Nota Cinta

Tuesday, September 17, 2013

Akhlak Rasulullah saw

17-9-13 BM14 ms17 Akhlak manusia sempurna iaitu Rasulullah saw sehingga Allah memuji baginda.
Sahih AtTirmizi. Anaz bin Malek ra.
  • Bermula kebaikan Rasulullah saw dapat diketahui melalui berjabat tangan dengan baginda.
  • Tangan baginda amat lembut tiada bandingan.
  • Rasulullah saw tidak akan menarik tangan selagi tidak dilepaskan oleh sesiapa yang berjabat tangan dengan baginda. Tiada wangian yang lebih harum dari peluh Rasulullah saw.
  • Baginda tidak pernah duduk sambil lutut terbuka kecuali lutut bertemu lutut.
  • Rasulullah saw tiada dendam apatah lagi bermusuh. Baginda hanya menentang musuh Allah.
  • Rasulullah saw mempelawa disamping melayan sehabis baik pada mereka yang membenci baginda sehingga mereka terpaut pada Islam.
  • Rasulullah saw menawan Madinah dengan peribadi mulia baginda.
  • Rasulullah saw adalah makhluk ciptaan Allah yang sehabis baik di muka bumi. 

No comments:

Post a Comment