21-5-02 Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Jangan nazar memudaratkan diri melainkan perkara ibadah.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Demi Allah nyawaku yang berada di tanganNya, sekiranya kamu sentiasa ingat Allah setiap saat, malaikat pasti berjabat tanganmu. Tetapi, manusia mesti imbang masa mencari rezeki sebagai tanggungjawab keluarga dan mesti memperuntukkan masa untuk pengajian Quran dan Hadis.
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, May 21, 2002
Bahagi masa dunia dan akhirat
Sunday, May 5, 2002
Air Mata Sedih RAHMAT ALLAH
![]() |
| Air mata kesedihan itu Rahmat dari Allah |
Muqaddimah BM17 sifat kiamat 5/2/02 UsShamsuri
(Sepakat ulama mengatakan sahih) Muttafakun Alai dari Usamah bin Zaid Ibn Haritsah RA sabda NabiSAW pada anak angkat kesayangannya. Wahai anakku, redha lah pada ketentuanNya kerana semua ini Dialah pemiliknya. Di ketika NabiSAW meribakan cucunya yang nazak sambil mengalirkan air mata Baginda bersabda Air mata kesedihan yang mengalir itu Rahmat dari Allah kepada sebahagian hambaNya.
Wednesday, April 17, 2002
KENDURI UNTUK ORANG MISKIN
Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw.
Seburuk-buruk hidangan ialah majlis jamuan yang tidak jemput orang miskin.
Sahih Bukhari sabda Nabi saw pada Saad Abi Waqaz.
Tuesday, April 16, 2002
An Nur 24:1-64
Sahih Bukhari sabda Nabi saw pada Saad Abi Waqaz. Apa yang kita nikmati hari ini adalah hasil pekerja bawahan yang dipandang hina.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Demi Allah nyawaku yang berada di tanganNya, sekiranya kamu sentiasa ingat Allah setiap saat, malaikat pasti berjabat tanganmu. Tetapi, manusia mesti bijak membahagikan masa antara mencari rezeki dan pengajian Quran Hadis.
Sahih Muttafakhn Aligh Omar ibnu Khatab ra sabda Nabi saw. Mayat diseksa apabila ahli keluarga menangis merungut menolak takdir. Si mati diseksa kerana tidak mengajar ahli keluarganya jangan berbuat demikian.
Sahih Muttafakuhn Alaigh ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Menangis sedih itu rahmat Allah tetapi meraung tangis itu diharamkan oleh Allah.
17-9-02 Sahih Bukhari Muslim ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Tuhan kamu tidak buta, dajal buta sebelah dan sebelah matanya lagi timbul keluar seperti buah anggur keluar. Sesama muslim diharamkan bunuh.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan zalim pada sesiapa kerana ia menyebabkan kegelapan dirinya di akhirat. Jauhi sifat kedekut kerana ia membinasakan kamu. Zalim dan kedekut menyebabkan pertumpahan darah masyarakat.
29-8-02 Sahih Bukhari Ibni Abbas r anhuma sabda Nabi saw. Membohongi mimpi akan diseksa berat di neraka. Curi dengar rahsia seseorang akan dicurahkan pada telinganya dengan leburan tembaga panas di akhirat. Lukis benda bernyawa atau memahat benda bernyawa di dunia akan diazab Allah dengan paksaan masukkan roh ke dalam lukisan atau patung yang dibuat. Sekiranya tidak mampu maka diseksa keras di neraka.
Sahih Muttafakhun Alaigh Ibnu Mas'ud ra sabda Nabi saw. Perbuatan benar dan cakap benar akan membawa ke syurga manakala bohong, perbuatan jahat dan cakap jahat bawa ke neraka.
Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. bohong batalkan pahala puasa.
21-1-03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Usamah b Zair b Harithah ra sabda Nabi saw. SEGALA YANG ADA INI HAK ALLAH TERMASUK DIRI KITA & AHLI KELUARGA YANG ADA TEMPOH AJAL. SEDIH TANGIS ITU RAHMAT ALLAH, MERAUNG TANGIS ITU DIMURKAI ALLAH. Sabar adalah anugerah Allah.
18-2-03 Sahih Bukhari Anaz b Malek ra, para sahabat amat menakuti dosa kecil apatah lagi dosa besar.
Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Allah sangat cemburu apabila manusia melakukan larangan setelah nikmat yang telah diberikanNya.
Sahih Muttafakuhn Alaigh Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. 3 pemuda zaman bani Israel si buta, si botak dan si penyakit kulit telah dimakbulkan hajat mereka dengan diberi kesembuhkan disamping kekayaan harta. Utusan Mala'ikat kembali dalam keadaan musafir miskin meminta bantuan mereka tetapi si botak dan si pesakit kulit tidak menghiraukannya kecuali si buta. Akhirnya, si botak dan si pesakit kulit kembali seperti asal mereka menjadi botak dan berpenyakit kulit disamping menjadi miskin semula kecuali si buta yang kekal celik dan kaya harta.
An-Nur
24:2 Hukuman seks tanpa nikah mesti disebat 100 kali di khalayak ramai tanpa belas kasihan.
24:3 Perbuatan bekas penzina menikahi bukan bekas penzina tetap berdosa walaupun nikahnya sah.
24.4 Kazaf ialah hukuman sebat 80 kali terhadap penuduh zina tanpa 4 orang saksi.
24.5 Sekiranya bertaubat dan memperbaiki diri, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
24.6-7 Tuduh isteri zina wajib lafaz di hadapan hakim "dengan nama Allah aku mengaku bahawa tuduhan isteriku berzina ini benar" sebanyak 4 kali. Sumpah kelima ialah "saya naik saksi dengan nama Allah sekiranya saya bohong maka saya dilaknat Allah" bagi melepaskan diri dari hukuman 80 kali sebatan.
24.8-9 Isteri pula naik di kandang tertuduh "saya naik saksi dengan nama Allah bahawa suami saya bohong" diulangi 4 kali. Kali ke 5 "sekiranya saya menipu, murka Allah ke atas saya." Akibat sumpah li'an suami isteri diceraikan sampai bila-bila dan diharamkan bernikah lagi antara mereka.
24.10 Sekiranya tidak kena di dunia, hukuman dilaksanakan di akhirat dan Allah Maha menerima taubat.
24.11 Terlibat menyebarkan berita tidak benar akan mesti diseksa samada dunia atau akhirat.
24:12-13 Mukmin mesti tapis sebelum menuduh melainkan cukup 4 orang saksi.
24:14 Sekiranya Allah tidak terima taubat, terimalah seksaan keras neraka buat tukang fitnah.
24:15 Jangan ingat fitnah perkara kecil kerana ia amat besar padahnya di sisi Allah.
24:16 Kenapa tidak tapis berita palsu?
24:17 Pengajaran 80 sebatan di dunia ini supaya manusia tidak mengulangi tuduhan palsu.
24:18-19 Hukuman dunia akhirat ini jelas dan Allah saja Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
24:20 Kalau tidak kerana Rahmat Allah, pemfitnah pasti diseksa serentak sejurus selepas kerja jahatnya.
24:21 Jangan ikut syaitan yang mengajak kemungkaran menyalahi syarak. Allah tangguhkan hukuman dengan harapan taubat.
24:22 Jangan tidak menolong golongan beriman akibat kesilapan mereka. Maafkanlah kesilapan pesalah kerana Allah mengampuni dosa orang yang memaafkan orang lain.
24:23 Wajib 80 kali sebatan terhadap penuduh tanpa 4 orang saksi.
24:24 Lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota tubuh jadi saksi kejahatan diri di mahkamah akhirat.
24:25 Allah Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Kebenaran tanpa pertikaian tidak adil hukumanNya.
24:26 Biasanya lelaki jahat untuk perempuan jahat manakala yang baik untuk pasangan baik. Tertuduh yang sabar difitnah akan dimuliakan Allah di akhirat.
24:27-28 Jangan masuk rumah orang lain kecuali dapat izin dan balik sekiranya diarah tuan rumah.
24:29 Tidak salah masuk tanpa izin sekiranya ada urusan penting yang baik.
24:30 Tunduk pandangan dari melihat perkara haram dan jaga kemaluan dari perbuatan haram. Sabda Nabi saw. "Janji denganku 6 perkara kerana sekiranya berjaya jaga 6 ini aku jamin kamu dapat syurga"
- Jangan bohong bila bercakap
- Jangan khianat amanah
- Jangan mungkir janji
- Pelihara mata
- Jangan ambik yang bukan hak
- Jaga kemaluan
24:32 Hendaklah wali nikahkan jagaannya, wajib bagi mengelakkan zina, sunat sekiranya tiada apa.
