Nota Cinta

Tuesday, November 12, 2013

Beri nama anak & Redha Takdir

Pengajian Bahrulmazi jilid 20, youtube “Takdir Allah” 12-11-13 syarah Ustaz Shamsuri.

  1. Quran, Laksanakan semua hukum Allah akan dijamin keamanan oleh Allah.
  2.  Solat yang lalai akan ke neraka.
  3.  Hadis riwayat AtTirmizi, sabda Nabi saw.
  4. Tidak dibenarkan urusniaga dalam masjid dan menurut ulama, hanya iklan dibenarkkan.
  5.  Salah satu pengakuan Islam ialah pastikan setiap perlakuan cakap tidak melukakan hati orang.
  6.  Redha bala atau ujian kematian anak kecil akan dimasukkan ke dalam syurga.
  7.  Setiap budak yang dilahirkan adalah suci bersih dan sunnah berikan nama makna baik pada kelahiran disamping lakukan akikah apabila berkemampuan.  
  8.  Nama dalam Islam hendaklah sederhana kerana sederhana itu sebaik-baik perkara. 
  9. Nama jangan terlalu hebat dikhuatiri menyusahkan tanggungan empunya nama.
  10. Di Mahsyar, nama penuh akan dipanggil berbinkan bapa.  

Monday, November 4, 2013

AnNahl 33-37 & Minta Ampun Selamat Dunia Akhirat DOA KEJAYAAN

4-11-13 Pengajian kitab Nurul Ihsan tafsir surah AnNahl 33-37 masjid simpang4 syarah Ust Shamsuri

Muqaddimah Al-Ankabut 29: 39-40 Musuh Allah seperti Qarun Fir’Aun dan Haman hidup zaman Nabi Musa as ini diazab ke atas dosa mereka kerana itu pilihan mereka. Allah tidak zalim tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri.
Sahih Ibnu Majah Anaz b Malek ra sabda Nabi saw, amalkan doa minta ampun dosa dan keselamatan dunia akhirat kerana sesungguhnya itulah doa orang yang berjaya.   

AnNahl 16:33 Tunggu apa lagi? Adakah tunggu malaikat maut baru nak beriman?
Al-Ankabut 39-40) Musuh Allah zaman Musa seperti Qarun, Fir’Aun dan Haman diazab kerana mereka pilih untuk tidak beriman. Allah tidak zalim tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri.
34) Bala ujian Allah melalui perbuatan jenayah manusia itu adalah hasil perbuatan manusia menzalimi diri mereka sendiri yang mempersendakan ayat dan hukum Allah.
35) Senda gurau Musyrikin Mekah pada Nabi saw, “jangan salahkan kami sebab Allah yang jadikan kami kafir.”
36) Sahih Muslim sabda Nabi saw, aku nampak penghuni neraka yang terdiri dari kesesatan bid’ah ibadah khusus. Sesetengah dapat hidayah sesetengah tidak. Lihatlah di tempat-tempat bekas kejadian yang berlaku pada umat terdahulu yang dustakan Rasul mereka.
37) Allah datangkan petunjuk didepannya tetapi dia memilih untuk tidak dapat petunjuk maka kekallah mereka dalam kesesatan. 

Tuesday, October 22, 2013

Rukuk Solat Nabi saw, Bangkai kafir Perang Badar dihina

22-10-2013 Masjid Padang Temusu syarahan Dato Hj Ustaz Shamsuri b Hj Ahmad
Sahih Bukhari Muslim Abu Talhah ra. Selepas 3 hari selesai perang Badar 313 muslim vs 1000 kafir, Rasulullah saw berdiri di tepi lubang longgokan bangkai kafir sambil bersabda, “Alangkah baiknya sekiranya kamu semua beriman pada Allah dan Rasul. Sesungguhnya, Allah janjikan kemenangan peperangan pada kami dan ia terbukti benar.” Omar tanya, “Ya Rasulullah, tuan bercakap dengan jasad yang tiada roh. Apa ni?” Sabda Nabi saw, “Demi Allah yang nyawaku di dalam tanganNya, mayat tersebut lebih mendengar dari kamu yang masih hidup.”

