Sabda NabiSAW permulaan kitab-kitab hadis “Semua amalan berdasarkan niat, kerana Allah menilai berdasarkan niat” Bahrulmazi jilid 7ms100 ust shamsuri HARAM membuat perkara NIAT TUNJUK HEBAT atau TUJUAN MEGAH kerana ia perbuatan JAHILIAH. Hadis Hassan Lagi Gharib AtTirmizi dari Abdullah bin Mas’UdRA
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, December 3, 2012
Ilmu Pemimpin Institusi Kekeluargaan & Kemasyarakatan
![]() |
| Agama pembimbing Institusi Kepimpinan |
Cara
pendidikan dunia hari ini. Kuliah kitab Muhimmah bab Lelaki Jahat. Ust Shamsuri. Masyarakat
moden hari ini suami gaji kecil isteri gaji besar. Hasil pendapatan isteri jika
digunakan mestilah dengan syarat redha isteri. Kalau isteri tidak redha maka
potong bil telefon internet atau tidak membeli kereta, peti ais dan sebagainya
merangkumi aksesori tambahan rumah. Kewajipan
suami ditentukan oleh syarak agama ialah makan minum pakaian dan tempat
tinggal.
Syarat
kebahagian rumahtangga ialah meletakkan soal agama tempat utama dan alim(berilmu) tentang Ilmu Hikmah(bijaksana) yakni diperlihara Allah. Diantara punca
kekacauan institusi kekeluargaan ialah ibubapa tidak menjadi contoh ikutan baik
tetapi berkelakuan seperti mencarut bermulut lucah dan tidak mengikut syariat Islam.
Kebanyakan isteri berperangai tabiat dan mulut yang menyakitkan hati dan
sebagai suami mestilah sabar dan berhenti dari mengikut syahwat kehendak
kebendaan isteri.
Terdapat
suami yang tidak sabar dan tidak tahan dengan menggunakan kuasa talak sehingga talak
3. Syarak tidak mengiktiraf upah orang nikah cerai supaya boleh menikah balik. Sekiranya
menikah juga akan jadi zina. Yang boleh rujuk
selepas talak 3 ialah isteri yang dicerai suami lain dengan takdir Allah tanpa perancangan
atau ugutan.
Wednesday, November 28, 2012
IMAN menurut FIRMAN ALLAH SWT
- Percaya Allah, Malaikat, Nabi-nabi, Hari Kiamat, Malaikat kecuali Qada Qadar akan rosak Iman seluruhnya. Menolak salah satu rukun iman bererti menolak kesemuanya.
- Percaya Nabi AdamAS hingga IsaAS kecuali Nabi MuhammadSAW maka kafirlah kaum Kristian.
- Percaya Nabi AdamAS hingga Nabi MusaAS dan tolak MuhammadSAW maka kafir kaum Yahudi.
- Percaya Al-Quran dan Hadis tetapi tolak mana-mana salah satu hukumnya termasuk pembahagian zakat, harta pusaka, hudud maka rosak seluruh iman.
- IMAN atau AKIDAH tidak boleh memilih kena mengambil semua.
Sabda NabiSAW beza kafir dan muslim ialah solat
Perangai Isteri Solehah
Dari Imam Al-Ghazali Sabda NabiSAW umpama perempuan solehah itu seperti seekor gagak putih ditengah kumpulan 200 ekor gagak. Kuliah Ust Shamsuri Bahrulmazi bab Nak Kahwin Lagi- Yang dimaksudkan NabiSAW nak mencari macam ni memang susah sebagai contoh "Tak puas hati dengan layanan saya ka> Abg kalau nak menikah lagi saya bagi." Kalau ada pun gagak kelabu "Ya saya bagi abg menikah" suami tanya Sungguh ka? tiba-tiba menangis dalam hati tak bagi. :-)
Hak Istimewa menurut Islam bahrulmazi bab 2
Hadis riwayat Abi Mas'ud AlAnsariRA sabda NabiSAW
Islam bagi keistimewaan kepada Tuan Rumah. Tidak boleh marah pada orang Melayu disebabkan hak keistimewaan bangsa Melayu kerana suatu masa dahulu Malaysia itu Tanah Melayu dan Islam menurut Hadis NabiSAW, Allah memberi keistimewaan kepada tuan rumah.
