Sahih Bukhari dari A’isyah r anha, sabda Nabi saw. Sekiranya terkena penyakit wabak, maka kuarantin dengan penuh sabar dan keredhaan Allah. Sekiranya meninggal dunia, ia kategori syahid.
Teks Hadis Qulafa ArRashidin
Ketika zaman pemerintahan Omar Al-Khattab, Omar menghantar utusan menjemput balik Pemimpin pasukan perang iaitu Abu Ubaidah Al Jarrah yang terkena jangkitan wabak ta’un di satu tempat. Abu Ubaidah Al-Jarrah menolak palawaan Omar kerana beliau memegang hadis quarantin Rasulullah saw. Akhirnya Abu Ubaidah Al-Jarrah wafat di tempat berlakunya wabak tersebut.
Sahih Muttafakun Alai
Seorang wanita mengadu kepada Rasulullah saw kerana malu akibat terselak kain pada auratnya apabila dirinya berlaku penyakit sawan. Sabda Nabi saw. Sabar dengan penyakit akan dianugerahkan syurga, tetapi sekiranya mahu sembuh, baginda boleh berdoa kepada Allah untuk makbulkan kesembuhan penyakit tersebut.
Silaturahim
Hassan lagi Sahih AtTirmizi
Abii Hurairah ra sabda Nabi saw, sedekah tidak mengurangkan harta maka Allah akan menambah keberkatan shingga 70 kali ganda dan dikurniakan darjat kemulian kepada yang memberi kemaafan.
Sahih Muslim, Iyadh b Hamad ra sabda Nabi saw. Allah memerintahkan manusia agar tawadduk/merendah diri, tidak sombong/besar diri/sombong dikalangan sesama manusia.
Hasan lagi Sahih lagi Gharib AtTirmizi dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Sesiapa yang buat zalim semasa di dunia maka di akhirat nanti akan berada dalam gelap gelita.
Hadis Qudsi dari Abi Dzar ra sabda Nabi saw. Firman Allah, Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya maka manusia haram menzalimi sesama manusia.
Hasan Sahih At Tirmizi, sabda Nabi saw, dilarang mencela makanan walaupun tidak berselera ke atas makanan tersebut.
No comments:
Post a Comment