. 

HARAM CELA MANA-MANA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH

Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Angin menjadi rahmat apabila meniup lembut tetapi angin boleh berubah menjadi bencana atas perintah Allah maka jangan sesekali memarahi angin itu sebaliknya mohon  perlindungan dari Allah.
Sahih Abu Daud Ibni Abbas ra sabda Nabi s.a.w. Jangan cela mana-mana makhluk kerana akan dicela oleh Allah.
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Apabila berlaku gerhana atau bencana, solatlah minta perlindungan pada Allah sehingga ianya selesai.
Sahih Muslim dari A’isyah ra. Nabi s.a.w. segera berdoa minta perlindungan apabila tiba-tiba angin meniup kuat. “ya Allah, aku berlindung dari kejahatan yang ada pada angin ini”



Hasan Sahih AtTirmizi Anaz b Malek ra. Nabi s.a.w. makan daging arnab hadiah dari para sahabat.

Tuesday, October 28, 2014

Sujud Solat Rasulullah s.a.w.

23 Sujud bagi kena dahi hidung & 28-10-14 Masjid Padang Temusu BM2 Kedudukan tangan semasa sujud SYARAH Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Setiap pergerakan solat mesti ada tenang atau tamaqninah.

gambar hiasan
Sahih Bukhari dari Ibnu Abi Laila (Tabi’e) dari Ummu Haniq binti Abu Talib r anha kakak kepada Saidina Ali ra. Pada pagi pembukaan kota Mekah, Rasulullah s.a.w. mandi sambil dikepung kain oleh anak baginda Fatimah r anha sebelum solat sunat 8 rakaat.

Hasan Gharib AtTirmizi Al-Barraq. Nabi s.a.w. sujud solat dengan 2 tangan berhampiran telinga baginda.

Hasan Sahih AtTirmizi, Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Jabir & Abi Said Al-Qudri. sabda Nabi s.a.w. bermula 7 anggota sujud solat iaitu 1)1x Dahi Muka 2)2x tapak tangan 3)2x lulut 4)2x Hujung kaki dilipat menghadap kiblat.


Sahih Muslim dari Ibnu Abbas, lelaki berambut panjang mengikat sanggul umpama solat dengan tangan diikat.

Thursday, October 23, 2014

Sujud solat Rasulullah s.a.w.

23-10-14 Al-Fajr ayat 2 Demi waktu Subuh 10 malam (Majoriti ulama 1-10 Zulhijah), ada sumpah di dalamnya. Sahih At Tirmizi Said b Jubair (tabi’in) sabda Nabi s.a.w. Allah sangat suka amal soleh 10 hari bermula 1-10 Zulhijjah kerana pahalanya lebih besar dari hari-hari lain.

Sahih AnNasai Hunaidah b Khalid ra dari Aisyah sabda Nabi s.a.w. Allah membebaskan hamba-hamba terpilih dari neraka pada hari Arafah.
gambar sekadar hiasan
Quran- Allah tidak mahukan daging korban tetapi ialah ikhlas taqwa amalan korban itu sendiri.
SUJUD NABI S.A.W. 
Hasan lagi Sahih At Tirmizi Abi Humaid As-Sa’idi ra Nabi s.a.w. sujud dengan dahi, hidung menyentuh lantai, 2 siku direnggangkan, dua tapak tangan berbetulan 2 bahu.

Sahih Abu Daud dari Abi Said Al-Qudri ra. Nabi s.a.w. sujud solat dengan memakai sandal, kemudian meletakkan kasut di sisi kiri ketika sedang sujud solat kerana terdapat najis setelah diberitahu mala’ikat Jibril as. Zaman Rasulullah s.a.w. Masjid berlantaikan tanah. 

Tuesday, October 21, 2014

Daripada isu Anjing lebih baik berZikir

21-10-14 Masjid Bandar Darul Aman BM14 ms 30 syarah Ust Shamsuri
ZIKRULLAH
Sahih Muslim Muawiyah Abu Sufian ra. Sabda Nabi s.a.w. Majlis zikir adalah kebanggaan Allah dihadapan mala’ikatNya.
Sahih Muslim Sabda Nabi s.a.w. zikir subhanallah wabihamdih x100 setiap hari pagi petang akan mendapat pengiktirafan Allah di hari kiamat.
Sahih Muslim Sabda Nabi s.a.w. “La ila ha illallah huwahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu wahua ala kullisyai in qadir x10.” Allah anugerahkan pahala memerdekakan 4 orang dari keturunan Nabi Ismail as.