24:33 Sekiranya tidak mampu maka sabar dan berusaha cari rezeki. Tawanan perang sabilillah akan menjadi hamba. Hamba tidak boleh dipaksa untuk tujuan pelacuran. Allah menerima taubat yang dipaksa berzina.
24:34-35 Quran memeberitahu peristiwa kezaliman, fitnah dan kebaikan manusia terdahulu untuk pengajaran dan cahaya panduan buat manusia akan datang.
24:36-38 Golongan akan dapat cahaya petunjuk ialah yang rajin ibadah khusus disamping tidak dilalaikan oleh ibadah duniawi. Hatinya sentiasa cemas di akhirat. Mereka ini dibalas kebaikan melebihi amalan yang dibuat.
24:39-40 Golongan tiada cahaya ialah yang beramal duniawi dan dibalas kemewahan harta serta kegembiraan dunia oleh Allah. Tetapi kegelapannya ditutup rapat oleh keindahan duniawi.
24:41-42 Semua makhluk langit dan bumi beribadah pada Allah dan Allah tahu samada ibadahnya taat atau maksiat. Ingatlah, semua makhluk tersebut itu akan kembali pada Allah.
24:43 Lihatlah ciptaan Allah pada gumpalan awan tersebut, kemudian awan tersebut dialihkan disertai sinaran kilat sebelum hujan diturunkan pada mana-mana tempat yang dikehendakiNya.
24:44 Ciptaan Allah akan peralihan malam dan siang ini adalah bukti kuasa Allah bagi yang berfikir.
24:45-46 Allah mencipta pelbagai spesis unik hidupan sebagai membuktikan tanda kebesaranNya dan juga sebagai petunjuk bagi yang berfikir.
24:47 Munafik berkata dirinya beriman seperti dalam solat hakikatnya tidak.
24:48-49 Perbuatan tidak mengikut perintah ayat Quran itu merupakan perangai munafik.
24:50 Ini kerana hati mereka ada penyakit kufur maka tidak laksanakan hukum Allah itu menzalimi diri.
24:51 Mukmin akan taat segala hukum Allah.
24:52 Dan ketaatan mukmin ini beroleh kejayaan meraih syurga Allah dan melepasi neraka.
24:53 Munafik sanggup bercakap sumpah maka janganlah bersumpah kerana Allah mengetahui.
24:54 Sesungguhnya kerja Rasul mengajak ke jalan kebenaran bukan pemberi hidayah.
24:55 Allah mahukan Islam dikenali untuk semua bangsa. Allah memulakan Islam dari kecil bermula dakwah Rasulullah saw sehingga berkembang besar dipuncak kejayaan di Madinah. Allah bangga dengan minoriti muslim di negara pemerintahan kafir yang mereka sikitpun tidak syirik Allah. Allah menggantikan kaum yang tidak bertanggungjawab pada agama mereka dengan kaum yang lain walaupun kaum tersebut kurang baik dari kaum terdahulu, yang pasti, itu pembalasan Allah.
24:56 Dirikanlah solat, bayarlah zakat dan taatlah hadis sunnah RasulKu.
24:57 Jangan sangka kafir mampu memnggugat kekuasaan Allah kerana sesungguhnya mereka tidak dapat lari dari kekal neraka.
24:58-59 Hendaklah ahli rumah yang cukup umur dan ke atas meminta izin sebelum masuk bilik peribadi pada waktu Subuh, waktu panas tengah hari dan selepas Isyak dimana waktu tersebut merupakan waktu menukar persalinan dan membawa kepada terdedah aurat.
24:60 Aurat wanita tua ialah muka, tapak tangan dan tidak hiasi diri manakala yang muda dan dibimbangi rupa parasnya menarik perhatian maka purdah lebih afdal.
24:61 Tidak sepatutnya si buta atau si cacat dilayan hina oleh masyarakat. Tidak salah masuk makan di rumah saudara mara walaupun tidak dijemput. Tidak salah makan berseorangan atau lebih. Beri salam diri sendiri apabila masuk rumah yang tiada orang. Betul-betul beriman ialah mengikut apa yang diberitahu Quran.
