https://www.youtube.com/watch?v=7SJB0Mv50Ik Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj AhmadMasjid Abdullah Fahim, Kpl Batas, Sbrg Perai Utara, P. Pinang
Sahih Abu Daud, Buraidah b AlHasit ra, sabda Nabi saw. Ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan kepada kematian.
A'isyah r anha, sabda Nabi saw. Beri salam dan doa keampunan agar dikasihani allahyarham yang telah meninggal dunia apabila lalu di kawasan perkuburan kerana insya'Allah giliran kami akan menyusul.
Sahih At Tirmizi dari Nuqman b Bashir ra, sabda Nabi saw. Surah Ghafir ayat 60 Mintalah doa kepadaKu dan akanKu perkenankan. Yang tidak mahu berdoa kepada Tuhan itu sombong dan dimasukkan ke neraka jahanam.
Surah Fathir 13-14 Yang meminta selain dariKu@ALLAH, doa itu tidak berguna malah ia perbuatan syirik. Di akhirat, mereka yang kamu meminta doa itu akan menafikan doa kamu.
Bahrulmazi jilid 21, ms112 Minta Tuhan tidak membebankan tanggungan yang tiada kuasa kita menanggungnya.
Sabda Nabi saw, firman ALLAH
Wa'fu'anna. Wa'firlana, Warhamna
Wahai Tuhan kami, Maafkanlah kami, Hapuskanlah segala dosa kami, Ampunilah kami tutup dosa kami dan janganlah diketahui orang, kasihanilah kami, lepaskan kami dari azabMu ya ALLAH.. (sahih atTirmizi, Ibnu Abbas ra)