Nota Cinta

Wednesday, March 11, 2020

Mut'ah 3000 vs 10'000 Syahidnya 3 Sahabat Besar!


https://www.youtube.com/watch?v=G8i9KieMUIQ
Quliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 125 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang

Mut'ah kesinambungan kuliah 8 Mac 2012 syarah Dato' Shamsuri Hj Ahmad
3 Sahabat Besar "3000 vs 10'000" Perang Mut’ah Rom Timur/Byzantine (Jordan) 1 Jamadil'Awal 8 Hijrah 

Zaid ibn Haritsah (anak angkat kesayangan NabiSAW), Jaffar Abi Talib (sepupu & mirip fizikal & perwatakan NabiSAW & abang Saidina Ali ) & Ibnu Rawahah (Penyair RasulullahSAW) riwayat Ibnu Omar Al-Khattab r anhuma. 
Perang diistihar kerana utusan pengakuan RasulullahSAW  bernama Haris b Umair ra dibunuh oleh RajaBasra. Sabda NabiMuhammadSAW, Ketua perang bertanggungjawab membawa bendera pasukan, sekiranya Zaid mati bendera diketuai Jaafar diikuti Abdullah bin Rawahah. Tiba di medan Mut’ah. Para sahabat gentar kerana musuh dianggarkan 10’000 tentera Rom. Seorang sahabat mencadangkan agar memberitahu NabiSAW tentang situasi mereka. Bingkas bangun Abdullah ibn Rawahah lalu berkata “Sekiranya kita tidak syahid, kita akan mati juga nanti. Kita jihad kerana Allah telah memuliakan kita. Cuma ada dua kemungkinan baik iaitu Syahid di atas redha Allah atau kemenangan Islam” 
Rom menukar strategi setelah lama pertempuran sengit berlaku. Kali ini sasaran tumpuan ialah pengemudi panji lantas mengejutkan tentera muslim! dengan syahidnya kesayangan Rasulullah saw@ Zaid Ibn Haritsah! Meluru masuk ke tengah pasukan musuh dengan pacuan kuda sambil berteriak selepas menyambut panji ialah Jaafar “Aku sudah dapat melihat keindahan syurga dan sejuk air didalamnya”Tangan kanan ditetak putus dan bendera disambut dengan tangan kiri. Apabila kedua tangannya putus, panji disambut dengan gigi kemudian diapit kaki sebelum rebah syahid ke bumi. Ibnu Rawahah segera menerpa ke arah Jaafar. Ternyata sangkaan Abu Rawahah tepat kerana dirinya akan syahid setelah menyambut panji dari JaffarRA. 

Dari Sahih AlBukhari- mayat Jaafar selepas perang mempunyai lebih 90 kesan tikaman tombak, belahan pedang, tusukan lembing & anak panah pada tubuhnya. Punggungnya hancur tinggal tulang.  Dari Anaz bin Malek. Ketika perang di Jordan pada masa yang sama di Madinah, NabiSAW menggunakan mukjizatnya dengan bantuan malaikat JibrilAS menyampaikan secara lintas langsung situasi seorang demi seorang sahabat besar yang syahid mengikut turutan secara terperinci. 

Kelihatan air mata NabiSAW mengalir selepas berita syahid 3 sahabat besarnya. Akhirnya NabiSAW memberitahu panji disambut oleh pedang dari pedang-pedang Allah(Khalid Al Walid). Perang berakhir dengan pengunduran bala-tentera Rom tetapi tidak dikejar pasukan Muslim. 
Dari AisyahRA, Sekiranya Zaid Ibn Haritsah masih hidup tentu NabiSAW akan mengangkatnya menjadi Khalifah kerana hampir setiap peperangan yang diutus NabiSAW diketuai Zaid Ibn Haritsah. Pertempuran Mut'ah mengorbankan muslim seramai 12 syahid.

Khalid Al Walid, "Sengitnya Mut'ah ini sehingga 8 bilah pedangku patah dan bilah terakhir ialah pedangku buatan Yaman yang membawa kepada kemenangan Islam."

