Pengajian kitab
Nurul Ihsan tafsir surah Al-Ma’idah ayat 18-26 Masjid Taman Brown 21-10-13
syarah Ustaz Shamsuri.
Al-Ma’idah 5:18) Sabda
Nabi saw pada Yahudi Nasrani yang mengatakan selain dari mereka ini anak Allah,
manusia lain tiada harga. Sekiranya betul menurut yahudi nasrani, mustahil
secara logiknya ayah akan menyiksa anaknya di neraka.
19) Selepas
600 tahun kehilangan petunjuk dari Nabi Isa as, Nabi Muhammad saw dibangkitkan
dalam keadaan Injil banyak pindaan bercampur adat budaya untuk dikembalikan pada jalan kebenaran.
Isra’ 15 Kami
tidak mengazab mereka yang tiada sampai risalah Islam.
20) Musa
mengingatkan kaumnya agar bersyukur bangsa Israel ini seolah-olah raja kerana dibangkitkan
ramai para Nabi dan Rasul.
21) Musa
dan para pengikutnya sampai di Palestin, Musa diperintahkan Allah untuk
menakluki Baitulmaqdis.
22-23)Baitulmaqdis
ketika itu dikuasai kaum Kam’An yang ganas, besar, kuat dan hebat sehingga
menakutkan para pengikut Musa.
24) Pengikut
Musa enggan berperang sambil menyuruh Musa dan Harun berperang bertiga bersama dengan Allah.
25-26) Mereka
yang ingkar dan berpatah balik disesatkan Allah di padang pasir Sinai selama 40
tahun. Nabi Musa as dan Nabi Harun as akhirnya wafat ketika dalam kesesatan padang
pasir tersebut.
No comments:
Post a Comment