Dari Abi Qatadah ra, Allah buka pendengaran mereka sebagai hinaan pada mereka yang mati kafir supaya mereka faham itulah pembalasan Allah dan menyesal tiada kesudahan.

AL-Baqarah 207 Allah memuji manusia seperti Ali Abi Talib kerana sanggup mati demi Islam.
Al-Masad Binasalah Abu Lahab kerana sentiasa pemarah pada Allah dan Nabi saw. Segala sedekah kebaikannya tiada nilai akibat kekafirannya.

Pengajian bahrulmazi Jilid 2 Ms160 bab Letak tapak tangan pada lutut ketika solat.
HR AtTirmizi Nabi saw dan para sahabat letak tapak tangan pegang kepala lutut apabila rukuk solat  
HR AtTirmizi Saad Abi Waqaz Nabi saw memansuhkan tangan di celah lutut ketika rukuk solat seperti solat yahudi. 
Hasan lagi sahih AtTirmizi Kedua-dua tangan Nabi saw menggenggam kedua-dua kepala lutut ketika rukuk solat bongkok 90 darjah. Jari jemari baginda tidak serong ke kanan dan serong kekiri. Jari jemari lurus menggenggam lutut. Mazhab Hambali, bacaan rukuk wajib, Mazhab Syafi’e dan lain-lain, sunat bacaan rukuk
Sahih Muslim bacaan Rasulullah saw dalam rukuk ialah Subhanarabbial azim dan sujud Subhanarabbial aqla. 
Sahih Muslim Nabi saw berdoa ketika tengah sedang solat apabila tiba bacaan ayat menerangkan syurga dalam solat.
Mazhab Hanafi dan Maliki haram bacaan doa selain bahasa arab.

Mazhab Syafie, doa selain dari bahasa Arab dalam solat dibolehkan selagi tidak bercanggah dalam Quran Hadis. 

Monday, October 21, 2013

Al-Ma'idah 18-26

Pengajian kitab Nurul Ihsan tafsir surah Al-Ma’idah ayat 18-26 Masjid Taman Brown 21-10-13 syarah Ustaz Shamsuri.

Al-Ma’idah 5:18) Sabda Nabi saw pada Yahudi Nasrani yang mengatakan selain dari mereka ini anak Allah, manusia lain tiada harga. Sekiranya betul menurut yahudi nasrani, mustahil secara logiknya ayah akan menyiksa anaknya di neraka.  
19) Selepas 600 tahun kehilangan petunjuk dari Nabi Isa as, Nabi Muhammad saw dibangkitkan dalam keadaan Injil banyak pindaan bercampur adat budaya untuk dikembalikan pada jalan kebenaran.
Isra’ 15 Kami tidak mengazab mereka yang tiada sampai risalah Islam.
20) Musa mengingatkan kaumnya agar bersyukur bangsa Israel ini seolah-olah raja kerana dibangkitkan ramai para Nabi dan Rasul.
21) Musa dan para pengikutnya sampai di Palestin, Musa diperintahkan Allah untuk menakluki Baitulmaqdis.
22-23)Baitulmaqdis ketika itu dikuasai kaum Kam’An yang ganas, besar, kuat dan hebat sehingga menakutkan para pengikut Musa.
24) Pengikut Musa enggan berperang sambil menyuruh Musa dan Harun berperang bertiga bersama dengan Allah.
25-26) Mereka yang ingkar dan berpatah balik disesatkan Allah di padang pasir Sinai selama 40 tahun. Nabi Musa as dan Nabi Harun as akhirnya wafat ketika dalam kesesatan padang pasir tersebut.

Tuesday, September 17, 2013

Eropah bersatu dibawah 80 panji negara

Muqaddimah
Sahih Bukhari Auf ra Sabda Nabi saw 1400 tahun dahulu.