Nabi Ibrahim as idola Rasulullah SAW

gambar sekadar hiasan
https://www.youtube.com/watch?v=G8i9KieMUIQ
Quliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 125 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang

Sahih At Tirmizi, Abdullah b Mas'Ud ra sabda Nabi saw, ikutanku ialah nenekku Nabi Ibrahim as. Sebaik-baik manusia ialah Nabi Ibrahim as. Keluarga yang baik-baik ialah Nabi Yusof as bin Nabi Yakob as bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim as.
Ali imran 68 Yang dekat dengan Nabi Ibrahim ialah yang mengikuti Nabi Ibrahim as termasuk Nabi Muhammad saw.

Monday, February 17, 2020

ISLAM beri peluang "BERUBAH"

https://www.youtube.com/watch?v=7oV4YHZLGls Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang.

Sahih Imam Ahmad b Hambal, Abu Umamah ra Seorang pemuda berjumpa rasulullah saw untuk meminta izin berzina Sabda Nabi saw. Wahai pemuda yang minta izin untuk berzina, mahukah kamu benarkan orang lain berzina dengan ibu kamu / anak perempuan kamu / kakak kamu / adik perempuan kamu. Begitulah juga dengan orang lain yang tidak benarkan ahli keluarga perempuan mereka berzina dengan kamu. Rasulullah saw meletakkan tangannya ke atas dada pemuda tersebut sambil berdoa. Ya Allah, bersihkanlah hati pemuda ini dari gangguan syaitan, ampunilah dia dari ingatan kotornya, sucikanlah kemaluan pemuda ini, jangan sampai pemuda ini berzina. Setelah kejadian tersebut, pemuda itu langsung tidak berfikir untuk berzina lagi.
gambar sekadar hiasan

Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Seseorang tidak akan berzina mahupun mencuri sekiranya iman ada didadanya ketika itu.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Sekiranya cukup saksi, kesalahan zina ialah sebat tetapi jangan mencela, memaki dan menghina pesalah tersebut.

Sahih Muslim A'isyah r anha sabda Nabi saw. Islam memberi peluang kepada pesalah untuk berubah maka janganlah mencerca dan membuang mereka.

Sahih Bukhari, Anas ra sabda Nabi saw, Kiamat akan terjadi apabila wujud muslim yang kejahilan/tidak tahu Islam. "Contoh Jahil Muraqab, Ayat Quran ni zaman nabi saja boleh, sekarang 2020 ni lain"

70:29 Dan mereka yang menjaga kehormatannya, 
70:30 Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
70:31 Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
70:32 Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
70:33 Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
70:34 Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
70:35 Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

Wednesday, February 12, 2020

Beza Abu Lahab dan Abu Jahal

https://www.youtube.com/watch?v=bKOqxQ46P90&t=4248s
120220 : BM21 "Dewa Bukit Siguntang" - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang

Fiqad Imam Ahmad (Hadis Fiqad/Dipercayai) AL Malek 
gambar hiasan
Khalifah Omar Al Khattab ra pecat Khalid Al Walid ra dan menghantar Abu Ubaidah Al-Jarrah ra untuk menggantikan Khalid sebagai Governor Sham. Khalid menerima Abu Ubaidah sebagai govenor menggantikannya sambil melaungkan kepada khalayak umum, " Demi Allah, aku mendengar Nabi saw bersabda, Abu Ubaidah Al Jarrah merupakan Pemegang Amanah Umat. " Balas Abu Ubaidah, " Wahai Sekalian Muslimin, aku mendengar sabda Nabi saw. Khalid Al Walid adalah Pedang dari pedang-pedang Allah."

Sahih Muslim ibni Omar sabda Nabi saw.
Sesiapa mempertikai Usamah b Zaid b Haritah sebagai pemimpin maka dia mempertikaikan keputusanku kerana Usama b Zaid ni kesayanganku. 

