4-11-13 Pengajian
kitab Nurul Ihsan tafsir surah AnNahl 33-37 masjid simpang4 syarah Ust Shamsuri
Muqaddimah Al-Ankabut 29: 39-40 Musuh Allah seperti Qarun Fir’Aun
dan Haman hidup zaman Nabi Musa as ini diazab ke atas dosa mereka kerana itu
pilihan mereka. Allah tidak zalim tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri.
Sahih Ibnu Majah Anaz
b Malek ra sabda Nabi saw, amalkan doa minta ampun dosa dan keselamatan dunia
akhirat kerana sesungguhnya itulah doa orang yang berjaya.
AnNahl 16:33 Tunggu
apa lagi? Adakah tunggu malaikat maut baru nak beriman?
Al-Ankabut 39-40) Musuh Allah zaman Musa seperti Qarun, Fir’Aun dan Haman diazab kerana mereka pilih untuk tidak beriman. Allah tidak zalim tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri.
Al-Ankabut 39-40) Musuh Allah zaman Musa seperti Qarun, Fir’Aun dan Haman diazab kerana mereka pilih untuk tidak beriman. Allah tidak zalim tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri.
34) Bala ujian Allah melalui perbuatan jenayah manusia itu adalah hasil perbuatan manusia menzalimi diri mereka sendiri yang mempersendakan ayat dan hukum Allah.
35) Senda
gurau Musyrikin Mekah pada Nabi saw, “jangan salahkan kami sebab Allah yang
jadikan kami kafir.”
36) Sahih Muslim sabda
Nabi saw, aku nampak penghuni neraka yang terdiri dari kesesatan bid’ah ibadah
khusus. Sesetengah dapat hidayah sesetengah tidak. Lihatlah di tempat-tempat
bekas kejadian yang berlaku pada umat terdahulu yang dustakan Rasul mereka.
37) Allah
datangkan petunjuk didepannya tetapi dia memilih untuk tidak dapat petunjuk
maka kekallah mereka dalam kesesatan.
No comments:
Post a Comment