Nota Cinta

Thursday, November 1, 2012

LAPANG DADA atau NUR

Bahrulmazi bab Cahaya Illahi dari Abdullah bin Mas’Ud RA LIDAH ALLAH MELALUI sabda NabiSAW apabila ditanya sahabat.
Yang dikatakan lapang dada itu adalah Allah pancarkan nur di dalam hatinya.  Tanda mereka yang mendapat hidayah yakni orang baik ialah kecenderungan kepada hari Akhirat. Soal keredhaan Allah merupakan perkara pertama dalam hidupnya setelah dirujuk Ulama’,Hadis Dalil Nas & Al-Quran.  
Allah berfirman dalam surah As-Saffat bermula dari surah 62 yakni KATA DUA kepada manusia samada Al-Quran (perlembagaan hidup) sebaik-baik yang KAMI turunkan atau pokok zakum dari NERAKA. Sesungguhnya tujuan pokok zakum sebagai fitnah bagi orang yang zalim yakni orang yang meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya (tidak menggunakan Al-Quran pada seluruh hidupnya).
Allah TEGAS dalam hal ini “tiada atas pagar” mesti salah satu iaitu Muhammad atau Abu Jahal. Ada org tak suka dia kata bukan cara dia. Takut org lari dr islam atau susah dakwah. Tidak!. Kerja NabiSAW menerangkan benda baik dan benda buruk serta balasan baik buruknya. Kita tiada pilihan kena terangkan balasan baik dan balasan tidak baik. Kita tidak mahu jadi manusia menyesal dihadapan Allah yang lalai dengan kehidupan dunia.

No comments:

Post a Comment