Bahrulmazi jilid 21 Ms120, Perang Badar. Perang Pertama ISLAM Perang Pertama Bulan Ramadan
313 muslim serba kekurangan vs 1000 kafir lengkap bersenjata. Badar AlQubra / Perang bantuan ALLAH

Sahih Bukhari, Zaid b Arqam ra, Nabi saw 19 kali turun Medan berperang. Sabda Nabi saw, jangan sampai melakukan sesuatu yang dimurkai Rasulullah saw kerana kamu tidak akan selamat dari kemurkaan Allah. 

BEZA ABU LAHAB & ABU JAHAL 
Abu Lahab - Abdul Uzza b Abd Muttalib @Bapa Saudara Rasulullah saw.  Abdul Mutalib gelarkan Abu Lahab kerana wajahnya bersinar kononnya kelihatan orang yang baik-baik. 
Abu Jahal - Amru b Hisyam Al Muqhirah @Abul Haqam/Bapa Kebijaksanaan. Oleh kerana kejahatannya menyula Sumaiyah dengan besi panas maka Rasulullah saw menyebutnya Abu Jahal.

Rumusan isu Sajat, Hadis Nabi saw melaknat umrah orang sebegini, antara dia dengan Allah (fullstop). 

Rombongan Jaafar Abi Talib ra berjumpa Raja Najashi, Kami tidak sujud kepada makhluk kerana kami hanya sujud kepada Allah iaitu Tuhan kapada tuanku dan Tuhan yang anugerahkan kerajaan ini kepada tuanku. 16-22 Surah Mariam, Kebesaran Kekuasaan ALLAH, Nabi Isa as lahir dari rahim Mariam tanpa persetubuhan lelaki. Raja Najashi dan para rahibnya menangis akan kebenaran ayat Quran yang dibacakan Jaafar. 

Saturday, January 25, 2020

Hebbatus Sauda


Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra ditahmid Rasulullah saw. “Allahumma Alimmul Qitab” 
Tafsir Quran Surah An-Nasr 110:1 dari terjemahan ‘Apabila tiba pertolongan Allah, berjaya’ jawab Ibnu Abbas, Makna ayat Quran tersebut ialah Rasulullah saw sudah hampir ajalnya kerana tugas baginda telah selesai. 

Bahrulmazi jilid 14 ms57 Hebbatus Sauda @jintan hitam
Sahih At Tirmizi dari Ibnu Omar ra, Sabda Nabi saw biasakan makan Hebbatus Sauda kerana ia penyembuh segala penyakit kecuali mati. 

Syarah Muslim Imam Nawawi, Goreng hebbatus sauda tanpa minyak sehingga panas kemudian balut dengen kain menjadi bunjut untuk dicium bagi penyakit selsema dan resdung.
Rebus hebbatus sauda dan kumur airnya sehingga hilang sakit gigi. 

Sahih At Tirmizi, Anaz b Malek ra. Nabi saw mengharuskan bani urainah minum susu dan air kencing unta bagi mengubati demam.

QISAS / Hukum Balas (Surah Al-Baqarah 2:178) (Surah Al-Ma'idah: 45) 
Sahih Muslim, Anaz b Malek ra. 8 orang bani Urainah dihukum qisas dikorek biji mata, kaki kanan tangan kiri/ kaki kiri tangan kanan dipotong sepertimana penjenayah samun tersebut mencacatkan mangsa iaitu pengembala unta zakat yang mereka bunuh secara zalim. Setelah diqisas, penjenayah dilempar di tengah panas sehingga mati. 

Imam Syafi’e, air kencing semuanya najis, kecuali diharuskan untuk perubatan. 

Monday, January 20, 2020

Al-Maarij 70:19

Muqaddimah, Hadis Hasan Imam Ahmad, dari Abi Burdah dari Abi Musa@Abdullah b Qais ra sabda Nabi saw. Segerakan kebumikan jenazah, jangan ada asap kemenyan, jangan ada keranda atau halangan jenazah dengan tanah, jangan ada binaan atas kubur dan jangan ada yang meratap tangis.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Segala amalan tidak deiterima apabila Matahari terbit dari Barat, Keluarnya Dajal dan Keluarnya makhluk Dabbhatul Ardhi. 

