Nota Cinta

Tuesday, March 20, 2012

HIDAYAH perlu DICARI


Bahrulmazi 13 bercakap lembut walaupun dengan orang jahat 20/3/2012.
Seorang sahabat berasal dari Kampung Ustaz Shamsuri cemerlang akademiknya sehingga menyambung pengajiannya di US kemudian di UK dan berjaya menjadi jutawan profesional di ibu kota. Dia telah hanyut dibawa kemewahan dan lupa asal usulnya dari kampung. Suatu hari ketika kesesakan jalan raya hamba Allah ini memasang CD ceramah agama hadiah dari kawannya. Allah telah membuka hidayah sehingga setiap kali memandu ulang alik tempat kerja, dia hendak mendengar CD-CD ceramah agama. Dia kemudian memasang di rumah memberi isterinya dengar.  Akhirnya Alhamdulillah, mereka kini setiap subuh berjemaah di Masjid, dia dan keluarganya berubah meminta saya berceramah di Kuala Lumpur. 

Monday, March 19, 2012

Allah benarkan Cerita Keburukan Penzalim!

Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 1 kuliah tafsir AnNisa ayat 148 bertarikh 19/3/12 Dato Hj Ustaz Shamsuri Hj Ahmad Al-Hafiz,

Dari Sahih AlBukhari, Anaz bin MalekRA sabda NabiSAW :neraka sentiasa meminta pada Allah untuk mengisi perutnya dengan segala makhluk manusia yang pernah hidup atas muka bumi.
Sahih AlBukhari dari Anaz bin Malek Ridhuanullah Alaihim Ajmain "walaupun dosa itu sekecil sehelai rambut, tetapi ia sudah cukup menjahanamkan kita di akhirat dan menghumbankan kita di Neraka!."

ALLAH TIDAK SUKA MANUSIA YANG CAKAP TIDAK ELOK, DUSTA, MENFITNAH, MENGADU DOMBA, MELAGAKAN MASYARAKAT, BATU API, MENGUMPAT, GUNA LIDAH MEROSAKKAN MASYARAKAT MELAINKAN:

HANYA ORANG YANG DIZALIMI BERHAK MEMBERITAHU KEBURUKAN PIHAK MENZALIMINYA. 


Monday, March 5, 2012

PERANG JAMAL Kehilangan 2 Kekasih RasulullahSAW, Abu Talhah@Syahid Yang Hidup & Zubair Al-Awwam@Pengiring Nabi

Kuliah 5/3/2012 Nurul Ihsan surah AlHijr ayat 26-49 sokongan kuliah BahrulMazi jilid 15 Fitnah 3/2/2009 syarahan Ustaz Shamsuri. Hanya segelintir Para Sahabat terlibat kerana sejumlah besar berjaya mengelak dari terjerumus di medan perang saudara. Ribuan terlibat bukan sahabat Baginda Nabi Muhammad SAW sebaliknya penghasut dan pengkhianat Islam. 

Sahih AtTirmizi Riwayat Said Ibni Waqas @Pemanah Tepat Muslim/10 sahabat dijamin syurga/Orang ke-4 memeluk Islam selepas Abu Bakar, Ali dan Zaid Ibni Harithah(anak angkat kesayangan NabiSAW) sabda Nabi SAW akan jadi fitnah besar selepas kewafatanku iaitu pembunuhan sesama muslim.

Perang Saudara sesama muslim ini dikenali Perang Jamal sempena nama unta yang dinaiki Isteri Rasulullah SAW Saidatina Aisyah Radiallahu Anha ketika menentang menantunya Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib Kharamulla huwajha. Berita pembunuhan Kalifah Osman bin Affan mengejutkan Aisyah, Talhah, Zubair, Anak Saidina Omar Al-Khattab dan beberapa isteri NabiSAW yang sedang menunaikan umrah di Madinah. Ibnu Omar dan para isteri NabiSAW yang lain tidak mahu terlibat kecuali Aisyah diikuti Talhah, Zubair dan 5000 muslim bergegas ke Basra untuk mencari kumpulan pemberontak yang membunuh Osman sambil menunggu laporan Saidina Ali yang baru menaiki takhta kalifah. Laporan wakil utusan Ali menerangkan supaya bersabar kerana siasatan tengah dijalankan dan kedua-dua pihak bersetuju. Abdullah bin Sabak, ketua pemberontak pembunuhan Osman menghantar 2 kumpulan serang hendap sambil menghasut pihak Ali dan Aisyah bagi mengelak kes bunuhnya dikesan. Pihak Ali dan Aisyah menyangka peperangan sudah tidak dapat dielakkan dan dengan izin Allah peperangan akhirnya berlaku. Perang berakhir apabila Ali meredah tengah medan perang untuk memastikan ibu mertuanya Aisyah yang terjatuh dari unta itu tidak mengalami kecederaan.