"Bermula petanda akhir zaman ialah selepas kewafatanku, BaitulMaqdiz akan jatuh ke tangan kafir, terdapat manusia mati mengejut, kebanyakannya mengejar harta duniawi, tuduhan palsu dan fitnah berleluasa dan akhir sekali perjanjian muslim dengan bani Asfar atau orang Eropah dimana perjanjian itu akan berakhir dengan gabungan panji-panji 80 negara Eropah yang memiliki 12,000 tentera lengkap bersenjata bersiap sedia menghancurkan muslim."

17-9-13 BM14 ms17 Akhlak manusia sempurna iaitu Rasulullah saw sehingga Allah memuji baginda. 

Akhlak Rasulullah saw

17-9-13 BM14 ms17 Akhlak manusia sempurna iaitu Rasulullah saw sehingga Allah memuji baginda.
Sahih AtTirmizi. Anaz bin Malek ra.
  • Bermula kebaikan Rasulullah saw dapat diketahui melalui berjabat tangan dengan baginda.
  • Tangan baginda amat lembut tiada bandingan.
  • Rasulullah saw tidak akan menarik tangan selagi tidak dilepaskan oleh sesiapa yang berjabat tangan dengan baginda. Tiada wangian yang lebih harum dari peluh Rasulullah saw.
  • Baginda tidak pernah duduk sambil lutut terbuka kecuali lutut bertemu lutut.
  • Rasulullah saw tiada dendam apatah lagi bermusuh. Baginda hanya menentang musuh Allah.
  • Rasulullah saw mempelawa disamping melayan sehabis baik pada mereka yang membenci baginda sehingga mereka terpaut pada Islam.
  • Rasulullah saw menawan Madinah dengan peribadi mulia baginda.
  • Rasulullah saw adalah makhluk ciptaan Allah yang sehabis baik di muka bumi. 

Friday, September 13, 2013

Mimpi Lihat Rasulullah saw

3-9-13 BM16 mimpi lihat Rasulullah saw syarah Ustaz Shamsuri

Sahih AtTirmizi 
  1. Sabda Rasulullah saw "Mimpi melihatku itu benar kerana syaitan tidak diizin Allah boleh menyerupaiku."
  2. Mimpi diikat kaki merupakan istiqamah dengan Islam dan mimpi diikat leher diancam itu tidak disukai Nabi saw. 
  3. Mimpi buruk isyarat ludah 3 kali sebelah kiri dan minta dijauhkan. Abi Ruzain ra, jangan cerita mimpi kecuali yang betul benar dipercayai. 

MUSLIM DIGERGAJI MUSUH

Hadis riwayat AtTabrani Sahih menurut Ibnu Hibban sabda Nabi saw, dunia seperti roda ada masa susah dan ada masa senang, ada di atas dan ada masa di bawah. Akan berulang wujud di mana zaman Umarak/Pemerintah membuat keputusan demi kepentingan diri tanpa peduli rakyat sehingga siapa menentang akan dibunuh. Umat Nabi Musa as digergaji semata-mata mempertahankan agama. Mati dalam ketaatan pada Allah lebih baik hidup dalam keadaan derhaka Allah.
Sahih Bukhari Umat zaman para Nabi terdahulu digergaji kepala terbelah dua dihadapan ahli keluarga. Badan mereka disiat dengan pisau sehingga luruh isi kulit. Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, agama Islam ini Allah punya dan Islam tetap pasti akan disempurnakan juga. Ketika Islam memerintah, tiada lagi kecurian dan rompakan samun harta benda.
3-9-13 BM16 mimpi lihat Rasulullah saw syarah Ustaz Shamsuri


Tuesday, September 10, 2013

Ain /Pandangan /Pandangan Jahat

Muqaddimah Pengajian bahrulmazi jilid 10 ms 10 syarah Ustaz Shamsuri

Sahih Bukhari Jabir ra sabda Nabi saw

  • Jangan biarkan makanan minuman terdedah tanpa tutup
  • Pastikan pintu ditutup dan anak-anak di rumah bagi mengelakkan gangguan jin.
  • Padamkan alat sumber tenaga yang panas sebelum tidur kerana akan menyebabkan kebakaran.


