120220 : BM21 "Dewa Bukit Siguntang" - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang
Fiqad Imam Ahmad (Hadis Fiqad/Dipercayai) AL Malek
gambar hiasan |
Sahih Muslim ibni Omar sabda Nabi saw.
Sesiapa mempertikai Usamah b Zaid b Haritah sebagai pemimpin maka dia mempertikaikan keputusanku kerana Usama b Zaid ni kesayanganku.
Bahrulmazi jilid 21 Ms120, Perang Badar. Perang Pertama ISLAM Perang Pertama Bulan Ramadan
313 muslim serba kekurangan vs 1000 kafir lengkap bersenjata. Badar AlQubra / Perang bantuan ALLAH
Sahih Bukhari, Zaid b Arqam ra, Nabi saw 19 kali turun Medan berperang. Sabda Nabi saw, jangan sampai melakukan sesuatu yang dimurkai Rasulullah saw kerana kamu tidak akan selamat dari kemurkaan Allah.
BEZA ABU LAHAB & ABU JAHAL
Abu Lahab - Abdul Uzza b Abd Muttalib @Bapa Saudara Rasulullah saw. Abdul Mutalib gelarkan Abu Lahab kerana wajahnya bersinar kononnya kelihatan orang yang baik-baik.
Abu Jahal - Amru b Hisyam Al Muqhirah @Abul Haqam/Bapa Kebijaksanaan. Oleh kerana kejahatannya menyula Sumaiyah dengan besi panas maka Rasulullah saw menyebutnya Abu Jahal.
Rumusan isu Sajat, Hadis Nabi saw melaknat umrah orang sebegini, antara dia dengan Allah (fullstop).
Rombongan Jaafar Abi Talib ra berjumpa Raja Najashi, Kami tidak sujud kepada makhluk kerana kami hanya sujud kepada Allah iaitu Tuhan kapada tuanku dan Tuhan yang anugerahkan kerajaan ini kepada tuanku. 16-22 Surah Mariam, Kebesaran Kekuasaan ALLAH, Nabi Isa as lahir dari rahim Mariam tanpa persetubuhan lelaki. Raja Najashi dan para rahibnya menangis akan kebenaran ayat Quran yang dibacakan Jaafar.
No comments:
Post a Comment