Perang ini menjadi ikhtibar pengajaran besar kerana telah mengorbankan 2 SAHABAT BESAR Abu Talhah (Perisai Nabi & Syahid Yang Hidup) dan AzZubair Al Awwam (Penghilang Kedukaan Nabi & Pengiring Nabi). Khalifah Ali Abi Talib amat dukacita dan sentiasa menangis apabila meribakan mayat Abu Talhah sambil membaca AlHijr 47. Riwayat Ali abi Talib RA, Beritahu pembunuh AzZubair Al Awwam ini, aku mendengar sabda NabiSAW Setiap Nabi-Nabi ini ada pengiring masing-masing dan pengiringku ialah Az Zubair Al Awwam dan barang siapa membunuh pengiringku maka dia masuk Neraka. Musnad Ahmad dari Ibnu Omar, Islam membenarkan membunuh pemberontakan muslim yang masuk ke rumah demi mempertahankan diri. Allah berfirman, Katakanlah wahai Muhammad kepada umatmu, Aku bukanlah garang sepanjang masa. Aku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Hijr ayat 49)

Kenapa ALLAH benci sifat DENGKI DAN IRI HATI (penciptaan manusia)

Makhluk dunia sebelum Manusia
Kitab tafsir Quran judul Nurul Ihsan jilid 2 ms 290 surah AlHijr ayat 26-49 syarahan Ustaz Shamsuri (05-03-2012). Menurut Al-Quran, Manusia atau Adam dijadikan Allah dari tanah liat kering warna hitam dan busuk serta berongga. Kelebihan manusia terletak pada tahap ketaqwaan di sisi Allah. Jin itu 1 manakala Jan bermaksud banyak Jin. Jin dijadikan dari halilintar atau kilat dan ada Islam ada kafir. Jin juga bermasyarakat dan mati seperti manusia. Iblis dan Syaitan dijadikan Allah dari api yang paling panas. Jin, Iblis dan Syaitan dijadikan mendahului kejadian manusia. Semua Iblis dan Syaitan adalah kafir. Syaitan ialah anak cucu Iblis dan tidak mati kecuali ditiup sangkakala pertama. Malaikat diperintah Allah mengajar Adam tentang nama-nama dan kegunaan benda. Allah memerintahkan malaikat, jan dan iblis supaya bongkok tunduk hormat pada Adam tetapi Iblis ingkar perintah Allah. Maka sujud (bongkok tunduk bukan sujud seperti solat) semua makhluk pada manusia kecuali Iblis. Sahih Bukhari, perbuatan cekak pinggang itu dilarang Allah kerana itu sifat Iblis ketika derhaka Allah sambil Iblis memberitahu kenapa perlu sujud pada Adam sedangkan Adam dari tanah busuk dan dia dijadikan dari api yang mulia. Iblis dihalau dari syurga dan dilaknat Allah. Kata Iblis, aku merupakan kesayanganMu Ya Allah sebelum ini tetapi disebabkan Adam tak guna ini, aku menjadi kafir dan dihalau keluar dari syurga. Ya Allah Ya Tuhanku, Izinkan aku memperdayakan keturunan Adam sehingga hari tiup sangkakala pertama kecuali mereka yang ikhlas beribadah kerana Engkau. Allah berfirman Inilah Islam jalan lurus, selagi mana hambaKu ikhlas kepadaKu selagi itulah Aku melindungi mereka.