24:62 Tidak boleh keluar melainkan izin Rasulullah saw. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
24:63 Jangan ya Muhammad kerana mesti beradab Ya Nabi Allah Ya Rasulullah. Begitu juga dengan gelaran hormat yang patut dihormati berdasarkan pangkat imam dan sebagainya. Jangan lari majlis begitu saja. Jaga baik-baik dan ambil ingatan, melanggar adab ini seksa Allah tidak terperi sakitnya.
24:64 Semua ini milik Allah. Allah Maha Mengetahui rahsia hati manusia, rahsia langit dan bumi dan apa saja tujuan pekerjaan dan amalan yang dilakukan.
JANGAN SOMBONG PANDANG RENDAH GOLONGAN BAWAHAN ATAU MISKIN
Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Seburuk-buruk hidangan ialah majlis jamuan yang tidak jemput orang miskin.
Sahih Bukhari sabda Nabi saw pada Saad Abi Waqaz. Apa yang kita nikmati hari ini adalah hasil pekerja bawahan yang dipandang hina.
Tuesday, March 26, 2002
Al-Anfal 52-60
Sahih Bukhari, Ketika kerja pengasingan semula kubur para syuhada, Jabir bin Abdillah r anhuma berkata jasad ayahnya yang mati syahid tidak berubah walaupun telah 6 bulan dikebumikan. Jabir juga bertanggungjawab menjaga adik-beradik perempuannya menurut wasiat bapanya.
Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 2, surah Al-Anfal ayat 52-60 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad.
Al-Anfal
8:52 Bantahan kafir Quraish terhadap Nabi Muhammad saw sama seperti kaum Nabi Musa as yang membantah Nabi mereka. Kafir akan kekal di neraka kecuali mereka memeluk Islam semasa hidup di dunia.
8:53 Allah tidak mengambil balik nikmat kurnianNya kecuali manusia itu sendiri yang tidak menghargainya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui bermula dari bisikan dalam hati manusia.
8:54 Bantahan terhadap kitab Al-Quran juga sama seperti bantahan terhadap kitab Taurat ketika zaman Nabi Musa as. Akibat bantahan dari Fir'Aun dan pengikutnya, Allah menenggelamkan mereka di dalam laut. Demikian pembalasan azab kepada manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
8:55 Paling jahat disisi Allah ialah manusia yang kafir dan yang bantah Allah.
8:56 Ketika perang Khandak, penduduk Yahudi Madinah bukan sekadar melanggar perjanjian keamanan malah membantu pihak luar kafir Quraish menyerang orang Islam dari dalam Madinah.
8:57 Jika kamu wahai muslim menang dalam peperangan, maka hapuskan mereka agar suku kaum Yahudi yang lain juga gerun dengan Islam.
8:58 Dengan sifat mungkir janji Yahudi yang semulajadi itu, maka batalkan seluruh perjanjian dengan mereka kerana Allah tidak suka perbuatan khianat.
8:59 Sebahagian kafir yang berjaya lari dari perang tidak akan terlepas dari kekuasaan Allah.
8:60 Maksimumkan kelengkapan perang dan ilmu ketenteraan agar persediaan tersebut dapat menggerunkan kafir pada masa mendatang.
Monday, March 25, 2002
Kuarantin wabak penyakit dan Silaturahim
Sahih Bukhari dari A’isyah r anha, sabda Nabi saw. Sekiranya terkena penyakit wabak, maka kuarantin dengan penuh sabar dan keredhaan Allah. Sekiranya meninggal dunia, ia kategori syahid.
Teks Hadis Qulafa ArRashidin
Ketika zaman pemerintahan Omar Al-Khattab, Omar menghantar utusan menjemput balik Pemimpin pasukan perang iaitu Abu Ubaidah Al Jarrah yang terkena jangkitan wabak ta’un di satu tempat. Abu Ubaidah Al-Jarrah menolak palawaan Omar kerana beliau memegang hadis quarantin Rasulullah saw. Akhirnya Abu Ubaidah Al-Jarrah wafat di tempat berlakunya wabak tersebut.