HADIS BERKAITAN ANJING
Sebaik-baik petunjuk ialah Quran dan perinciannya adalah hadis. 

Sahih Muslim Abi Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. memelihara anjing tujuan binatang kesayangan bukan tujuan berburu akan ditolak pahala sebanyak dua kali ganda bukit Uhud.
Sahih Muslim Maimunah r anha. Sabda Nabi s.a.w. Mala’ikat rahmat tidak masuk ke rumah yang dipelihara anjing.
Sahih Muslim Jabir ra. Nabi s.a.w. mengarahkan para sahabat membunuh anjing yang mempunyai 2 titik putih kerana ia adalah jelmaan syaitan.
Anjing, binatang yang dijadikan Allah untuk kegunaan berburu 
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Seorang pelacur telah memberi minuman pada anjing yang terjelir sangat dahaga dan Allah ampunkan dosanya. (Hadis ini bukan dalil untuk selfie)
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Bekas jilatan anjing akan kembali bersih setelah 7 kali basuhan air dengan pertama sekali basuhan air tanah. 


Hasan Sahih AtTirmizi Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. dibuka pintu syurga setiap Isnin dan Khamis. Setiap manusia akan dapat pengampunan dan masuk ke pintu syurga kecuali manusia yang menduakan Allah dan tidak berdamai dalam pergaduhan. 

Monday, October 13, 2014

Hari ini Allah lupakan manusia (Al-Qalam 68:34-43)

Sabda Nabi s.a.w. kepada sekumpulan pemuda yang tidak puas hati dengan pembahagian harta rampasan perang. Tujuan dilebihkan pada Puak Quraisyh kerana mereka baru memeluk Islam sedangkan Ansar bawa pulang aku iaitu seorang Nabi Allah yang jauh istimewa berbanding harta. Bersabarlah walau apapun yang terjadi kerana yang bersabar akan jumpaku di telagaku di hari akhirat.
kata Anaz b Malek ra. hari ini manusia tetap tidak bersabar.

Al-Qalam 68:34-43 Tafsir Quran pengajian kitab Nurul Ihsan syarah Ut Shamsuri
gambar sekadar hiasan
68:34 Muttaqin (mukmin bertaqwa) akan dijanjikan syurga Naim.
68:35 Adakah muslim dan tidak muslim itu sama? 
68:36 Sudah tentu tidak kerana tidak muslim akan ke neraka.
68:37 Tanya mereka wahai Muhammad kenapa mereka berfikiran akan dapat layanan lebih baik dari orang Islam sedangkan Quran memansuhkan kitab-kitab terdahulu dari langit. 
68:38-39 Adakah kitab yang mereka pilih beritahu bahawa mereka dijamin masuk syurga
68:40 Bawakan penjamin kebenaran mereka sekiranya kafir mengatakan mereka benar
68:41 Buktikannya di Akhirat!
68:42 Mahkamah mahsyar akan mengadili, bukankah diberi penglihatan pendengaran dan berbagai kemudahan lagi. 
68:43 Berapa kali manusia mendengar Quran HadisKu?
Akhirnya manusia mengakui kesilapan diri. Kata Allah: "Hari ini Aku lupakan kamu kerana semasa di dunia kamu lupakan Aku."