Banyak buat baik di dunia tetapi tetap di Neraka kerana tidak Islam

Syarahan UsShamsuri Muqaddimah kuliah surah Al-Hijr ayat 26 5/3/12 Sahih Imam Ahmad dari Ibnu Abbas dari bapanya Al-Abbas iaitu bapa saudara Rasulullah SAW sabda NabiSAW: Status bapa saudara Rasul tidak dapat menjamin keselamatan di akhirat, yang penting minta ampun dosa dan minta selamat dunia akhirat kepada Allah. Walaupun Abu Talib banyak berjasa, berkorban dan menjaga diriku ketika hayatnya, sayangnya dia tidak sempat masuk Islam. Kerana jasanya yang banyak untuk Rasul Allah dan Islam itu, maka Allah tempatkan dirinya di neraka yang paling rendah.

7 TINGKATAN PINTU NERAKA

Kitab tafsir Quran judul Nurul Ihsan jilid 2 ms 290 surah AlHijr ayat 26-49 syarahan Ustaz Shamsuri 5/3/12. Neraka itu 7 tingkatan pintu. (AlHijr 15:44)
  1. Jahanam iaitu tempat mukmin diazab untuk menebus dosa besar dan dosa kecil sebelum masuk syurga. 
  2. Laza iaitu tempat Nasrani. (setakat Nabi Isa & menolak Muhammad SAW)
  3. Hutamah iaitu tempat Yahudi (setakat Nabi Musa & menolak Muhammad SAW). 
  4. Sair iaitu tempat golongan murtad (keluar dari Agama Islam).
  5. Saqal iaitu tempat Majusi (sembah selain Allah).
  6. Jahim iaitu tempat kafir musyrikin
  7. Hawiyah iaitu tempat segala munafik.

Monday, February 27, 2012

SIHIR- Amran Kasimin

Dato’ Dr Amran bin Kasimin.  27-2-12 & 31-5-13 Youtube
  1. Amalan menurun jin dan syaitan ialah jin masuk ke dalam tubuh manusia. Upacara bagi makan jin terdiri dari buah-buahan, pulut kuning.
  2. Terdapat perantara pemberitahu apa yang dibuat melalui penyampaian jin yang kononnya mereka kasyaf.
  3. Lemah kerohanian ialah apabila sesorang batuk semulajadi, yang lemah kerohanian akan batuk tanpa sebab. 
  4. Sembelih bukan kerana Allah tetapi tujuan beri makan jin kemudian dibuat kenduri tahlil itu dilaknat Allah dan ia haram dimakan.
  5. Sesiapa yang minta tolong jin akan semakin sesat, kufur dan melakukan dosa.
  6. Orang berdamping dengan jin biasanya payah solat dan tidak solat.
  7. Berasa gelap, kepala pening, berdesing, dengar loceng, telinga jadi besar dan ia sama seperti proses bersilat. 
  8. Mula-mula mengamal ilmu dampingan jin tanpa sedar kemudian Iblis menghasut bunuh ahli keluarga, marah mereka, dan sebagainya negative.
  9. JAKIM tengah merangka undang2 sihir. Keris, tangkal, azimat ada penunggu jin.
  10. Jin berdamping dengan manusia melalui mimpi secara tanpa sedar.
Al-A’raf 27 Allah jadikan syaitan pemerintah kepada mereka yang tidak beriman.
gambar sekadar hiasan
  1. Jin kafir itu antaranya syaitan, bela ialah berdampingan makhluk halus untuk bantuan samada sedar atau tidak sedar. 
  2. Bila seseorang berdampingan jin, bermakna ada perjanjian antara pengamal dan sekiranya mati akan mewariskan pada keturunan.
  3. Tiap benda jahat ada galakan iblis dan syaitan seperti janjinya pada Tuhan
  4. Syaitan bersumpah menyesatkan manusia dengan menjadikan perkara yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik kecuali hamba Allah yang ikhlas beriman.
  5. Panggil jin samada puja, nyanyi atau apa saja akan mengundang syirik dan menjadi musyrik samada secara sedar tanpa sedar.
  6. Tanda gangguan, mimpi jatuh tempat tinggi dari gunung langit awan, digigit lebam dan bau kawasan atau ruang yang busuk.
  7. Melihat muka kemudian takut bukan hakikat.
  8. Melihat muka nampak cantik disebabkan susuk.
  9. Saka apabila dibenarkan akan mengikut. Saka tidak cakap direct tetapi ada objek tertentu seperti keris. Matikan ialah jangan benarkan ikut.
  10. Dalam keadaan apa pun, anggap jin dan syaitan itu musuh.
  11. Sesungguhnya syaitan masuk dalam tubuh anak adam atau manusia melalui pembuluh darahnya.
  12. Masalah sosial dan jenayah hari ini berpunca dari kes seperti ini.
  13. Saka jenis pertama ialah ilmu mengurut dan mengubati boleh turun kepada anaknya tanpa belajar.
  14. Jenis saka kedua ialah ilmu yang tidak boleh melakukan rawatan tetapi akan mengalami sakit yang sama yang berlaku pada kematian datuk dan bapanya.
  15. Pancaran jahat sihir dipancarkan melalui mata dan jangan pandang matanya untuk mengelak dipukau.
  16. Ketahanan sihir bergantung pada ketahanan roh melalui didikan agama.