Sahih Ibnu Majah, Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Ketawa terlalu banyak akan menyebabkan hati mati. Bercakap banyak tanpa zikir akan menyebabkan hati menjadi keras. 

Tafsir Nurul Ihsan jilid 4, ms 221 surah Al-Maa'rij ayat 70:19-30 syarah Ustaz Shamsuri

gambar hiasan - tidak bayar zakat
70:19 Manusia diciptakan gelisah
70:20 Apabila diuji kesusahan
70:21 Tetapi manusia bila senang menjadi kedekut
70:22 Kecuali mereka yang solat 
70:23 iaitu yang menjaga solat ( Sahih Bukhari sabda Nabi saw, Mala'ikat saling tukar shif di waktu solat Asar dan Subuh untuk melaporkan kepada Allah sebagai formaliti ) 
70:24 dan membayar zakat ( Sahih An'Nasai- Ab.Mas'Ud sabda Nabi saw, ular Sujjaq Al-Aqra membelit leher mereka yang tidak bayar zakat semasa hidup di dunia )
70:25 zakat untuk golongan miskin 
70:26 dan percaya hari pembalasan
70:27 dan takut pada azab Allah
70:28 kerana azab Allah tiada siapa boleh melepasinya
70:29 dan mereka yang memelihara kehormatan diri dari berzina
70:30 kecuali jalan halal

Wednesday, January 8, 2020

Adab sebelum masuk rumah

AnNur 27, Jangan masuk rumah tanpa minta izin

Sahih At Tirmizi dari Qaladah b Hambal ra sabda Nabi saw. Beri salam dan minta izin untuk berjumpa atau jangan datang ke rumah.

Sahih Abu Daud, Abdullah b Busr. Nabi saw sentiasa memberi salam sambil berdiri di kanan atau kiri mana-mana pintu masuk rumah.

Sahih Muslim, Saad Abi Waqaz sabda Nabi saw. Syaitan takut Omar Al-Khattab ra sehingga mereka mengelak dari melalui laluan Saidina Omar.

Hasan At Tirmizi, Ibni Abbas ra sabda Nabi saw. Hati-hati bila memetik hadisku. Sengaja membohongi hadisku maka siap tempatnya di neraka.

Bahrulmazi jilid 21 ms116 syarah Ustaz Shamsuri


Tafsir Quran dijelaskan dalam Hadis seperti fardu solat 5 waktu. Tiada beza muslim dengan kafir melainkan solat 5 waktu. Ayat Quran ada 2 jenis iaitu ayat muhkamad dan mutasyabihah kerana Allah menguji manusia sepertimana Allah jadikan manusia kafir dan manusia muslim. Al-Maidah 48 Sekiranya Allah mahu, seluruh umat manusia beragama Islam. 

Wednesday, November 13, 2019

Ayat Quran Ada Yang Terus faham Dan Ada Yang Kena tafsiran

131119 : Bahrul Mazi Jilid 21 - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
https://www.youtube.com/watch?v=F1K6BDbuvt4

Sahih Mulsim Al Miswar b Mahqramah ra, Nabi saw bersumpah, tidak akan berlaku anakku Fatimah bermadu dengan anak musuh Allah. 

Sahih Bukhari, Abi Said Al-Qudri ra, sabda Nabi saw, jangan bezakan para Nabi kerana semua Nabi itu mulia. Ketika hari kebangkitan, aku manusia pertama bangun dari kubur tetapi aku terlihat Nabi Musa as sudah memegang tiang arasyh. 

Sahih BukhariAnaz b Malek ra, sabda Nabi saw, Alhamdulillah, kanak-kanak Yahudi yang mengucap syahadah ketika nazak tadi dilepaskan dari neraka. 