Monday, September 8, 2014

Al-Qalam 68:17-33 Tuan Kebun kedekut. SEBUTLAH DENGAN IZIN ALLAH

MUQADDIMAH sebelum pengajian oleh Dato'Shamsuri Hj Ahmad. 
Sahih Bukhari dari Abdullah b Amru b Al-Az radialla hu anhu. Ketika awal zaman permulaan Islam, Nabi s.a.w. menunaikan solat di hadapan ka'bah. Datang sekumpulan samseng kafir Quraisyh yang diketuai Abu Jahal meletakkan perut unta busuk di atas belakang badan Rasulullah s.a.w. semasa baginda sedang sujud. Selepas itu, mereka ketawa terbahak-bahak sambil bertepuk tampar antara satu sama lain. Berita Nabi s.a.w. dibuli oleh kumpulan samseng tersebut sampai kepada anak baginda, Fatimah. Fatimah yang ketika itu merupakan kanak-kanak kecil perempuan bergegas menuju ke ayahnya lalu membersihkan perut unta busuk tersebut sambil memarahi kumpulan samseng yang menganiayai bapanya. Nabi s.a.w. berdoa mengulangi 3 kali meminta kemarau panjang termasuk pembalasan pada perbuatan keji kumpulan samseng Abu Jahal. Allah memakbulkan doa kekasihNya, Mekah dilanda kebuluran teruk. Wakil kafir Quraisyh Abu Sufyan yang ketika itu belum memeluk Islam, merayu pada Rasulullah s.a.w. agar menghentikan kemarau panjang tersebut. Kafir Quraisyh akur dengan kekuasaan Allah. Turun ayat Quran, Ad Dukhan ayat 15" Sesungguhnya sekiranya Kami mengangkat azab ini, manusia akan kembali ingkar."Setelah kemarau dan kebuluran teruk yang melanda Mekah berakhir, kafir Quraisyh kembali mengingkari Nabi s.a.w. dan menolak Quran Hadis. Turun ayat Quran, Ingat suatu hari nanti Kami akan turunkan hari pembalasan dan sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Balasan."Akibat keingkaran mereka, Allah turunkan pembalasan kafir Quraisyh ditewaskan muslim dalam perang Badar beberapa lama kemudian. 

Sahih Ibnu Majah dari Abi Lailah Al-Khindi ra, Khabbab bin Al-Arad ra dari Bani Ta'Mim. Khabbab merupakan hamba abdi dan 10 orang terawal memeluk Islam. Abdullah b Mas'ud ra merupakan sahabat yang selalu merujuk Khabbab kerana kemahiran tafsiran Quran. Khabbab ditakdirkan menjadi kaya dermawan dan mendapat pengiktirafan oleh Khalifah Omar Al-Khattab ra sebagai setanding dengan Amar b Yasir ra. 

Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms 211 surah Nun Makiah ayat 17-33 Surau Taman Kerian syarah Ustaz Shamsuri 8-9-2014. 

AL-Qalam 68:17-33

68:17) Terdapat satu kisah benar dahulu, Kami beri pembalasan pada tuan-tuan kebun kurma yang bercadang untuk memetik tanaman awal keesokan pagi kerana kedekut dipetik oleh golongan miskin.
68:18) Mereka juga lupa menyebut "dengan izin Allah" untuk sesuatu pekerjaan. 
Sahih Bukhari, sabda Nabi s.a.w. akibat tidak menyebut "dengan izin Allah", 90 isteri Nabi Sulaiman gagal melahirkan anak untuk dijadikan tentera jihad fisabilillah. 
68:19) Allah menghantar api membakar tanaman kebun kurma mereka pada malam sebelum keesokan hari. 
68:20) Akhirnya kebun mereka hangus musnah kesemuanya. Kejadian ini berlaku di Yaman. 
68:21) Keesokannya, mereka mengejutkan antara satu sama lain.
Rezeki yang kita dapat hasil usaha kita ada bahagian untuk si miskin!
68:22) untuk ke lokasi seperti yang dirancang. 
68:23) Sambil menuju ke kebun, mereka berbisik sesama mereka. 
68:24) Di hati masing-masing mengatakan jangan harap si miskin dapat memetik buah lagi selepas ini.
68:25) Mereka dengan sombong merasakan merekalah yang berkuasa disamping berjaya mengecewakan golongan miskin yang mengharap dapat memetik buah-buahan tanaman mereka. 
68:26) Tiba di lokasi, mereka seakan-akan tidak percaya dan mengatakan kemungkinan mereka sesat jalan.
68:27) Tetapi setelah diteliti, akhirnya mereka mengakui kebun mereka telah musnah.
68:28) Salah seorang dari mereka tiba-tiba memberitahu perbuatan kedekut mereka ini salah.
68:29) Mereka menyesal 
68:30) sambil menyalahkan antara satu sama lain kerana cuba menganiayai golongan miskin.
68:31) Akhirnya mereka semua faham dan sepakat mengakui kesalahan diri.  
68:32) Kesemua mereka bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi lalu berdoa agar Allah dapat mengembalikan kebun tanaman mereka seperti asal. Allah memakbulkan doa mereka dengan mengembalikan tanaman kebun mereka kembali subur seperti asal.  
68:33) Demikian azab Allah di dunia dan sesungguhnya azab akhirat jauh lagi dasyat. 