Sahih Muttafakun Alai
Seorang wanita mengadu kepada Rasulullah saw kerana malu akibat terselak kain pada auratnya apabila dirinya berlaku penyakit sawan. Sabda Nabi saw. Sabar dengan penyakit akan dianugerahkan syurga, tetapi sekiranya mahu sembuh, baginda boleh berdoa kepada Allah untuk makbulkan kesembuhan penyakit tersebut.
Silaturahim
Hassan lagi Sahih AtTirmizi
Abii Hurairah ra sabda Nabi saw, sedekah tidak mengurangkan harta maka Allah akan menambah keberkatan shingga 70 kali ganda dan dikurniakan darjat kemulian kepada yang memberi kemaafan.
Sahih Muslim, Iyadh b Hamad ra sabda Nabi saw. Allah memerintahkan manusia agar tawadduk/merendah diri, tidak sombong/besar diri/sombong dikalangan sesama manusia.
Hasan lagi Sahih lagi Gharib AtTirmizi dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Sesiapa yang buat zalim semasa di dunia maka di akhirat nanti akan berada dalam gelap gelita.
Hadis Qudsi dari Abi Dzar ra sabda Nabi saw. Firman Allah, Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya maka manusia haram menzalimi sesama manusia.
Hasan Sahih At Tirmizi, sabda Nabi saw, dilarang mencela makanan walaupun tidak berselera ke atas makanan tersebut.
Thursday, March 21, 2002
Ahli Neraka
Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 18 mukasurat 90 syarah Ustaz Shamsuri
![]() |
| gambar sekadar hiasan |
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.(An-Nisaa' 4:93)
Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. (Al-Maaidah 5:32)
![]() |
| gambar sekadar hiasan |
Sahih At Tirmizi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Quran, firman Allah, takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Pokok Zakum tumbuh di dasar neraka dan rupa pokok tersebut kelihatan seperti kepala syaitan. Buah zakum yang gugur mampu menghancurkan seluruh planet bumi.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Dardak ra sabda Nabi saw. Ahli neraka yang kelaparan juga dihidang makanan dari pokok bisa berduri dimana apabila dimakan ia akan melekat di kerongkong manusia. Kemudian diberikan minuman yang terlalu panas sehingga menyebabkan isi daging penghuni neraka luruh. Mereka merayu meminta kematian akibat tidak tahan dengan azab neraka. Setelah rayuan melewati 1000 tahun, penjaga neraka meningatkan lagi kedasyatan seksaan. Allah tidak melayan sebarang rayuan permintaan ahli neraka dan mereka kekal selamanya tiada berpenghujung.
Sunday, March 17, 2002
Ujian itu tanda Allah sayang
HR AtTirmizi dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Ujian kesusahan kehidupan duniawi merupakan tanda Allah sayang akan hambaNya.
Muttafakun Alai dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Jangan minta kematian sekiranya merasa susah ditimpa musibah tetapi berdoalah agar dipanjangkan umur untuk kebaikan dan mintalah kematian sekiranya ia membawa kebaikan.
Pengajian kitab tafsir Quran Nurul Ihsan jilid 1 mukasurat 33, tafsir Quran surah Al-Baqarah 104-109 syarah ustaz Shamsuri Hj Ahmad
2:104 Kafir Yahudi memperolokkan Rasulullah saw dengan perkataan "ra'ina" di dalam Al-Quran. Allah berfirman, tukar perkataan "ra'ina" kepada "unzurna" kerana "ra'ina" itu mirip "rounah" yang membawa maksud Nabi Muhammad saw bodoh dalam bahasa Yahudi. Bagi kafir itu seksa dasyat ke atas mereka di neraka kerana mempersendakan Rasulullah saw.
2:105 Ulama kafir Yahudi mahukan semua para nabi lahir dari keturunan mereka bukan dari keturunan Arab. Maka dengan sebab tersebut, Yahudi bencikan muslim dan Rasulullah saw sedangkan Allah Maha Berkuasa ke atas setiap perkara menurut kehendakNya.
![]() |
| gambar sekadar hiasan |
2:107 Tidakkah kamu tahu, Allah Maha Berkuasa merupakan pemilik 7 petala langit dan bumi. Selain Allah, tiada siapa dapat melindungi dan memberi pertolongan.
