Nota Cinta

Tuesday, April 16, 2002

An Nur 24:1-64

16-4-02 Sahih Muslim Saad b Abi Waqaz ra sabda Nabi saw. JANGAN SOMBONG & PANDANG RENDAH dengan PEKERJA BAWAHAN / GOLONGAN MISKIN. 
Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Seburuk-buruk hidangan ialah majlis jamuan yang tidak jemput orang miskin. 
Sahih Bukhari sabda Nabi saw pada Saad Abi Waqaz. Apa yang kita nikmati hari ini adalah hasil pekerja bawahan yang dipandang hina. 

BAHAGI MASA CARI REZEKI DAN QURAN HADIS
21-5-02 Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Jangan nazar memudaratkan diri melainkan perkara ibadah. 
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Demi Allah nyawaku yang berada di tanganNya, sekiranya kamu sentiasa ingat Allah setiap saat, malaikat pasti berjabat tanganmu. Tetapi, manusia mesti bijak membahagikan masa antara mencari rezeki dan pengajian Quran Hadis. 


SEDEKAH RASULULLAH SAW
18-6-02 Sahih Muslim Ketua kaum sebuah kampung miskin yang beragama Nasrani meminta bantuan sedikit sedekah dari Rasulullah saw tetapi Nabi Muhammad saw bersedekah sekandang kambing sehingga habis kosong kandang tersebut. Akhirnya, seluruh penduduk kampung tersebut memeluk Islam. 

SAMBUNG SILATURAHIM IBUBAPA YANG TELAH TIADA 
Sahih Abu Daud sabda Nabi saw. Minta doa pada Allah ampunkan dosa ibubapa, tunaikan hasrat mereka yang tidak kesampaian dan muliakan kawan serta saudara mara yang baik dengan mereka semasa mereka hidup di dunia.


TANGIS MERAUNG VS TANGIS SEDIH
20-8-02 Sahih Muttafakuhn Alaigh Abu Burdah ra dari Abu Musa Al-Ash'ari sabda Nabi saw. Haram meraung tangis seolah-olah tidak dapat menerima takdir. 

Sahih Muttafakhn Aligh Omar ibnu Khatab ra sabda Nabi saw. Mayat diseksa apabila ahli keluarga menangis merungut menolak takdir. Si mati diseksa kerana tidak mengajar ahli keluarganya jangan berbuat demikian.

Sahih Muttafakuhn Alaigh ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Menangis sedih itu rahmat Allah tetapi meraung tangis itu diharamkan oleh Allah. 


ZALIM DAN KEDEKUT PUNCA BINASA DIRI DAN MASYARAKAT

17-9-02 Sahih Bukhari Muslim ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Tuhan kamu tidak buta, dajal buta sebelah dan sebelah matanya lagi timbul keluar seperti buah anggur keluar. Sesama muslim diharamkan bunuh. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan zalim pada sesiapa kerana ia menyebabkan kegelapan dirinya di akhirat. Jauhi sifat kedekut kerana ia membinasakan kamu. Zalim dan kedekut menyebabkan pertumpahan darah masyarakat. 


HARAM BOHONG, CURI DENGAR RAHSIA, MELUKIS & BUAT PATUNG

29-8-02 Sahih Bukhari Ibni Abbas r anhuma sabda Nabi saw. Membohongi mimpi akan diseksa berat di neraka. Curi dengar rahsia seseorang akan dicurahkan pada telinganya dengan leburan tembaga panas di akhirat. Lukis benda bernyawa atau memahat benda bernyawa di dunia akan diazab Allah dengan paksaan masukkan roh ke dalam lukisan atau patung yang dibuat. Sekiranya tidak mampu maka diseksa keras di neraka. 

Sahih Muttafakhun Alaigh Ibnu Mas'ud ra sabda Nabi saw. Perbuatan benar dan cakap benar akan membawa ke syurga manakala bohong, perbuatan jahat dan cakap jahat bawa ke neraka. 

Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. bohong batalkan pahala puasa.

21-1-03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Usamah b Zair b Harithah ra sabda Nabi saw. SEGALA YANG ADA INI HAK ALLAH TERMASUK DIRI KITA & AHLI KELUARGA YANG ADA TEMPOH AJAL. SEDIH TANGIS ITU RAHMAT ALLAH, MERAUNG TANGIS ITU DIMURKAI ALLAH. Sabar adalah anugerah Allah.

18-2-03 Sahih Bukhari Anaz b Malek ra, para sahabat amat menakuti dosa kecil apatah lagi dosa besar. 

Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Allah sangat cemburu apabila manusia melakukan larangan setelah nikmat yang telah diberikanNya. 

Sahih Muttafakuhn Alaigh Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. 3 pemuda zaman bani Israel si buta, si botak dan si penyakit kulit telah dimakbulkan hajat mereka dengan diberi kesembuhkan disamping kekayaan harta. Utusan Mala'ikat kembali dalam keadaan musafir miskin meminta bantuan mereka tetapi si botak dan si pesakit kulit tidak menghiraukannya kecuali si buta. Akhirnya, si botak dan si pesakit kulit kembali seperti asal mereka menjadi botak dan berpenyakit kulit disamping menjadi miskin semula kecuali si buta yang kekal celik dan kaya harta.  

