25) Sahih Muslim Jarir ra sabda Nabi saw. Ikutan baik mendapat gandaan pahala manakala ikutan tidak baik digandakan dosa. Seburuk-buruk dosa itu gandaan dosa yang dilakukannya menjadi ikutan.
26) Riwayat tidak sahih, Namrud kononnya cicit Nabi Ibrahim as yang membina bangunan pencakar langit selepas banjir besar. Bapanya ibnu Ham mati selepas sehari berkahwin dengan ibunya seorang rupawan. Tidak berapa lama kemudian, namrud dilahirkan. Namrud mahir ilmu menilik nasib tapak tangan dan pelbagai keupayaan memanipulasi supaya manusia mempercayainya. Kepandaian yang dianugerahkan pada Namrud akhirnya menyebabkan dia angkuh sombong zalim kejam dan mengaku sebagai tuhan. Setelah menjadi raja, Namrud mengarahkan dua orang berdiri di hadapannya, seorang dilepaskan tanda dia menghidupkan manusia dan seorang lagi dipancung tanda dia berkuasa mematikan manusia.
Keangkuhannya berada di kemuncak apabila cuba membakar Nabi Ibrahim as. Ibrahim diselamatkan Allah dan Allah memulakan tindakanNya ke atas Namrud. "Apabila manusia lupa peringatan Tuhan dengan memberikan seluruh kejayaan kemewahan, Kami bertindak memusnahkannya." Didatangkan ribut menumbangkan bangunannya dan seekor nyamuk masuk ke dalam telinganya sehingga Namrud jatuh sakit akhirnya mati begitu saja. Di akhirat, azab neraka menimpa yang menentang Allah.
27) Di akhirat, seksa neraka menimpa mereka yang menentang Allah.
28) Sahih Bukhari dari Abu Qatadah ra sabda Nabi saw kepada bangkai Badar Abu jahal dan pengikutnya. Tidakkah kamu semua dengar para malaikat caci hina kamu sambil rentap roh kamu kelaur dari jasad sebagai bukti kebenaran Islam.
No comments:
Post a Comment