Tafsir Nurul Ihsan ms
216 Surah 69 Al-Haaqah (250 ayat) ayat 1-12 jilid 4 Surau Taman Kerian 9-1-15
Apabila datang tiupan sangkakala yang memekakkan telinga.
Manusia lari dari saudaranya. Anak lari dari ibubapaya. Manusia tidak pedulikan
anak isterinya. Setiap manusia ada urusan yang menyibukkannya. Pada hari itu, ada wajah manusia yang
berseri-seri.
Al-Infiqal ayat 19 Kiamat
adalah hari yang tiada manusia dapat menolong manusia yang lain. Semua urusan
hari kiamat dibawah pengawalan Allah.
Abi Said Al-Qudri ra, sabda Nabi s.a.w. bagaimana aku hendak
bersuka ria kerana malaikat peniup sangkakala telah meletakkan sangkakala pada
mulutnya dan kiamat akan berlaku pada bila-bila masa saja dengan izin Allah
maka perbanyakkan sebutan Hasbunallah wal niqmal waqil, Cukup Allah bagiku dan
kepada Allah kami bertawaqal.
gambar sekadar hiasan |
69:2-3 Hari Kiamat dimana Allah mengotakan janjiNya bahawa hari
pembalasan untuk manusia adalah benar!
69:4 Manusia yang tidak percaya kiamat sama seperti kaum Ad
Nabi Hud as dan kaum Samud Nabi Saleh as. telah terima akibatnya.
69:5 Kaum Samud dibinasakan oleh jerkahan mala’ikat Jibril
yang sangat kuat sehingga putus jantung manusia manakala 69:6 Kaum Ad dibinasakan oleh rebut kencang.
69:7 Setiap air hujan dan tiupan angin dikawal sukat oleh
Allah tetapi apabila Allah mengizinkan azab bencana maka Allah melepaskannya
tanpa kawalan. Begitulah Allah tidak
mengawal selama 8 hari 7 malam pada bencana banjir zaman nabi Nuh a.s. Lihatlah kaum ingkar yang dibinasakan Allah,
seolah-olah mereka kelihatan batang pokok yang tumbang bergelimpangan.
Sahih Muslim dari ibnu
Omar Al-Khattab ra. Al-Hijr tempat kaum Samud disinggah oleh sekumpulan sahabat
dan Rasulullah s.a.w. Sabda Nabi s.a.w.
segala air atau bahan peninggalan kesan dari azab Allah yang lepas jangan
dicampur ke dalam sebarangt bentuk makanan minuman atau kebendaan.
Sahih Muslim dari ibnu
Omar r anhuma. Sabda Nabi s.a.w. Jangan masuk ke kawasan dimana berlakunya azab
murka Allah dan sekiranya terpaksa masuk ke kawasan tersebut maka wajib
menangis mengalirkan air mata.
69:8 Tidakkah manusia melihat di atas muka bumi, Allah tidak
akan tinggalkan kesan saki baki mereka yang ingkar dengan Allah.
69:9 Dan peristiwa FirAun ditenggelami akibat mengancam nabi
Musa a.s.
69:10 Begitulah pengakhiran mereka yang derhaka Allah dan
Rasul yang diutus.
Di Akhirat, lebih seksa pembalasannya yang tiada pengakhiran.
Di Akhirat, lebih seksa pembalasannya yang tiada pengakhiran.
69:11 Bahawasanya Kami lepaskan air dari batu dan kayu
sehingga air menenggelami seluruh bumi. Yang terselamat hanya 40 lelaki dan 40
perempuan dan yang lain binasa kesemuanya agar ia menjadi peringatan buat kamu
wahai manusia dimana mukmin diselamatkan dan kafir dibinasakan.
69:12 Ambil pengajaran terhadap peristiwa ini wahai manusia.
No comments:
Post a Comment