Bahrulmazi jilid 21 ms114 Tafsir sebahagian ayat dalam surah 3, Ali-Imran 


Ulama 2 aliran Salaf@tafsir ikut ayat rahsia Allah, Khalaf@takwil Allah duduk@memerintah. Kedua-dua aliran menolak bersamaan kaedah duduk Allah dan duduk makhluk. Setiap ayat Quran ditafsir penjelasan melalui hadis.

Riwayat A'isyah r anha bertanya akan ayat Quran dari kaum Nasrani Najran berkenaan ayat Quran nabi Allah Isa as itu Ruh Allah dan kalimah Allah, sabda Nabi saw, 


Quran terbahagi 2 pemahaman, ada yang terus difahami dan ada yang tafsiran penjelasan. Yang Ruh Allah dan kalimah Allah itu kategori tafsiran. Memahami sifat Allah bersamaan makhluk itu fitnah. Contohnya Allah membuka tangan menurut tafsir ialah Allah meluaskan rahmatNya. 

Monday, November 4, 2019

Rasulullah SAW "BAPA KEDAMAIAN"

#Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama

Teduhan Di Mahsyar & Kiamat Semakin Hampir" - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 4hb November 2019. https://www.youtube.com/watch?v=DxNAFjkBtnw

Hasan Imam Ahmad, Abi Muslim(Tabi'in/Tidak Sempat jumpa Sahabat) Sunnah selepas Subuh, Rasulullah saw duduk memeluk lutut tetapi makruh waktu Kutbah Jumaat, duduk memeluk lutut dengan genggaman tangan bersilang jari adalah dilarang di dalam masjid.

Sahih At Tirmizi Muaz b Jabal ra, Sayang kawan kerana Allah akan mendapat teduhan Mahsyar
Ubadah b Samid ra, Hadis Qudsi sabda Nabi saw. Allah wajibkan KasihNya kepada hambaNya yang ziarah sahabat kerana Allah dan berkorban untuk kawan kerana Allah.

End Of The World (gambaran hiasan)
Sahih Muslim, Qatadah(Tabi'in) dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. 4 Sahabat Penjaga Ketepatan Ayat Quran ialah puak Ansar iaitu Mu'az b Jabbal ra, Ubai b Kaap ra, Zaid b Sabit ra, dan Abu Zaid ra Sahih Muslim, Muaz b Jabbal ra, Sabda Nabi saw. Ucapan kalimah syahadah menjelang kematian akan diharamkan kekal di Neraka.

Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 ms336 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 4hb November 2019 SURAH AL-ISRA' 17: 47 Kafir sebenarnya tidak ikhlas mendengar bacaan Quran kerana mereka berbisik menuduh Muhammad itu ahli sihir penipu. 17:48 Para penuduh yang buruk sangka itulah yang sebenarnya sesat 17:49 Mereka juga tidak percaya hari kebangkitan selepas mati Istilah nama-nama Kiamat menurut Quran: Hari Kebangkitan, Hari Waktu Akhir, Hari Penghabisan, Hari Agama, Hari Keputusan, Hari Kira Amalan, Hari Pengadilan, Hari Perpisahan, Hari Pengumpulan, Hari Alam Kekal, Hari Keluar dari kubur, Hari Penyesalan, Hari Panggilan dengan nama-nama semasa di dunia, Hari Yang Semakin Dekat, Hari Terbuka Aib, Hari Ancaman, Hari Agung, Hari Penyaksian, Hari bencana yang Menggentarkan, Hari bencana yang Tidak tertahan, Hari bencana yang Memilukan, Hari bencana yang Melanda, Hari bencana Yang Benar 17:50 Mereka mengatakan siapa yang boleh cantumkan dari tulang makhluk yang hancur 17:51 Beritahu mereka wahai Muhammad, yang ciptakan kamu dan batu atau besi iaitu 17:52 Tuhanlah Maha Mengetahui lagi Maha Pencipta

