Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 18 mukasurat 90 syarah Ustaz Shamsuri
gambar sekadar hiasan |
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.(An-Nisaa' 4:93)
Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. (Al-Maaidah 5:32)
gambar sekadar hiasan |
Sahih At Tirmizi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Quran, firman Allah, takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Pokok Zakum tumbuh di dasar neraka dan rupa pokok tersebut kelihatan seperti kepala syaitan. Buah zakum yang gugur mampu menghancurkan seluruh planet bumi.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Dardak ra sabda Nabi saw. Ahli neraka yang kelaparan juga dihidang makanan dari pokok bisa berduri dimana apabila dimakan ia akan melekat di kerongkong manusia. Kemudian diberikan minuman yang terlalu panas sehingga menyebabkan isi daging penghuni neraka luruh. Mereka merayu meminta kematian akibat tidak tahan dengan azab neraka. Setelah rayuan melewati 1000 tahun, penjaga neraka meningatkan lagi kedasyatan seksaan. Allah tidak melayan sebarang rayuan permintaan ahli neraka dan mereka kekal selamanya tiada berpenghujung.
No comments:
Post a Comment