Monday, February 20, 2012

TAWAKKAL

kuliah sifat kiamat part 2 UsShamsuri 20/2/12 Dari Syeikh Idris Almarbawi kitab BahrulMadzi Bab 17.
Tawakkal ialah setelah ikhtiar sesuatu yang terbaik dan kemudian berserah atas takdir Allah. Manusia bertawakal tidak akan kecewa dengan ketentuan Allah. Orang yang tidak bertawakkal ialah tidak beriman kerana tidak meng-Esa kan Allah.

Orang yang tiada iman ialah apabila lidahnya berkata Allah itu Tuhan Yang Satu tetapi hati dan perbuatannya tidak bergantung pada Allah. Salah dari segi syarak apabila ideologi, falsafah atau kata-kata hikmah manusia itu "Sekiranya kita Tekun, Kita pasti Berjaya". Sabda NabiSAW tambat dulu unta itu barulah bertawakkal, tidak boleh biarkan unta ditinggalkan tanpa diikat dan kemudian bertawakkal.


JANGAN PILIH KASIH

tegahan pilih kasih anak

Muqaddimah BM17 Sifat Kiamat part 2 usShamsuri 20/02/02 Muttafakun Alai (sepakat ulama mengatakan Sahih)

Dari An'Nuqman bin BasyirRA sabda NabiSAW pada bapanya BasyirRA "sama ratakanlah pemberian pada anak-anak supaya semua anak-anak kamu sayang kamu."

Friday, December 2, 2011

Imam Mazhab Hambali, Omar memeluk Islam, Tempat duduk majlis

Musnad Imam Ahmad, kata Saidina Omar Al-Khattab ra, “suatu hari sebelum aku memeluk Islam, aku ingin menyekat Nabi saw ke masjid kerana ramai mengatakan baginda adalah penyair ahli sihir tetapi malangnya Muhammad telah sampai dahulu di masjid. Aku dengar baginda membaca surah Al-Haq ayat 41 yang mengatakan Qur’an ini bukan sihir dan Muhammad bukan penyihir. Kemudian ayat yang menyatakan sekiranya Muhammad menipu dengan mencipta sebahagian Quran maka Allah akan potong jantung baginda. Terpegun dengan ayat tersebut, akhirnya Islam jatuh ke dalam hatiku dan aku tidak dapat menipu diriku lagi bahawa Islam satu-satunya agama yang benar”.


Imam Ahmad bin Hambal mazhab Hambali menguasai hafazan Quran di usia 14 tahun. Kata Imam Syaf’e, anak muridku ini sekiranya ingin meriwayatkan sebuah hadis maka apa yang bakal dikatakannya benar belaka. Mereka bertanya, siapakah pemuda yang amat hebat tersebut. Dia adalah Ahmad bin Hambal.
Musnad Imam Ahmad dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw, pastikan buat baik pada para sahabatku, golongan selepas sahabat iaitu tabi’en dan tabi’ tabi’en kerana tabi’en berguru dengan sahabatku dan tabi’ tabi’en berguru dengan sahabat pada sahabatku. Selepas zaman tabi’ tabi’en ini akan bermula zaman generasi para pembohong di mana-mana. Sekiranya mahu bau syurga maka lazimkan diri dengan bergaul mereka yang mendengar Quran Hadis kerana membuat hal sendiri mengundang kesesatan serta kejahilan oleh syaitan.

