Nota Cinta

Tuesday, March 26, 2002

Al-Anfal 52-60

Sahih Bukhari, Ketika kerja pengasingan semula kubur para syuhada, Jabir bin Abdillah r anhuma berkata jasad ayahnya yang mati syahid tidak berubah walaupun telah 6 bulan dikebumikan. Jabir juga bertanggungjawab menjaga adik-beradik perempuannya menurut wasiat bapanya. 

Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 2, surah Al-Anfal ayat 52-60 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad. 

Al-Anfal 

8:52 Bantahan kafir Quraish terhadap Nabi Muhammad saw sama seperti kaum Nabi Musa as yang membantah Nabi mereka. Kafir akan kekal di neraka kecuali mereka memeluk Islam semasa hidup di dunia. 

8:53 Allah tidak mengambil balik nikmat kurnianNya kecuali manusia itu sendiri yang tidak menghargainya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui bermula dari bisikan dalam hati manusia.

8:54 Bantahan terhadap kitab Al-Quran juga sama seperti bantahan terhadap kitab Taurat ketika zaman Nabi Musa as. Akibat bantahan dari Fir'Aun dan pengikutnya, Allah menenggelamkan mereka di dalam laut. Demikian pembalasan azab kepada manusia yang menzalimi diri mereka sendiri. 

8:55 Paling jahat disisi Allah ialah manusia yang kafir dan yang bantah Allah. 

8:56 Ketika perang Khandak, penduduk Yahudi Madinah bukan sekadar melanggar perjanjian keamanan malah membantu pihak luar kafir Quraish menyerang orang Islam dari dalam Madinah.  

8:57 Jika kamu wahai muslim menang dalam peperangan, maka hapuskan mereka agar suku kaum Yahudi yang lain juga gerun dengan Islam. 

8:58 Dengan sifat mungkir janji Yahudi yang semulajadi itu, maka batalkan seluruh perjanjian dengan mereka kerana Allah tidak suka perbuatan khianat.

8:59 Sebahagian kafir yang berjaya lari dari perang tidak akan terlepas dari kekuasaan Allah. 

8:60 Maksimumkan kelengkapan perang dan ilmu ketenteraan agar persediaan tersebut dapat menggerunkan kafir pada masa mendatang.

No comments:

Post a Comment