Sahih Musim, Said b Zaid ra @(10 sahabat dijamin syurga) telah dituduh menipu sempadan tanah oleh seorang perempuan tua. Allah makbulkan doa Said yang teraniaya dimana akhirnya perempuan tua tersebut menjadi buta sehingga habis hayatnya.
gambar sekadar hiasan |
Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 17
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra @ahlul suffah, Al-Baqarah 159-160, Menyembunyikan pemahaman ilmu Quran Hadis akan dilaknat oleh Allah SWT. Kebanyakan sahabat Rasulullah saw menahan kesengsaraan kelaparan demi mencari ilmu dari Nabi saw. Jika tidak kerana ayat Quran tersebut, maka aku tidak akan menyebarkan ilmu dengan kesusahan diriku ini memandangkan sahabat muhajirin yang lain bersenang-lenang dengan kelekaan duniawi tanpa menghiraukan ajaran dari Rasulullah saw.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Keluarga Rasulullah saw dan keturunan baginda diharamkan menerima sedekah kecuali hadiah. Ketika ramai sahabat ahlul suffah yang kelaparan dan dahaga dijemput ke rumah Rasulullah saw, baginda menjamu segelas susu kepada mereka. Dengan mukjizat Nabi saw, kesemua ahlul suffah dapat menikmati dengan penuh kekenyangan termasuk Abu Hurairah ra yang tengah menahan dahaga dan kelaparan.
No comments:
Post a Comment