BM jilid 19 ms 160 syarah Ustaz Shamsuri.  
HR AtTirmizi Ali bin Sabit dari bapa dari neneknya sabda Nabu saw, bersin, menguap, mengantuk, haid, muntah, darah hidung dan lain-lain gangguan diri itu adalah gangguan syaitan.
Hasan Sahih AtTirmizi Ibnu Omar ra sabda Nabi saw, haram menyakiti perasaan orang lain seperti bangunkan seseorang dari tempat duduknya kemudian mengambil tempat duduk tersebut.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Wahab bin Huzaifah ra, seseorang yang meninggalkan tempat duduknya untuk menunaikan hajat adalah berhak mengambil tempatnya kembali.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abdullah bin Amru ra sabda Nabi saw, haram mencelah diantara dua orang melainkan mendapat keizinan untuk duduk dicelah dua orang tersebut. 

Thursday, December 1, 2011

Al-Hijr 1-15, Kesabaran Allah

Sahih Bukhari, yahudi tetap tidak mengakui Nabi Muhammad saw sebagai seorang nabi walaupun telah terbukti Muhammad tidak berjaya diracuni mereka. Sabda Nabi saw, Allah merupakan yang paling sabar sekali kerana walaupun ramai derhaka Allah tetapi Allah masih bagi peluang bernafas, ada harta dan sihat.

Nurul Ehsan jilid 2 ms 288 tafsir Al-Hijr (mekah) 99 ayat. Al-Hijr 1-15

15:1-3 Biarkanlah mereka yang ingkar itu dihanyutkan oleh duniawi. 
15:4-5 Bala Allah dan kematian itu pasti
15:6-7 Mereka masih meminta menampilkan saksi dari golongan malaikat hakikatnya telah banyak Rasul terdahulu yang Kami utus sedangkan mereka tetap terus ingkar dan mempersendakan para Rasul.  
15:8 Lalu Allah menambahkan kelalaian pada hati mereka agar mereka terus kufur.
15:9 Allah menurunkan dan memelihara Quran sehingga kiamat besar.
15:10-13 Rasul-rasul terdahulu juga menerima nasib yang sama, iaitu ejekan dan tentangan dari umat mereka. Tidak hairanlah umat terkemudian tidak mempercayai Quran.
15:14-15 Jenis seperti mereka sekiranya dibawa ke langit sekalipun, mereka akan tetap kata ini sihir, ini silap mata dan mereka tetap juga tidak sesekali akan beriman dengan Allah dan Rasul Muhammad saw.

Pakai Serban, Hadis Jibril, Syarat syurga & Pintu-pintu Syurga

Muqaddimah oleh Ustaz Shamsuri SYARAT SYURGA
Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Nak masuk syurga ialah abdikan diri pada Allah dengan taat buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang, yang kedua jangan tinggal solat fardu 5 waktu, yang ketiga tunaikan fardu zakat, dan yang keempat puasa bulan ramadhan.
Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, di akhirat pintu sedekah memanggil ahli sedekah, pintu solat memanggil ahli solat, pintu jihad akan memanggil ahli jihad dan pintu puasa memanggil ahli puasa.    
Hadis Riwayat Ibnu Majah dari Abi Hurairah ra, Nabi saw kerap puasa setiap Isnin dan Khamis kerana dua hari tersebut akan dibuka pintu pengampunan muslim kecuali mereka yang tidak berdamai setelah bertengkar sehingga mereka berdamai.