Wednesday, October 9, 2019

Adab Ziarah KUBUR

https://www.youtube.com/watch?v=7SJB0Mv50Ik  Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj AhmadMasjid Abdullah Fahim, Kpl Batas, Sbrg Perai Utara, P. Pinang Sahih Abu Daud, Buraidah b AlHasit ra, sabda Nabi saw. Ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan kepada kematian. A'isyah r anha, sabda Nabi saw. Beri salam dan doa keampunan agar dikasihani allahyarham yang telah meninggal dunia apabila lalu di kawasan perkuburan kerana insya'Allah giliran kami akan menyusul. Sahih At Tirmizi dari Nuqman b Bashir ra, sabda Nabi saw. Surah Ghafir ayat 60 Mintalah doa kepadaKu dan akanKu perkenankan. Yang tidak mahu berdoa kepada Tuhan itu sombong dan dimasukkan ke neraka jahanam.
Surah Fathir 13-14 Yang meminta selain dariKu@ALLAH, doa itu tidak berguna malah ia perbuatan syirik. Di akhirat, mereka yang kamu meminta doa itu akan menafikan doa kamu. 

Bahrulmazi jilid 21, ms112 Minta Tuhan tidak membebankan tanggungan yang tiada kuasa kita menanggungnya.

Sabda Nabi saw, firman ALLAH
Wa'fu'anna. Wa'firlana, Warhamna
Wahai Tuhan kami, Maafkanlah kami, Hapuskanlah segala dosa kami, Ampunilah kami tutup dosa kami dan janganlah diketahui orang, kasihanilah kami, lepaskan kami dari azabMu ya ALLAH.. (sahih atTirmizi, Ibnu Abbas ra)

Monday, October 7, 2019

Langit Bumi dan isinya Bertasbih!

https://www.youtube.com/watch?v=znQEXwQSwUQ Live kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad bertempat di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, mukjizat paling istimewa ialah Al-Quran 
Sahih Bukhari Anaz b Malek ra, Setelah didesak penduduk Mekah bagi membuktikan kerasulan nabi Muhammad saw. Nabi saw mengacungkan jarinya ke bulan dan dengan izin Allah, bulan dibelah dua

Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms355 ayat 42 surah 17) Al-Isra'

17:42 Sekiranya ada perantara antara Tuhan dengan hambaNya, maka akan ada perebutan kuasa
17:43 Maha Suci Allah, tidak sama dengan mana-mana makhluk ciptaaNya
17:44 Seluruh langit bumi dan isinya@segala makhluk lain bertasbih mensucikan syirik dari tuduhan tersebut, Allah Maha Penyabar lagi Maha Pengampun  
17:45 Apabila Quran dibaca, manusia yang berhati hasad dengki akan digelapkan hatinya
17:46 Hati dan telinga mereka tidak akan memahami Al-Quran, menunjukkan mereka tidak akan menerima hidayah dan mereka akan gelisah dan berpaling apabila mendengar sebutan ALLAH

Monday, September 16, 2019

Tiupan SANGQAKALA

LIVE-160919 Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang https://www.youtube.com/watch?v=XqPsNbECKsA
Sahih Bukhari, Ibnu Abi Mulaiqah ra, A'isyah r anha, sabda Nabi saw, manusia yang menerima rekod amalan dengan tangan kanan merupakan petanda baik tetapi nahas sekiranya ia diperiksa secara terperinci.
gambar hiasan
Sahih AtTirmizi, tabi'in Bahaz b Haqim ra, terdapat kalangan para sahabat yang pengsan mendengar ayat quran berkaitan azab di neraka.
Sahih At Tirmizi, Abdillah b Amru b Al-Az ra sabda Nabi saw, Tiupan pertama Sangkaqala menghancurkan alam dan tiupan kedua membangkitkan manusia setelah mati. Sengkaqala berbentuk tanduk yang boleh berbunyi apabila lubangnya ditiup.
Sahih Abu Daud, Aus b Aus ra sabda Nabi saw, Hari Jumaat Hari terbaik kerana ianya hari Adam dicipta, Adam wafat, Hari Kiamat dan Hari Sangkaqala ditiup. Perbanyakkan selawat padaku kerana selawat itu dipersembahkan padaku. Allah haramkan tanah memamah setiap jasad para Nabi.