An-Nur

ZINA (SEKS TANPA NIKAH), TUDUH ZINA, LI'AN DAN FITNAH

24:1 Ini adalah surah dari Kami yang jelas makna bacaan untuk kewajipan perlaksanaan. 
24:2 Hukuman seks tanpa nikah mesti disebat 100 kali di khalayak ramai tanpa belas kasihan. 
24:3 Perbuatan bekas penzina menikahi bukan bekas penzina tetap berdosa walaupun nikahnya sah. 
24.4 Kazaf ialah hukuman sebat 80 kali terhadap penuduh zina tanpa 4 orang saksi.  
24.5 Sekiranya bertaubat dan memperbaiki diri, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
24.6-7 Tuduh isteri zina wajib lafaz di hadapan hakim "dengan nama Allah aku mengaku bahawa tuduhan isteriku berzina ini benar" sebanyak 4 kali. Sumpah kelima ialah "saya naik saksi dengan nama Allah sekiranya saya bohong maka saya dilaknat Allah" bagi melepaskan diri dari hukuman 80 kali sebatan. 
24.8-9 Isteri pula naik di kandang tertuduh "saya naik saksi dengan nama Allah bahawa suami saya bohong" diulangi 4 kali. Kali ke 5 "sekiranya saya menipu, murka Allah ke atas saya." Akibat sumpah li'an suami isteri diceraikan sampai bila-bila dan diharamkan bernikah lagi antara mereka. 
24.10 Sekiranya tidak kena di dunia, hukuman dilaksanakan di akhirat dan Allah Maha menerima taubat.   
24.11 Terlibat menyebarkan berita tidak benar akan mesti diseksa samada dunia atau akhirat. 
24:12-13 Mukmin mesti tapis sebelum menuduh melainkan cukup 4 orang saksi. 
24:14 Sekiranya Allah tidak terima taubat, terimalah seksaan keras neraka buat tukang fitnah. 
24:15 Jangan ingat fitnah perkara kecil kerana ia amat besar padahnya di sisi Allah. 
24:16 Kenapa tidak tapis berita palsu?
24:17 Pengajaran 80 sebatan di dunia ini supaya manusia tidak mengulangi tuduhan palsu. 
24:18-19 Hukuman dunia akhirat ini jelas dan Allah saja Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 
24:20 Kalau tidak kerana Rahmat Allah, pemfitnah pasti diseksa serentak sejurus selepas kerja jahatnya. 
24:21  Jangan ikut syaitan yang mengajak kemungkaran menyalahi syarak. Allah tangguhkan hukuman dengan harapan taubat.
24:22 Jangan tidak menolong golongan beriman akibat kesilapan mereka. Maafkanlah kesilapan pesalah kerana Allah mengampuni dosa orang yang memaafkan orang lain. 
24:23 Wajib 80 kali sebatan terhadap penuduh tanpa 4 orang saksi. 
24:24 Lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota tubuh jadi saksi kejahatan diri di mahkamah akhirat. 
24:25 Allah Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Kebenaran tanpa pertikaian tidak adil hukumanNya. 
24:26 Biasanya lelaki jahat untuk perempuan jahat manakala yang baik untuk pasangan baik. Tertuduh yang sabar difitnah akan dimuliakan Allah di akhirat. 
24:27-28 Jangan masuk rumah orang lain kecuali dapat izin dan balik sekiranya diarah tuan rumah.  
24:29 Tidak salah masuk tanpa izin sekiranya ada urusan penting yang baik. 


JAGA AURAT DAN PANDANGAN

24:30 Tunduk pandangan dari melihat perkara haram dan jaga kemaluan dari perbuatan haram. Sabda Nabi saw. "Janji denganku 6 perkara kerana sekiranya berjaya jaga 6 ini aku jamin kamu dapat syurga"
  1. Jangan bohong bila bercakap
  2. Jangan khianat amanah
  3. Jangan mungkir janji
  4. Pelihara mata
  5. Jangan ambik yang bukan hak
  6. Jaga kemaluan
24:31 Bagi wanita muslim, jaga pandangan mata. Pakai tudung melabuhi dada. Jangan memakai pakaian atau perhiasan yang menyebabkan daya tarikan pada lelaki bukan mahram selain suami. Pada kadar tiada syahwat bagi bapa, bapa mertua, anak, anak saudara, pekerja lelaki, golongan tua, sesama perempuan muslim dan golongan kanak-kanak. Jangan pakai gelang kaki.  