Tuesday, September 2, 2014

Nabi saw tidak baca doa makan tapi baca "Bizmillah"

2-9-14 Masjid Sultanah Bayah BM12 Sunnah makan syarah Ustaz Shamsuri 
Adab makan Sunnah
Riwayat Anaz b Malek ra. Anaz pernah melihat makanan yang keluar dari celahan jari Rasulullah s.a.w. ketika hidangan yang sedikit menjadi barakah sehingga mengenyangkan 40 orang ahli Jemaah masjid. Sabda Nabi s.a.w. Menjamu makanan untuk tetamu akan didoakan para mala’ikat.
Sahih Abu Daud Huzaifah ra. Sunnah Nabi s.a.w. baca bizmillah sebelum makan. Doa makan dicipta oleh ulama terkemudian.

Hasan Gharib AtTirmizi Qatadah ra. Rasulullah s.a.w. menjamu makanan di atas kain hamparan sambil duduk di atas lantai.

Thursday, June 12, 2014

AnNahl 61-63 Manusia tiada di dunia & Haji Rasulullah s.a.w.

Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 61-63,Masjid simpang empat 12.6.2014

WAJIB MENANGIS DI KAWASAN KEBINASAAN ALLAH KE ATAS UMAT INGKAR TERDAHULU.

Sahih Bukhari dari Abdillah b Omar Al-Khattab r anhuma, Nabi saw ketika tentera muslim melintasi Al-Hijir, Nabi saw meminta sekiranya air dari kawasan tersebut telah digunakan untuk makanan dan bekalan minuman maka mestilah dibuang kerana kawasan Al-Hijir/Mada’in Soleh tersebut pernah dihuni oleh golongan kaum Samud yang ditimpa bala akibat bantah Nabi Soleh as. Kaum Nabi Soleh hebat dalam senibina kediaman mewah di dalam gunung seperti di Petra Jordan.  Sabda Nabi s.a.w. Sekiranya ada urusan penting, hanya yang boleh menangis saja dibenarkan masuk dalam keadaan menangis kerana dikhuatiri, apa yang menimpa mereka akan kena ke atas kamu.

HAJI Istimbat hukum dari nas Nabi s.a.w. IBADAH UBUDIAH-ABDI DIRI KEPADA ALLAH-IBADAH Sunnah menurut Hadis SEPERTI RASULULLAH S.A.W.
Riwayat Muhammad b Ali b Al-Husain b Ali b Abi Talib karamalla huwajha iaitu piut Nabi Muhammad s.a.w. daripada Jubir b Abdillah r anhu.
gambaran hiasan serangan burung ababil
Solat sunat apa saja 2 rakaat apabila tiba di Bir Ali. Kemudian, Nabi s.a.w. naik unta ke Mekah sambil bertalbiah bersama para sahabat yang adakalanya senyap dan adakalanya bertalbiah.  Talbiah bermula niat ihram sehingga berhenti di sisi ka’bah. Di Baitullah, Nabi s.a.w. masuk berdoa mengangkat kedua belah tangan. Nabi ke Hajar Aswad untuk mengucup, kemudian 3 round pertama, Nabi berlari anak dalam keadaan ber iqtibaq, pusingan ke 4 menutup ihram kembali berjalan sehingga tamat pusingan ke 7. Tamat 7 pusingan, Nabi s.a.w. menuju ke makam Ibrahim membaca “Wattahizu mimmakami Ibrahima musollah” Nabi Solat 2 rakaat belakang makam Ibrahim@ rakaat pertama (Fatihah dan Qulya) dan kedua( Fatihah dan Qulhuwalla). Kemudian sekali lagi, Nabi s.a.w. mengucup hajarul aswad. @(ulama ambil kesimpulan ada hadis lain-Ke Multazam untuk berdoa antara bucu hajarul aswad dan pintu ka’bah.) Kemudian menuju ke Bukit Safa dan apabila hampir maka Nabi membaca, “Innassafa walmarwataminsya irillah” Nabi s.a.w. mula berjalan Safa ke Marwah ulang-alik 7 kali, bermula satu lembah dengan berlari anak (hari ini-isyarat lampu hijau). Hari ke -8, Nabi s.a.w bertolak ke Mina (hari tarwiyah@hari bagi unta puas minum air) Kemudian Nabi s.a.w bertolak ke Arafah pada 9 Zulhijjah hampir masuk waktu Maghrib untuk berdoa bersungguh-sungguh sambal menangis sehingga nampak putih ketiak baginda. Selepas itu, baginda bertolak dari Arafah ke Muzdaliffah untuk solat maghrib dan Isya’ dan tidur sehingga bangun solat Subuh keesokannya. Selepas solat Subuh, Nabi s.a.w. bertolak dari Muzdalifah ke Mina dan ketika melintasi kawasan madi muhassir dengan tenang dan perlahan. Pada masa yag sama baginda menegur sahabat-sahabat yang kelihatan gopoh. Ketika melintasi madi muhassir, Nabi sa.w. memacu untanya agak laju sambil menutup kepalanya agar segera meninggalkan kawasan tempat kebinasaan tentera Abrahah kerana menurut Allah “Tarmihim bihijaratim minsijjil faja alum ka asfir maQqul.” Burung ababil diperintahkan Allah melemparkan batu ke atas kepala tentera Abrahah maka jadilah mereka seperti daun yang dimamah ulat.
Laut mati ke Jericho Isra’el dipercayai kaum Nabi Lut diterbalikkan hasil kajian berdasarkan nas dalil Quran Hadis. Dipercayai tidak boleh confirm kerana tiada terangan jelas dari nas dalil Quran Hadis.