Sahih AtTirmizi Ali Abi Talib ra.
Penutup pandangan mata jin di tandas dan bilik air ialah sebutan bizmillah sebelum masuk.

Sahih AnNasa'e Abi Said Al-Qudri ra.
Mulut Rasulullah saw sentiasa berzikir minta berlindung dengan Allah dari iblis, syaitan dan ain iaitu pandangan mata jahat dari jin dan manusia. Amalan harian 3Qul menjadi peneman bibir baginda agar dilindungi oleh kejahatan sihir dan hasad dengki manusia .

Khalifah atau Pengganti

Muqaddimah sebelum pengajian bahrulmazi jilid 10 ms 10 syarah Ustaz Shamsuri

Hasan Sahih AtTirmizi Ibnu Omar r anhuma. Tegah berbisik menyebabkan orang lain tersinggung kerana Islam mengharamkan menyakitkan hati lebih-lebih lagi menyakitkan hati orang beriman itu amat dibenci Allah. Suka-suka sakitkan hati itu penyakit kronik.

Hadis Qudsi sabda Rasulullah saw, jangan buat apa yang kamu tidak suka orang buat pada kamu.

Sahih At Tirmizi Abi Juhaifah ra. Nabi saw berkulit putih manakala rambut baginda bercampur antara putih uban dan hitam.  Cucu baginda Saidina Hasan r anhuma mewarisi paras pinggang ke atas manakala Saidina Husin r anhuma mewarisi pinggang ke bawah Rasulullah saw. Abu Juhaifah datang menuntut janji Rasulullah saw akan pemberian 13 ekor unta untuk kurban tetapi baginda telah wafat. Abu Bakar selaku kalifah atau pengganti menyempurnakan janji tersebut.

Saad Abi Waqaz "Pemanah Tepat Muslim"

Hasan Sahih AtTirmizi Ketika saki baki muslim mengerumuni bagi membentuk benteng berani mati demi nyawa Rasulullah saw dalam Perang Uhud, sabda baginda saw kepada Saad Abi Waqaz ra 

"Wahai budak pemanah tepat, aku sayangkan kamu lebih dari ibubapaku. panahlah dengan bersungguh dan bersemangat." 

Ustaz Shamsuri - Bahrulmazi jilid 20 Larangan dua orang berbisik2 dengan meninggalkan seorang lagi, Masjid Jelutong 10.9.2013

Monday, September 2, 2013

AnNahl 28-33 KEBAIKAN ISLAM IALAH TAAT ALLAH DAN RASUL

gambar sekadar hiasan
AnNahl 28 syarah Ustaz Shamsuri tafsir kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms 302. 2/9/13
27) Di akhirat Allah bertanya kafir, mana yang tokong yang kamu sembah sedangkan orang mukmin menyembahKu.
28) Saat akhir kematian diambil kira. Ketika malaikat maut menerpa si mati cuba menafikan, “saya tidak pernah buat jahat.”
29) Balas malaikat,”tidak, kamu jahat. Masuklah ke neraka”
30) Yang bertaqwa dan yang beriman pula berkata, “Quran itu kitab kebaikan, taat Allah dan Rasul itu kerja kebaikan.”  Sebaik-baik muttaqin itu di syurga selamanya.
31) Syurga dimana mengalir bawahnya sungai.
32) Salam atau selamat sejahtera ke atas kamu.
33) Sesungguhnya manusia yang diazab sebenarnya menzalimi diri sendiri semasa di dunia. 