gambar hiasan, Su'jaq Al-Aqra'

Surah Al-Qiamah 7-12, Hari Qiamat, Bulan tiada cahaya, Mata manusia terbeliak terkejut, Tiada tempat sembunyi, Allah sahaja tempat kembali manusia. Buku rekod amalan dibuka. Anggota tubuh badan manusia sendiri mendakwa kelalaian semasa hidup duniawi.

Pengajian kitab tafsir Quran surah Al-Maarij ayat 8, kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms 221 

70:8 Hari Kiamat, langit menjadi tembaga cair
70:9 Gunung-ganang hancur menjadi debu
70:10 Manusia pentingkan diri 
70:11 Sanggup menebus diri dengan keluarga tersayang 
70:12 Tidak kira anak atau isteri
70:13 Tidak kira ibu bapa atau saudara mara
70:14 Atau dengan apa saja yang ada di dunia
70:15 Tiada satupun boleh terlepas dari neraka
70:16 Yang membakar kulit manusia dan digantikan kulit baru untuk kesakitan berulang
70:17 Neraka Laza memungut manusia kafir dan kufur
70:18 Yang ketika di dunia sibuk mengumpul harta tanpa bayar zakat
Sahih An Nasa'i, Abi Mas'Ud ra sabda Nabi saw, Ular 
Suja'ul Aqra sentiasa mengejar mereka yang tidak membayar zakat. 

Wednesday, September 11, 2019

Mala'ikat Peronda

(110919) | BM21 - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad  https://www.youtube.com/watch?v=GycikamROBU&t=6s 

gambar hanyalah hiasan
Al-Baihaqi, Amru b Shu'aib b Abdullah b Amru Al-Az @tabi'in sabda Nabi saw. Keimanan para mala'ikat, para nabi dan para sahabat sememangnya dikagumi tetapi kagumlah dengan umat akhir zaman yang kuat imannya itu kerana mereka tidak pernah melihatku.

Sahih Muslim, (Abi Hurairah)@Abdur Rahman b Saqar ra sabda Nabi saw, Allah gugurkan dosa umat akhir zaman yang berwuduk.
Sahih Bukhari, Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Pahala solat sentiasa berjalan untuk umatku yang berada di masjid dan sepanjang masa itu sentiasa didoakan keampunan oleh para mala'ikat.
Sahih Ibnu Majah, Sahal b Hunaif ra sabda Nabi saw. Pahala solat sunat di masjid Qubah bersamaan seperti menunaikan umrah.

Sahih Ibnu Majah, Jabir b Abdillah ra sabda Nabi saw. Solat di masjid Nabawi lebih baik 1000 kali ganda dari masjid lain manakala solat di Masjidil Haram lebih baik 100,000 kali ganda dari masjid biasa.

A'isyah r anha sabda Nabi saw, 2 rakaat sebelum solat Subuh itu lebih baik dari segala isi dunia.

Sahih Muslim, Para Mala'ikat kategori rondaan akan singgah di lokasi majlis ilmu mengingati Allah dan apabila selesai, laporan disampaikan kepada Allah. Firman Allah kepada mala'ikat, kesemua mereka yang ada di situ akan mendapat keampunanKu.

Pengajian bahrul mazi jilid 21

Sekiranya terlintas fikir jahat, berdoalah:
Ya Allah, janganlah jadikan anggap itu dosa sekiranya kami buat salah.
Firman Allah, Sesungguhnya Aku perkenankan permintaan kamu.