SURUHAN NIKAH

24:32 Hendaklah wali nikahkan jagaannya, wajib bagi mengelakkan zina, sunat sekiranya tiada apa. 
24:33 Sekiranya tidak mampu maka sabar dan berusaha cari rezeki. Tawanan perang sabilillah akan menjadi hamba. Hamba tidak boleh dipaksa untuk tujuan pelacuran. Allah menerima taubat yang dipaksa berzina. 
24:34-35 Quran memeberitahu peristiwa kezaliman, fitnah dan kebaikan manusia terdahulu untuk pengajaran dan cahaya panduan buat manusia akan datang. 


HIDAYAH/ PETUNJUK/ NUR MUHAMMAD/ NUR ISLAM/ NUR ALLAH

24:36-38 Golongan akan dapat cahaya petunjuk ialah yang rajin ibadah khusus disamping tidak dilalaikan oleh ibadah duniawi. Hatinya sentiasa cemas di akhirat. Mereka ini dibalas kebaikan melebihi amalan yang dibuat.
24:39-40 Golongan tiada cahaya ialah yang beramal duniawi dan dibalas kemewahan harta serta kegembiraan dunia oleh Allah. Tetapi kegelapannya ditutup rapat oleh keindahan duniawi. 
24:41-42 Semua makhluk langit dan bumi beribadah pada Allah dan Allah tahu samada ibadahnya taat atau maksiat. Ingatlah, semua makhluk tersebut itu akan kembali pada Allah. 
24:43 Lihatlah ciptaan Allah pada gumpalan awan tersebut, kemudian awan tersebut dialihkan disertai sinaran kilat sebelum hujan diturunkan pada mana-mana tempat yang dikehendakiNya.
24:44 Ciptaan Allah akan peralihan malam dan siang ini adalah bukti kuasa Allah bagi yang berfikir. 
24:45-46 Allah mencipta pelbagai spesis unik hidupan sebagai membuktikan tanda kebesaranNya dan juga sebagai petunjuk bagi yang berfikir. 


MUNAFIK SUKA MENIPU DIRI SENDIRI

24:47 Munafik berkata dirinya beriman seperti dalam solat hakikatnya tidak. 
24:48-49 Perbuatan tidak mengikut perintah ayat Quran itu merupakan perangai munafik.
24:50 Ini kerana hati mereka ada penyakit kufur maka tidak laksanakan hukum Allah itu menzalimi diri.
24:51 Mukmin akan taat segala hukum Allah. 
24:52 Dan ketaatan mukmin ini beroleh kejayaan meraih syurga Allah dan melepasi neraka. 
24:53 Munafik sanggup bercakap sumpah maka janganlah bersumpah kerana Allah mengetahui. 
24:54 Sesungguhnya kerja Rasul mengajak ke jalan kebenaran bukan pemberi hidayah. 
24:55 Allah mahukan Islam dikenali untuk semua bangsa. Allah memulakan Islam dari kecil bermula dakwah Rasulullah saw sehingga berkembang besar dipuncak kejayaan di Madinah. Allah bangga dengan minoriti muslim di negara pemerintahan kafir yang mereka sikitpun tidak syirik Allah. Allah menggantikan kaum yang tidak bertanggungjawab pada agama mereka dengan kaum yang lain walaupun kaum tersebut kurang baik dari kaum terdahulu, yang pasti, itu pembalasan Allah. 
24:56 Dirikanlah solat, bayarlah zakat dan taatlah hadis sunnah RasulKu. 
24:57 Jangan sangka kafir mampu memnggugat kekuasaan Allah kerana sesungguhnya mereka tidak dapat lari dari kekal neraka. 


ADAB & AURAT 

24:58-59 Hendaklah ahli rumah yang cukup umur dan ke atas meminta izin sebelum masuk bilik peribadi pada waktu Subuh, waktu panas tengah hari dan selepas Isyak dimana waktu tersebut merupakan waktu menukar persalinan dan membawa kepada terdedah aurat. 
24:60 Aurat wanita tua ialah muka, tapak tangan dan tidak hiasi diri manakala yang muda dan dibimbangi rupa parasnya menarik perhatian maka purdah lebih afdal. 
24:61 Tidak sepatutnya si buta atau si cacat dilayan hina oleh masyarakat. Tidak salah masuk makan di rumah saudara mara walaupun tidak dijemput. Tidak salah makan berseorangan atau lebih. Beri salam diri sendiri apabila masuk rumah yang tiada orang. Betul-betul beriman ialah mengikut apa yang diberitahu Quran. 
24:62 Tidak boleh keluar melainkan izin Rasulullah saw. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
24:63 Jangan ya Muhammad kerana mesti beradab Ya Nabi Allah Ya Rasulullah. Begitu juga dengan gelaran hormat yang patut dihormati berdasarkan pangkat imam dan sebagainya. Jangan lari majlis begitu saja. Jaga baik-baik dan ambil ingatan, melanggar adab ini seksa Allah tidak terperi sakitnya. 
24:64 Semua ini milik Allah. Allah Maha Mengetahui rahsia hati manusia, rahsia langit dan bumi dan apa saja tujuan pekerjaan dan amalan yang dilakukan. 

No comments:

Post a Comment