NUR MUHAMMAD

Sahih Bukhari Umi Salamah ra. Fitnah yang menimpa umatku nanti ialah mereka berpakaian mewah semasa hidup di dunia tetapi tiada pakaian semasa di akhirat nanti.
Sahih Muslim Al-Qamah dari A’isyah r anha. Ibadah Nabi saw amat biasa tetapi istiqamah atau konsisten. Sabda Nabi saw, “aku adalah manusia biasa seperti kamu.” Cuma baginda ma’sum tiada dosa dan dipelihara Allah.
Sahih Ibnu Majah dari Anaz bin Malek ra. "Ketika Rasulullah saw hidup, aku dapat melihat sinar cahaya menerangi bumi Madinah, tetapi selepas kewafatan baginda, tiba-tiba Madinah menjadi sunyi dan tiada cahaya tersebut..."

Muqaddimah AnNahl 28 syarah Ustaz Shamsuri tafsir kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms 302. 2/9/13

Tuesday, August 27, 2013

AnNahl 24-28 Namrud memerangi malaikat

Surah AnNahl 24, Kafir Mekah menuduh Muhammad pecah-belah masyarakat sambil menyindir baginda pembawa cerita karut dongeng lagi kesesatan.
25) Sahih Muslim Jarir ra sabda Nabi saw. Ikutan baik mendapat gandaan pahala manakala ikutan tidak baik digandakan dosa. Seburuk-buruk dosa itu gandaan dosa yang dilakukannya menjadi ikutan.
26) Riwayat tidak sahih, Namrud kononnya cicit Nabi Ibrahim as yang membina bangunan pencakar langit selepas banjir besar. Bapanya ibnu Ham mati selepas sehari berkahwin dengan ibunya seorang rupawan. Tidak berapa lama kemudian, namrud dilahirkan. Namrud mahir ilmu menilik nasib tapak tangan dan pelbagai keupayaan memanipulasi supaya manusia mempercayainya. Kepandaian yang dianugerahkan pada Namrud akhirnya menyebabkan dia angkuh sombong zalim kejam dan mengaku sebagai tuhan. Setelah menjadi raja, Namrud mengarahkan dua orang berdiri di hadapannya, seorang dilepaskan tanda dia menghidupkan manusia dan seorang lagi dipancung tanda dia berkuasa mematikan manusia.

Keangkuhannya berada di kemuncak apabila cuba membakar Nabi Ibrahim as. Ibrahim diselamatkan Allah dan Allah memulakan tindakanNya ke atas Namrud. "Apabila manusia lupa peringatan Tuhan dengan memberikan seluruh kejayaan kemewahan, Kami bertindak memusnahkannya." Didatangkan ribut menumbangkan bangunannya dan seekor nyamuk masuk ke dalam telinganya sehingga Namrud jatuh sakit akhirnya mati begitu saja. Di akhirat, azab neraka menimpa yang menentang Allah.

27) Di akhirat, seksa neraka menimpa mereka yang menentang Allah.
28) Sahih Bukhari dari Abu Qatadah ra sabda Nabi saw kepada bangkai Badar Abu jahal dan pengikutnya. Tidakkah kamu semua dengar para malaikat caci hina kamu sambil rentap roh kamu kelaur dari jasad sebagai bukti kebenaran Islam.

Hanyut dunia dan Istidraj

Sahih Ibnu Majah, sentiasa kejar dunia menyebabkan rasa tidak cukup manakala tumpuan akhirat itu  dilimpahkan rezeki dunia.
Sahih Abu Daud dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, berjihad dengan niat cari rezeki tiada pahala.
Riwayat Uqbah bin Amir ra sabda Nabi saw, Istidraj ialah dihanyutkan Allah dengan kesedapan duniawi dengan segala tindakan hawa nafsunya dijayakan Allah. Al-An'Aam 44, ketika manusia tengah lalai di puncak nikmat dunia, semakin langgar perintah Allah semakin terserlah kejayaannya. Serentak dengan itu, serta-merta Allah musnahkan segalanya dan ketika itu, manusia penuh penyesalan dan putus harapan.