Dari Imam Nawawi kemana-mana masjid atau di rumah orang, Islam mengiktiraf pemerintah negeri seperti memberi authority mana-mana Sultan menjadi imam solat tanpa izin datau kebenaran sesiapa. Alhamdulillah, seorang sultan Timbalan Yg Dipertuan Agung memecah tradisi menitah melaungkan Allahu'akbar menggantikan Daulat Tuanku menjadi imam solat hajat di stadium dan tunduk memberi laluan kepada Tuan Guru berjalan dahulu didepannya.
Dari Ibnu Omar anak Saidina OmarAlKhattab sabda NabiSAW, Tidak salah sekiranya imam itu seorang pemerintah zalim seperti Hajjaj menjadi imam kepada jemaah solat. Sekiranya dia tidak bagus menjadi imam solat dia dapat dosa kita tetap dapat pahala. Itu antara dia dengan Allah.
Islam bagi keistimewaan kepada Tuan Rumah. Tidak boleh marah pada orang Melayu disebabkan hak keistimewaan bangsa Melayu kerana suatu masa dahulu Malaysia itu Tanah Melayu dan Islam menurut Hadis NabiSAW, Allah memberi keistimewaan kepada tuan rumah.
Dari Imam Nawawi kemana-mana masjid atau di rumah orang, Islam mengiktiraf pemerintah negeri seperti memberi authority mana-mana Sultan menjadi imam solat tanpa izin datau kebenaran sesiapa. Alhamdulillah, seorang sultan Timbalan Yg Dipertuan Agung memecah tradisi menitah melaungkan Allahu'akbar menggantikan Daulat Tuanku menjadi imam solat hajat di stadium dan tunduk memberi laluan kepada Tuan Guru berjalan dahulu didepannya.
Dari Ibnu Omar anak Saidina OmarAlKhattab sabda NabiSAW, Tidak salah sekiranya imam itu seorang pemerintah zalim seperti Hajjaj menjadi imam kepada jemaah solat. Sekiranya dia tidak bagus menjadi imam solat dia dapat dosa kita tetap dapat pahala. Itu antara dia dengan Allah.
Sunday, November 25, 2012
Rambut NabiSAW
Bahrulmazi
12 Rambut NabiSAW
ialah ikal bawah cuping telinga menyentuh bahu tidak lurus rebonding. Pada masa
kini NIAT bukan untuk sunnah tetapi untuk GAYA masa kini ke arah meniru kafir kebaratan
membuat remos atau mewarna rambut bukan semata-mata sunnah itu DITEGAH ISLAM. Sekiranya
dia klim style rambut panjang shampoo rebonding jambul dan sebagainya itu
sunnah:.? hanya Allah saja yang tahu. NabiSAW akan mencukur rambutnya setiap kali
musim Haji. Hadis Hassan Lagi-Sahih Lagi-Gharib riwayat AtTirmizi dari Anaz,
Aisyah, AlBarra’, Abu Hurairah, ibn Abbas, Jabir, Wail dan UmiHanifRA.
MuhammadSAW amat marah sekiranya sahabat bangun dari duduk menyambut kedatangannya dan disebut Saidina Muhammad dari Anaz bin Malek
BahrulMazi19 AdabMenghormati & bab Apabila menjadi Imam ringankan solat- Para ulama telah menambah kemudian kepada Saidina Muhammad (Saidina bermaksud itu bermaksud Tuan Kami) didalam solat supaya tunjuk rasa hormat kepada NabiSAW. itu tidak disukai NabiSAW. Sebutan rukuk dan sujud menurut hadis yang kuat ialah tiada tambahan belakang wabihamdih. Tambahan itu disokong hadis yang kurang kuat.


"Hati OMAR
AL-KHATTAB
BahrulMadzi Bab13 Kedekut, Suatu hari
Omar ketika sebelum memeluk Islam merupakan samseng kampung dusun ingin menghalang NabiSAW ke masjid akibat
cerita kawan-kawannya yang mengatakan NabiSAW seorang penyair yang boleh menyihir.
Setibanya di masjid, NabiSAW telah sampai terlebih dahulu dengan tengah solat sambil membaca surah Al-Haq selepas fatihah yang mengatakan Al-Quran ini bukan syair
dan NabiSAW bukan penyihir. Terkejut akan ayat Al-Quran tersebut, dia mula mengkaji Al-Quran dan Akhirnya Omar berkata Islam itu jatuh ke dalam
hatiku. Dia berpendapat amat mustahil bagi orang biasa atau NabiSAW sendiri yang mencipta ayat-ayat seperti maksud-maksud dalam Al-Quran.
Penulis kitab-kitab Mazhab Syafi'e
Bahrulmazi
bab2 Imam hendaklah ringankan solat Ust Shamsuri.