AN-NAHL 61-63 
gambaran hiasan tiada manusia di muka bumi
61) Sekiranya Allah menuntut pembalasan azab segera selepas manusia melakukan dosa, sudah tentu tiada manusia lagi yang tinggal di muka bumi. Yang ingkar bukan saja diazab di dunia malah kemudian diazab lagi di akhirat kecuali keampunan dari Allah sekiranya bertaubat.  Apabila tiba saat kematian, tiada lewat dan awal walaupun sesaat.
62) Golongan ingkar merasakan mereka benar dan mengatakan golongan kebenaran itu salah, hakikatnya kafir tetap di neraka. (dalil haram muslim sebut "rest in peace" pada yang bukan Islam)

63 Allah bersumpah dengan namaNya sendiri “Demi Allah”, Tuhan telah mengutus para Nabi dan Rasul tetapi umat mereka memilih jalan kesesatan yang dirasakan mereka jalan kebenaran akibat bisikan iblis. Sekiaranya mahu melepaskan diri mereka, carilah pemimpin mereka yakni syaitan, syaitan yang dirasakan hebat juga tidak terlepas dari neraka jangan ingat manusia dapat melepaskan diri dari neraka.  

Tuesday, May 27, 2014

Pembedahan dada Nabi s.a.w. & Bacaan bangun Rukuk

Ustaz Shamsuri - 27.5.2014 Masjid Padang Temusu  
Menurut Ulama besar Ibnul Harabi, pada zamanku terdapat seketul batu besar  yang tergantung tiada tiang dan tiada tali di tengah masjid baitulmaqdis. Arah puncak selatan, disitulah Nabi s.a.w. pijak batu tersebut untuk menaiki buraq sewaktu peristiwa Isra’ Mi’raj.

Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra. Jibril melakukan pembedahan pertama untuk membersihkan darah kotor syaitan menggunakan air zam-zam ketika Nabi s.a.w masih kanak-kanak. Kali kedua semasa Isra’ Mi’raj dengan tambahan dimasukkan iman dan hiqmah.
Hadis-hadis Sahih ketika Rasulullah s.a.w. di Sidratul Muntaha, selepas menuruni langit ke-7 Nabi Ibrahim as dan tiba di langit ke-6, Nabi Musa as menasihati Rasulullah s.a.w agar mengurangkan solat 50 waktu kepada 1 waktu. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berulang alik bertemu Allah sehingga dikurangkan menjadi 5 waktu, akhirnya baginda memberitahu yang dirinya sangat malu kepada Allah.  

BM 2 Bab Bacaan Selepas Bangun Dari Rukuk,


HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Sabda Nabi s.a.w. Bangkit rukuk, “sami Allah huliman hamidah”. Makmum menyahut “robbana walaqalham/rabbana laqalham”. (Diterima Allah, bagi Allah segala puji memenuhi 7 petala langit dan memenuhi bumi. ) Sesiapa yang sama menyebut bersamaan mala’ikat maka diampunkan semua dosa kecil telah lalu.