Taharah,  pakaian terkena najis muttawasittah. Penyelesaian- curah air lalu segera di kawasan terkena najis. Jenis salah akibat: 1) Salah sengaja, cuai atau lupa, 2) salah sangka / jahil

DOA Wahai Tuhan kami, janganlah bebankan kami dengan beban yang tidak mampu kami tanggung sebagai mana yang telah Engkau hukum kepada kaum-kaum terdahulu.

Sunnah Istigfar x70-100 sehari Sunnah selepas solat 3x istigfar



Monday, September 2, 2019

Al-Isra 40 PENGULANGAN KUATKAN INGATAN

020919 : Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad bertempat di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.  https://www.youtube.com/watch?v=VJB2mesnW3c 


Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra, Dimad memeluk Islam setelah berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. walaupun dikhabarkan orang ramai bahawa Nabi Muhammad adalah orang gila. Selang beberapa tahun kemudian, sekumpulan tentera muslim yang melalui kampung Dimad diminta memulangkan kembali barang yang diambil kerana dikalangan penduduknya ada orang Islam.

Tafsir Nurul ihsan jilid 2 Surah Al-Isra ayat  muka surat 355

17:40 : Kafir musyhrikin Mekah MENUDUH ALLAH ada anak perempuan sedangkan mereka sendiri membunuh anak perempuan mereka kononnya disebabkan malu??!! 
88-92 Surah Mariam, Kata-kata manusia ini menyebabkan LANGIT SANGAT MARAH SEHINGGA HAMPIR PECAH!!

17: 41 Kaedah pengulangan dalam Quran untuk bertujuan menguatkan ingatan manusia. Contohnya, 31 kali dalam Surah Ar Rahman / Nikmat manakah yang manusia dustakan?
Hassan At Tirmizi dari Ibnu Omar ra, Nabi saw suka mengulangi hadis-hadis baginda seperti kisah ALLAH AMPUNKAN Al-Kiflu yang BERTAUBAT DARI ZINA

Monday, August 19, 2019

Lebuhraya Para Mala'ikat (Maarij)


19/8/19 Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang, pada 19hb Ogos 2019. https://www.youtube.com/watch?v=ERL03Igw8WY

Muqaddimah. Riwayat Imam Ahmad dari Jabir ra. Sabda Nabi saw. Kaum Samud yang menuntut Rasul Nabi Salleh as membuktikan kekuasaan Allah akhirnya dibinasakan akibat perbuatan samseng mereka disamping membunuh unta Nabi Salleh as.

Sahih Bukhari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Jangan makan minum hasil telaga air di Mada’in Salleh kerana ia peninggalan kaum yang derhaka pada Allah.


surah Al-Ma’arij / laluan para mala’ikat

70:1: Sahih Bukhari dari Anaz b malek ra, An nadir dan Abu jahal berdoa, Ya Allah, datangkanlah azab bagi membuktikan kebenaran Muhammad.
70:2 Akhirnya, nadir dan abu jahal mati dalam perang badar.
70:3 Ruh dan mala’ikat bermaksud Jibril as. dan para mala’ikat
Riwayat Ibnu Mas’Ud ra sabda Nabi saw, Jibril mempunyai 600 sayap, Jibril bewarna hijau. Jibril mengimamkan solat Rasulullah saw.

Gambaran sekadar hiasan, bukan seperti yang sebenar oleh Quran Hadis
Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra. Jibril berkata, Ya Rasulullah saw, Allah kirim salam pada isterimu Khadijah dan Allah telah sediakan sebuah istana mutiara di syurga.

Sahih Bukhari surah Mariam ayat 64 menjawab persoalan Rasulullah saw tentang kekerapan Jibril melawat baginda, setiap pergerakanku hanya dari perintah Allah.

70:4 Hasan Imam Ahmad dari Abu Said Al-Qudri ra, sabda Nabi saw. 1 hari di hari kiamat bersamaan 50’000 tahun di dunia manakala mukmin di hari kiamat bersamaan solat 2 rakaat.
70:5 Sabarlah wahai Muhammad 
70:6 Manusia melihat azab itu jauh sedangkan
70:7 Allah melihatnya terlalu dekat.