Imam AnNawawi merupakan gelaran bagi Imam Abu
Zakaria yg berasal dr Kg. Nawa Damsyik Siria. Beliau mula berguru dengan
bapanya sendiri dan menjadi Tuan Guru ketika berusia 20 tahun. Kehebatan ilmu
agamanya penuh keikhlasan kerana Allah tanpa sebarang bayaran. Imam AnNawawi
amat marah sekiranya dia dipanggil Muhyiddin (penghidup agama) sehingga menyuarakan tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang memanggilnya gelaran penghidup agama itu.
Beliau merupakan penulis Kitab-kitab Feqah seperti RiyyadusSolehin, Al-Majmuk
Mazhab Syafi’e, syarah Saheh Muslim AlMinhaj dan lain-lain yang menjadi rujukan
seluruh mufti Malaysia termasuk ulama-ulama Muktabar.
Reaksi Khalid dipecat Omar
Abu Ubaidah
AlJarrah (10 sahabat dijamin syurga tanpa dihisab) diutus Saidina Omar Al-KhattabRA bagi
mengetuai pasukan dan Khalid AlWalid diturunkan pangkat.
Sampai
sahaja, Khalid gembira menyambut dan membuat pengumuman pada perhimpunan tentera Islam “Kita telah
dihantar orang yang paling amanah dalam umat Islam sabda NabiSAW”. Abu Ubaidah
kemudian membalas pengumuman tersebut “Demi Allah, Aku juga mendengar NabiSAW juga bersabda
Khalid ini adalah pedang dari pedang-pedang Allah.” petikan kuliah UstShamsuri 6Mac12
Ucapan malaikat sambil mencabut Nyawa Setiap Manusia
Bahrulmazi 13 Cakap lembut walaupun
dengan orang jahat
Dari
AbuHurairah dan Ibnu Majah sabda NabiSAW kata malaikat sambil mencabut nyawa
dalam 2 keadaan:
Wahai nyawa yang baik, keluarlah
dalam keadaan terpuji, bergembiralah kamu dengan wangi-wangian yang nyaman dan
keluarlah kamu dalam keadaan Tuhan tidak marah kepada kamu. (sekiranya
manusia sentiasa taat Allah & RasulNya)
Malaikat
menjaga langit menyambut “Selamat Datang & Masuklah Rahmat Allah”
Wahai roh yang keji, keluarlah dari
tubuh badan yang jahat, Keluarlah dalam keadaan terhina di sisi Allah. Keluar
kamu! Dalam keadaan disambut Air Panas dan dengan nanah busuk penghuni Neraka. (sekiranya manusia Ingkar dan
Langgar perintah Allah)
Malaikat
penjaga langit “ Padan dengan dia di dunia dahulu dalam tubuh yang keji,
Baliklah kembali ke dunia kerana pintu langit tidak akan dibuka untuknya” maka
baliklah roh tersebut ke kuburnya di dunia kembali.
Saturday, November 24, 2012
3 Panglima Agung Sahabat Besar "3000 vs 200'000" Perang Mut’ah Byzantine (Jordan)
Zaid ibn Harithah (anak angkat kesayangan NabiSAW),
Jaffar Abi Talib (sepupu & mirip fizikal & perwatakan NabiSAW & abang
Saidina Ali ) & Ibnu Rawahah (Penyair RasulullahSAW) Hadis riwayat dr
IbnuOmar anak Saidina Omar Al-Khattab yg bersama-sama menyertai pertempuran Mut’ah
kuliah Ust Shamsuri 6Mac2012
Perang
diistihar kerana utusan pengakuan RasulullahSAW yang dihantar NabiSAW telah
dibunuh oleh RajaBasra. Sabda NabiMuhammadSAW Ketua perang bertanggungjawab
membawa bendera pasukan, sekiranya Zaid mati bendera diketuai Jaafar diikuti
Abdullah bin Rawahah. Tiba di medan Mut’ah. Para sahabat gentar kerana musuh gabungan
200’000 tentera Rom. Seorang sahabat mencadangkan agar memberitahu NabiSAW tentang
situasi mereka. Bingkas bangun Abdullah ibn Rawahah lalu berkata “Sekiranya kita tidak syahid, kita tetap
akan mati juga nanti. Kita jihad bukan kerana bilangan tentera tetapi kerana
Allah telah memuliakan kita. Cuma ada dua kemungkinan baik iaitu Syahid di atas
redha Allah atau kemenangan Islam”
Rom menukar
strategi setelah lama pertempuran sengit berlaku. Kali ini sasaran tumpuan
ialah pengemudi panji lantas mengejutkan tentera muslim dengan syahidnya Zahid Ibn Harithah! Meluru masuk ke tengah
pasukan musuh dengan pacuan kuda sambil berteriak selepas menyambut panji ialah Jaafar “Aku sudah dapat melihat keindahan syurga
dan sejuk air didalamnya”. Tangan kanan ditetak putus dan bendera disambut
dengan tangan kiri. Apabila tangan kiri ditetak putus, panji disambut dengan
giginya kemudian diapit kaki sebelum syahid.Ternyata sangkaan Abu Rawahah tepat kerana dirinya akan syahid setelah menyambut panji dari JaffarRA.
