19/8/19 Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang, pada 19hb Ogos 2019. https://www.youtube.com/watch?v=ERL03Igw8WY
Muqaddimah. Riwayat Imam Ahmad dari Jabir ra. Sabda Nabi saw. Kaum Samud yang menuntut Rasul Nabi Salleh as membuktikan kekuasaan Allah akhirnya dibinasakan akibat perbuatan samseng mereka disamping membunuh unta Nabi Salleh as.
Sahih Bukhari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Jangan makan minum hasil telaga air di Mada’in Salleh kerana ia peninggalan kaum yang derhaka pada Allah.
surah Al-Ma’arij / laluan para mala’ikat
70:1: Sahih Bukhari dari Anaz b malek ra, An nadir dan Abu jahal berdoa, Ya Allah, datangkanlah azab bagi membuktikan kebenaran Muhammad.
70:2 Akhirnya, nadir dan abu jahal mati dalam perang badar.
70:3 Ruh dan mala’ikat bermaksud Jibril as. dan para mala’ikat
Riwayat Ibnu Mas’Ud ra sabda Nabi saw, Jibril mempunyai 600 sayap, Jibril bewarna hijau. Jibril mengimamkan solat Rasulullah saw.
Gambaran sekadar hiasan, bukan seperti yang sebenar oleh Quran Hadis |
Sahih Bukhari surah Mariam ayat 64 menjawab persoalan Rasulullah saw tentang kekerapan Jibril melawat baginda, setiap pergerakanku hanya dari perintah Allah.
70:4 Hasan Imam Ahmad dari Abu Said Al-Qudri ra, sabda Nabi saw. 1 hari di hari kiamat bersamaan 50’000 tahun di dunia manakala mukmin di hari kiamat bersamaan solat 2 rakaat.
70:5 Sabarlah wahai Muhammad
70:6 Manusia melihat azab itu jauh sedangkan
70:7 Allah melihatnya terlalu dekat.
No comments:
Post a Comment