22-10-2013 Masjid Padang
Temusu syarahan Dato Hj Ustaz Shamsuri b Hj Ahmad
Sahih Bukhari
Muslim Abu Talhah ra. Selepas 3 hari selesai perang Badar 313 muslim vs 1000
kafir, Rasulullah saw berdiri di tepi lubang longgokan bangkai kafir sambil
bersabda, “Alangkah baiknya sekiranya kamu semua beriman pada Allah dan Rasul.
Sesungguhnya, Allah janjikan kemenangan peperangan pada kami dan ia terbukti
benar.” Omar tanya, “Ya Rasulullah, tuan bercakap dengan jasad yang tiada roh.
Apa ni?” Sabda Nabi saw, “Demi Allah yang nyawaku di dalam tanganNya, mayat
tersebut lebih mendengar dari kamu yang masih hidup.”
Dari Abi Qatadah ra, Allah buka pendengaran
mereka sebagai hinaan pada mereka yang mati kafir supaya mereka faham itulah
pembalasan Allah dan menyesal tiada kesudahan.
AL-Baqarah 207 Allah
memuji manusia seperti Ali Abi Talib kerana sanggup mati demi Islam.
Al-Masad Binasalah
Abu Lahab kerana sentiasa pemarah pada Allah dan Nabi saw. Segala sedekah kebaikannya
tiada nilai akibat kekafirannya.
HR AtTirmizi Nabi
saw dan para sahabat letak tapak tangan pegang kepala lutut apabila rukuk solat
HR AtTirmizi Saad
Abi Waqaz Nabi saw memansuhkan tangan di celah lutut ketika rukuk solat
seperti solat yahudi.
Hasan lagi sahih AtTirmizi Kedua-dua
tangan Nabi saw menggenggam kedua-dua kepala lutut ketika rukuk solat bongkok
90 darjah. Jari jemari baginda tidak serong ke kanan dan serong kekiri. Jari
jemari lurus menggenggam lutut. Mazhab Hambali, bacaan rukuk wajib, Mazhab Syafi’e dan lain-lain, sunat bacaan rukuk
Sahih Muslim bacaan Rasulullah saw dalam rukuk ialah Subhanarabbial azim dan sujud Subhanarabbial aqla.
Sahih Muslim Nabi saw berdoa ketika tengah sedang solat apabila tiba bacaan ayat menerangkan syurga dalam solat.
Mazhab Hanafi dan Maliki haram bacaan doa selain bahasa arab.
Mazhab Syafie, doa selain dari bahasa Arab dalam solat dibolehkan selagi tidak bercanggah dalam Quran Hadis.
No comments:
Post a Comment