Bahrulmazi jilid 12 ms118 PAKAI SERBAN
" Pakaian sunnah serban dipuji syarak dan ia pakaian muslim." menurut Syeikh Idris Al-marbawi selaku penulis kitab

Hadis Riwayat Abu Daud dan Hasan Sahih AtTirmizi dari Umu Salamah r ha sabda Nabi saw, pakai tudung tetapi jangan simpangkan pusing ke kiri dan ke kanan seperti melilit serban.
Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw, Kasihkan silaturahim dengan kawan ibubapa kita seperti buat baik pada ibubapa kita.
Musnad Imam Ahmad b Hambal dari A’isyah r ha. Sunnah lilitan serban Rasulullah saw. Sahih Bukhari Muslim -Hadis Jibril, Suatu hari seorang pemuda tampan berambut basah kemas, berserban berjubah kemas serba putih dengan ekor serbannya lepas di belakang belikat sambil menunggang keldai. Pemuda tersebut turun dari keldai kemudian masuk di khalayak ramai para sahabat sehingga semua sahabat terpegun akan siapakah gerangan pemuda tersebut
Setelah berjalan masuk, pemuda tersebut duduk di sebelah menghadap Rasulullah saw sambil bertanya beberapa soalan pada Rasulullah saw, Islam itu apa, Iman itu apa, apa alamat kiamat, bilakah kiamat? Kata Nabi saw, kiamat itu rahsia Allah. Jawab pemuda tersebut, “sadaqta” jawapan kamu semua betul, aku juga tidak tahu bila kiamat. Sekiranya kamu sembah Allah pastikan seolah-olah kamu nampak Allah jika kamu tidak nampak Allah pastikan Allah nampak kamu. Kemudian pemuda tersebut beredar.
Para sahabat riduanullah alaihim ajmain bertanya, “ya Rasulullah saw, siapakah pemuda tersebut, kami tidak pernah lihat dia sebelum ini.” Jawab Nabi saw. “itulah malaikat Jibril alaihissalam.”

Sahih Ibnu Majah 3555 dari Ibnu Omar r anhuma, Nabi saw memakai serban lilitan bewarna hitam dengan ekor serban lepas di belakang belikat ketika berkutbah di mimbar. 

Rezeki bahagi sama rata, Solat Duha, Kabliah, Hajat hadis Daif

HR Ibnu Majah dari Abi Umamah ra sabda Nabi saw, sesungguhnya yang palingku iri hati dikalangan ramai ialah seorang mukmin yang beriman pada Allah dengan jaga solat fardu disamping rajin solat sunat. Dia seorang manusia yang tidak miskin sangat dan tidak kaya raya, tidak dipandang masyarakat dan tidak dipedulikan, ada seperti tiada, rezekinya cukup , sabar ketentuan Allah dan mati dalam usia belum tua. Tiada harta dan sedikit orang menangisinya.  
Sahih Bukhari Mus’Ab b Saad ra sabda Nabi saw pada bapanya, Jangan kamu lupa dan buat pejam mata akan golongan lemah bawahan kamu yang menjadikan kamu kaya raya dan berkedudukan.
Sahih Abu Daud dari Jubair b Nufail kata Abu Dardak ra sabda Nabi saw, carikanku golongan miskin susah kerana rezeki Allah banyak ditolong oleh mereka.
Sahih Muslim Asma’ bt Abi Bakar As Siddiq ra sabda Nabi saw, jangan sesekali berkira dalam buat baik kerana dikhuatiri bila Allah pula yang berkira dengan kita.

Bahrulmazi jilid 3 solat sunat Dhuha Kabliah Zohor, Hajat syarah Ustaz Shamsuri.
Sahih Bukhari, Rasulullah saw pernah solat sunat duha.
Hasan Sahih At Tirmizi, Nabi saw solat sunat duha 2 rakaat dan maksimum 8 rakaat ketika pembukaan Mekah.
Hadis Qudsi, firman Allah, wahai anak Adam, solatlah sunat 4 rakaat awal siang (waktu dhuha). Siapa yang menunaikannya, Aku jamin selagi ada siang selagi itu Aku jaga kamu.
Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, istiqamah solat duha akan diampunkan seluruh dosa kecilnya dan dosa besar memerlukan taubat.
Sahih AtTirmizi Menjelang maghrib, sunnah Rasulullah saw berdoa hadap kiblat sehingga nampak putih ketiak baginda bukan menghadap jabbal rahmah di padang arafah sebagai mustajab doa.
Hasan Gharib AtTirmizi & Sahih Al-Albani. Kabliah Zohor gelincir matahari masuk waktu wukuf di padang Arafah. Nabi saw solat sunat kabliah Zohor 4 rakaat 1 salam sebelum solat fardu Zohor kerana waktu itu ialah waktu mustajab doa, terbuka segala pintu langit dan diangkat segala amalan baik pada ketika itu.
Hadis Daif AtTirmizi dan hadis daif Abu Daud, Sunat solat hajat untuk memohon sesuatu. 