Dari Sahih
AlBukhari- mayat Jaafar selepas perang mempunyai lebih 90 kesan tikaman tombak,
belahan pedang, tusukan lembing & anak panah pada tubuhnya. Punggungnya
hancur tinggal tulang. Dari Anaz bin
Malek. Ketika perang di Jordan pada masa yang sama di Madinah, NabiSAW menggunakan
mukjizatnya dengan bantuan malaikat JibrilAS menyampaikan secara lintas langsung
situasi seorang demi seorang sahabat besar yang syahid mengikut turutan secara
terperinci. Kelihatan air mata NabiSAW mengalir selepas berita syahid 3 sahabat
besarnya. Akhirnya NabiSAW memberitahu panji disambut oleh pedang dari
pedang-pedang Allah(Khalid Al Walid). Perang berakhir dengan pengunduran bala-tentera Rom tetapi tidak dikejar pasukan Muslim.
Dari
AisyahRA, Sekiranya Zaid Ibn Harithah masih hidup tentu NabiSAW akan mengangkatnya
menjadi Khalifah kerana hampir setiap peperangan yang diutus NabiSAW diketuai Zaid
Ibn Harithah. Pertempuran Mut'ah mengorbankan hampir 4000 kafir Rom manakala muslim seramai 12 syahid
Thursday, November 1, 2012
LAPANG DADA atau NUR
Bahrulmazi bab Cahaya Illahi dari Abdullah bin Mas’Ud RA LIDAH
ALLAH MELALUI sabda NabiSAW apabila ditanya sahabat.
Yang
dikatakan lapang dada itu adalah Allah pancarkan nur di dalam hatinya. Tanda mereka yang mendapat hidayah yakni orang
baik ialah kecenderungan kepada hari Akhirat. Soal keredhaan Allah merupakan
perkara pertama dalam hidupnya setelah dirujuk Ulama’,Hadis Dalil Nas & Al-Quran.
Allah
berfirman dalam surah As-Saffat bermula dari surah 62 yakni KATA DUA kepada manusia
samada Al-Quran (perlembagaan hidup) sebaik-baik yang KAMI turunkan atau pokok
zakum dari NERAKA. Sesungguhnya tujuan pokok zakum sebagai fitnah bagi orang
yang zalim yakni orang yang meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya (tidak
menggunakan Al-Quran pada seluruh hidupnya).
Allah TEGAS
dalam hal ini “tiada atas pagar” mesti salah satu iaitu Muhammad atau Abu
Jahal. Ada org tak suka dia kata bukan cara dia. Takut org
lari dr islam atau susah dakwah. Tidak!. Kerja NabiSAW menerangkan benda baik dan benda buruk
serta balasan baik buruknya. Kita tiada pilihan kena terangkan balasan baik dan
balasan tidak baik. Kita tidak mahu jadi manusia menyesal dihadapan Allah yang
lalai dengan kehidupan dunia.
Larangan melukis dan menggambar serta larangan unsur pemujaan & kemuliaan pada foto dan patung
Hadis Hassan
lagi Sahih Dari ibnu Omar, Baginda RasulullahSAW tidak masuk ke rumah anak yang
amat disayanginya iaitu Fatimah kerana terdapat tirai yang mempunyai lukisan bernyawa.
Malaikat
Rahmat pembawa belas kasihan Allah tidak masuk kecuali yang tetap masuk Cuma malaikat
Rakib Atib dan malaikat mencabut nyawa. Segala doa tidak akan berjaya. Kesimpulan tegahan dari jumhur ulama Imam
Syafie, Imam Nawawi, Hanafi dan Abu Hanifa.