2:108 (Al-Isra 89-96) Berbalik kepada sejarah peristiwa cabaran kafir Mekah yang hampir sama seperti cabaran umat Nabi Musa as yang meminta Allah menonjolkan diri dihadapan mereka. Sesiapa yang asalnya beriman kemudian memilih kufur akan sesat dari jalan kebenaran.
2:109 Begitulah kesesatan ulama Yahudi dan Nasrani akibat menolak kebenaran Islam dan Rasulullah Nabi Muhammad saw akibat perasaan dengki dan iri hati yang berpunca dari diri mereka sendiri. Tujuan mereka ini untuk menarik kembali para pengikut Nabi Muhammad saw kembali kepada agama asal mereka. Maafkanlah dan biarkanlah mereka wahai Muhammad sehingga perintah berperang. Sesungguhnya, Allah Maha Kuasa melalui kehendakNya.
Monday, March 11, 2002
Zuhud
Hadis Riwayat Anaz b Malek ra sabda Nabi saw, ancaman kepada mukmin ialah
ganbar hiasan
- hasad dengki sesama muslim
- musuh Islam yang memeranginya
- syaitan yang cuba menyesatkannya
- nafsu yang sentiasa mempengaruhi untuk merosakkan manusia
HR Abu Daud dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Hasad Dengki itu merosakkan iman
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Sesiapa yang mahu selamat dari neraka dan mahu ke syurga maka hendaklah pastikan matinya dalam keadaan beriman kepada Allah dan percaya kepada hari akhirat.
Muttafakun Alai dari Amru Al-Az ra sabda Nabi saw, muslim itu tidak merosakkan sesama muslim malah muslim itu berhijrah dirinya dari larangan Allah.
Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 16 mukasurat 176 syarah Ustaz Shamsuri
Hadis Qudsi, Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Firman Allah, nescaya Aku sempurnakan permintaan hamba-hambaKu yang bersangka baik
Hasan Sahih AtTirmizi dari An Nawaz b Sam'an ra sabda Nabi saw, kebajikan itu berperangai baik
Hasan Sahih At Tirmizi dari Muaz b Jabal ra sabda Nabi saw, Kasih sesama muslim kerana Allah akan dimuliakan oleh Allah di akhirat
Sunday, March 10, 2002
Sedekah jangan sampai jadi miskin
Muttafakun Alai, Saad Abi Waqas ra @pemanah tepat pasukan muslim, sabda Nabi saw. Boleh bersedekah dengan syarat jangan biarkan anak isteri menjadi miskin.
Di ketika semua sahabat termasuk Saad Abi Waqas sendiri merasakan beliau tiada harapan untuk sembuh, sabda Nabi saw yang menziarahi Saad yang sedang nazak, “kamu akan sembuh dan diangkat darjat tinggi di sisi Allah. kamu akan jadi tokoh pemimpin gabenor yang memberi manfaat kepada mereka di jalan Allah dan memberi mudarat kepada ramai yang ingkar perintah Allah.
Bukhari Muslim. dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi Muhammad saw. Setiap amalan bermula dengan niat.
Musnad Abi Yaqla, sabda Nabi saw. Di hari akhirat, Allah perintahkan mala’ikat hafazah untuk menulis pahala niat ikhlas kebaikan dihadapan mala’ikat pencatat Rakib dan Atib.
Friday, March 8, 2002
Solat Jamak Musafir
https://www.youtube.com/watch?v=0Z-qmyjKYKQ 2002/03/08 Ustaz Shamsuri 25 - Bab Solat Jamak Qasar - BM3 ms26
Hadis Qudsi, Allah kasih kepada sesiapa yang mengasihi, menziarahi dan memberi hadiah kerana Allah.
Tuesday, March 5, 2002
Al-Fusilat 1-12 Kejadian Alam
Muttafakun Alai dari Adi b Hashim ra sabda Nabi saw. Manusia ditunjukkan seluruh amalannya semasa hidup di dunia di hadapan Allah di padang mahsyar. Takutlah neraka kerana tiada manusia dapat menahan penderitaan yang disediakan oleh Allah. Sedekahlah walaupun sedikit.
Hadis Riwayat At Tirmizi dari Abi Dzar ra sabda Nabi saw. Allah bagi aku dengar suara mala'ikat berzikir di langit. Sekiranya Allah bagi kedengaran pada kamu semua sepertiku, maka kamu semua akan banyak menangis dan kurang ketawa.
Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Siapa yang benar-benar takut Allah, dia akan berjaga malam untuk sibuk beribadah.
Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 4 mukasurat 19 surah Al-Fusilat ayat 1-12 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
Al-Fusilat
41:1 Ha Mim
41:2 Turun kitab Al-Quran
41:3 Dalam bahasa Arab bersesuaian dengan situasi umat kekasihNya, Nabi Muhammad saw
41:4 Mengandungi petunjuk janji syurga dan neraka
gambar hiasan
41:5 Kafir Quraisyh mempersoal akan mustahil 1 Tuhan boleh menjaga ramai orang.
41:6 Sesungguhnya Tuhan kepada manusia hanya 1 iaitu Allah dan taatlah perintahNya,
41:7 Yang menolak seruan Nabi Muhammad saw dan tidak berzakat akan menerima azab di hari akhirat.
41:8 Manakala yang beriman pula memperolehi pahala berterusan.41:9 Tergamakkah manusia ingkar perintah Allah yang menciptakan alam semesta.
41:10 Allah menciptakan bumi dihiasi gunung ganang diikuti kejadian hidupan dengan takdir keberkatan rezeki masing-masing dalam tempoh 4 masa.
41:11 Allah jadikan langit dari lautan wap air yang mengapungkan ArasyhNya manakala buih dari wap tersebut dijadikan bumi. Kemudian Dia memerintahkan langit dan bumi menjalankan tugas masing-masing. Langit mengeluarkan matahari, bulan dan bintang serta awan dan angin manakala bumi bermula dari lokasi ka'bah mengeluarkan punca air, sungai, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.
41:12 Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui,
Mukjizat Sebekas Susu untuk Ahlul Suffah
Sahih Musim, Said b Zaid ra @(10 sahabat dijamin syurga) telah dituduh menipu sempadan tanah oleh seorang perempuan tua. Allah makbulkan doa Said yang teraniaya dimana akhirnya perempuan tua tersebut menjadi buta sehingga habis hayatnya.
![]() |
| gambar sekadar hiasan |
Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 17
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra @ahlul suffah, Al-Baqarah 159-160, Menyembunyikan pemahaman ilmu Quran Hadis akan dilaknat oleh Allah SWT. Kebanyakan sahabat Rasulullah saw menahan kesengsaraan kelaparan demi mencari ilmu dari Nabi saw. Jika tidak kerana ayat Quran tersebut, maka aku tidak akan menyebarkan ilmu dengan kesusahan diriku ini memandangkan sahabat muhajirin yang lain bersenang-lenang dengan kelekaan duniawi tanpa menghiraukan ajaran dari Rasulullah saw.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Keluarga Rasulullah saw dan keturunan baginda diharamkan menerima sedekah kecuali hadiah. Ketika ramai sahabat ahlul suffah yang kelaparan dan dahaga dijemput ke rumah Rasulullah saw, baginda menjamu segelas susu kepada mereka. Dengan mukjizat Nabi saw, kesemua ahlul suffah dapat menikmati dengan penuh kekenyangan termasuk Abu Hurairah ra yang tengah menahan dahaga dan kelaparan.
Monday, March 4, 2002
Mimpi
Pengajian Bahrulmazi jilid 16 bab Mimpi bertarikh 4 Mac 2002
MimpiBahrulmazi jilid 16 ms 8
Sahih Muttafakun Alai, doa orang teraniaya dimakbul Allah. Said b Zaid ra telah teraniaya dengan dituduh merampas sempadan tanah. Said telah berdoa untuk keadilan beliau dan akibatnya tuan tanah yang menuduh Said menjadi buta.
Sahih AtTirmizi dari Ubadah b Samit ra sabda Nabi saw. Mimpi mukmin sepenggal dari 46 penggal juzuk kenabian.
Sahih AtTirmizi dari Anas b Malek ra sabda Nabi saw. Tiada Rasulullah dan Nabi setelah wafat Rasulullah Nabi Muhammad saw. Tiada lagi wahyu selepas itu.
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Mimpi yang tidak baik memberi amaran agar muslim dapat bertaubat, muhasabah diri dan berubah memperbaiki diri menjadi baik.