Monday, November 14, 2011

As Saf / Kejar dunia

14-11-11 Pengajian kitab Nurul Ehsan jilid 4 ms 186 syarah Ustaz Shamsuri

Sahih Muslim Alqamah ra A’isyah r ha. Nabi saw tidak khususkan ibadah pada hari tertentu dan amalan baginda konsisten berterusan atau istiqamah. Muslim mampu melakukan seperti Rasulullah saw.
Nabi saw solat sunat 2 rakaat sepanjang malam sehingga hampir Subuh hanya mengulangi fatihah kemudian ayat 118 surah Al-Ma’idah demi memohon keampunan pada umat baginda. Allah makbulkan permintaan Rasulullah saw dengan syarat tidak syirik Allah dalam hidup mereka.
Sahih Bukhari Uqbah b Amir ra sabda Nabi saw, aku takut umatku kejar dunia sehingga sanggup bunuh.

As Saf
61:1 Seluruh makhluk langit dan bumi mengucapkan “Subhanallah, (Maha Suci Allah)”
61:2-3 Allah benci pada yang hanya pandai berkata tapi tak beramal.
61:4 Allah suka hambaNya keluar berbarisan atau bersaf kukuh.
61:5 Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Ketika Nabi Musa mengejar bajunya yang dilarikan batu dalam keadaan tiada pakaian,bani Israel terpegun akan kecantikan tubuh baginda sekaligus menafikan tohmahan fitnah kaumnya akan Musa itu cacat kemaluan. Allah benci pada mereka yang memilih menentang Rasul.
61:6 Sabda Nabi Isa as, Injil ini kebenaran dari Taurat yang dibawa Musa dan yang terakhir adalah Quran sebagai pelengkap yang dibawa oleh Ahmad (Muhammad).
61:7 Mengatakan Isa anak Tuhan dan mengikari Muhammad itu amat menzalimi diri.  
61:8 Kafir berusaha memadam agama Allah melalui tohmahan fitnah tetapi Allah memelihara Islam dan Islam tidak akan hilang di dunia.
61:9 Allah mengutus Rasulullah saw, Rasul terakhir satu-satunya pelengkap kebenaran.
61:10 Mahukah Aku beritahu perniagaan yang paling menguntungkan?
61:11 Perniagaan itu ialah beriman pada jalan Allah dan Rasul dengan korbankan harta dan nyawa demi Islam dan demi melepaskan dari kesengsaraan akhirat.
61:12 Keuntungan kemenangan besar itu ialah keampunan dosa dan dimasukkan ke dalam taman syurga yang dibawahnya mengalir sungai.  
61:13 Dan di dunia disertai kemenangan pembukaan Mekah.
61:14 Jadilah pembantu Allah dengan melibatkan tenaga kerja dakwah. Sebahagian Israel percaya Isa hamba Allah yang diangkat ke langit dan Isa akan kembali membunuh dajal di baitulmaqdis. Mereka kemudian berjaya memeluk Islam seperti Waraqah bin Naufal. Manakala sebahagian lagi kekal kufur dengan mengatakan Isa anak Tuhan. 

Friday, November 4, 2011

Dhuha

04112011 Ust Shamsuri, Sunat Dhuha
Sahih At Tirmizi dari Ummu Haniq r anha, Nabi solat sunat Dhuha 8 rakaat.
Sahih At Tirmizi dari Abu Said Al-Qudri, Nabi saw solat sunat waktu Dhuha 2/4/8 rakaat.
Hadis Qudsi dari Abu Dardak ra, Abi Zar ra sabda Nabi saw. Solat sunat waktu Dhuha 4 rakaat akan di jaga oleh Allah sepanjang siang.
Abi Hurairah ra. Sabda Nabi saw. Diampunkan semua dosa kecil.
Sahih Al Bukhari dari Abi Ma's ud ra. Sabda Nabi saw. Baca 2 ayat akhir Al Baqarah sebelum tidur.