Bahrulmazi Muqaddimah bab3 Allah
turun ke langit dunia-
hadis dr Ibn AbbasRA – Pengkebumian NabiSAW
selepas kewafatan baginda melibatkan pencalonan dua sahabat besar yang bekerja
sebagai penggali kubur iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah dan Abu Talhah. Allah takdirkan
pencarian Abu Ubaidah Al-Jarrah tidak berjaya dicari dan Allah telah memilih Abu
TalhahRA. Dari Abu Bakar As-Siddiq sabda
NabiSAW semua para nabi dikebumikan di mana tempat mereka meninggal.
WARNING! Hadis ini sekiranya disalahfaham
akan rosak aqidah kerana jangan sesekali faham yang Allah turun ke langit dunia
sama seperti makhluk-makhluk ciptaanNya termasuk manusia. Dari Imam AtTirmizi
dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW – Turun Allah SWT ke langit dunia setiap
malam ketika habis sepertiga malam yang pertama. Hadis yang lebih kuat
menerangkan Allah turun sepertiga malam akhir.
KESIMPULAN Allah
turun sesuai dengan kebesaranNya tidak mampu digambarkan akal fikiran manusia. Dikatakan Allah
turun ke langit dunia pada waktu 4-5 pagi di mana mustajab doa berdasarkan hadis yang
kuat dan bukan rekaan fikiran manusia.
No comments:
Post a Comment