Muqaddimah sebelum pengajian bahrulmazi jilid 10 ms 10 syarah Ustaz Shamsuri
Hasan Sahih AtTirmizi Ibnu Omar r anhuma. Tegah berbisik menyebabkan orang lain tersinggung kerana Islam mengharamkan menyakitkan hati lebih-lebih lagi menyakitkan hati orang beriman itu amat dibenci Allah. Suka-suka sakitkan hati itu penyakit kronik.
Hadis Qudsi sabda Rasulullah saw, jangan buat apa yang kamu tidak suka orang buat pada kamu.
Sahih At Tirmizi Abi Juhaifah ra. Nabi saw berkulit putih manakala rambut baginda bercampur antara putih uban dan hitam. Cucu baginda Saidina Hasan r anhuma mewarisi paras pinggang ke atas manakala Saidina Husin r anhuma mewarisi pinggang ke bawah Rasulullah saw. Abu Juhaifah datang menuntut janji Rasulullah saw akan pemberian 13 ekor unta untuk kurban tetapi baginda telah wafat. Abu Bakar selaku kalifah atau pengganti menyempurnakan janji tersebut.
No comments:
Post a Comment