1) Patung lilin
atau tabung gajah- tabung mempunyai unsur kemuliaan apabila diletak suatu
tempat hiasan walaupun bukan disembah dan sebagai contoh cuba menghalang kanak-kanak
ingin mengusik gambar pada kain hiasan, gambar pada bantal perhiasan, patung hiasan
atau lukisan bernyawa (unsur pemujaan)
2) Segala
bentuk gambar lukisan tidak dibenarkan 3) Hanya yang makhluk lengkap sahaja
tidak dibenarkan.
4) Hanya permukaan
lantai atau patung mainan saja dibenarkan – Hadis AisyahRA – NabiSAW tidak
melarangnya bermain anak patung.
Ubaidillah
bin Abdillah bin Utbah merupakan Tabi’e (tidak sempat berjumpa NabiSAW tetapi
masih di generasi akhir sahabat) tergolong 7 orang ulama besar ketika itu.
Ketika
menziarahi Abu TalhahRA (10 sahabat dijamin syurga/sahabat besar) yang sakit
tua menghadapi nazak. Abu Talhah menyuruh sahabat NabiSAW disebelahnya iaitu Sahaf
bin Kunai mengangkat hamparan lantai yang mempunyai gambar. Dari Abu TalhahRA
sabda NabiSAW - Orang yang membuat gambar melukis gambar akan kena zekuat-kuat
azab dan rumah yang ada gambar tidak dimasuki malaikat. Sebelum aku mati, aku
tidak mahu benda-benda yang menghalang malaikat rahmat masuk ke rumahku.
Dari Sahaf
bin Kunai sabda NabiSAW Bukankah sekadar gambar lakaran biasa, gurisan atau garisan
lukisan pada kain. Abu Talhah membenarkan kenyataan Sahaf bin Kunai tetapi bagi
ketenangan hatinya menghadapi sakaratul maut dia tidak mahu segala jenis bentuk
gambar walaupun garisan gurisan ada dirumahnya.
Dari Syeikh
Idris Al-Marbawi pengarang kitab BahrulMazi berkata gurunya Almarhum Syeikh
Muhammad Majdi memfatwakan Gambar fotografi merupakan refleksi dari cermin dan bayang-bayang
dari permukaan air sungai. Tetapi ditegah diletakkan pada ruang tamu atau
dihiaskan pada gambar tersebut. Kebanyakan ulama menegah masuk rumah yang dipenuhi
gambar dan patung.
Kesimpulan-
kalau boleh elak, elakkan melukis gambar bernyawa. Gambar fotografi tidak
dilarang tetapi sekiranya terdapat unsur pemujaan pada gambar kahwin seperti disembur
wangian pada gambar tersebut hukumnya haram. Hiasan membentuk hantaran kahwin walaupun
sebentar adalah juga tidak dibenarkan. Haram melukis dan membuat ukiran
binatang atau patung pada atap dan dinding kerana dilarang Allah dan RasulNya. Para
malaikat rahmat juga tidak akan mendoakan untuk mengampunkan mereka yang
terlibat.
ALLAH turun ke langit dunia
Pengkebumian NabiSAW dan Turunnya
Allah ke Langit Dunia
Bahrulmazi Muqaddimah bab3 Allah
turun ke langit dunia-
hadis dr Ibn AbbasRA – Pengkebumian NabiSAW
selepas kewafatan baginda melibatkan pencalonan dua sahabat besar yang bekerja
sebagai penggali kubur iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah dan Abu Talhah. Allah takdirkan
pencarian Abu Ubaidah Al-Jarrah tidak berjaya dicari dan Allah telah memilih Abu
TalhahRA. Dari Abu Bakar As-Siddiq sabda
NabiSAW semua para nabi dikebumikan di mana tempat mereka meninggal.
WARNING! Hadis ini sekiranya disalahfaham
akan rosak aqidah kerana jangan sesekali faham yang Allah turun ke langit dunia
sama seperti makhluk-makhluk ciptaanNya termasuk manusia. Dari Imam AtTirmizi
dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW – Turun Allah SWT ke langit dunia setiap
malam ketika habis sepertiga malam yang pertama. Hadis yang lebih kuat
menerangkan Allah turun sepertiga malam akhir.
KESIMPULAN Allah
turun sesuai dengan kebesaranNya tidak mampu digambarkan akal fikiran manusia. Dikatakan Allah
turun ke langit dunia pada waktu 4-5 pagi di mana mustajab doa berdasarkan hadis yang
kuat dan bukan rekaan fikiran manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















