Nota Cinta

Monday, May 15, 2017

Al-Ma'idah 100-105 Jauhi Bertanya Sia-Sia

Al-Ma'idah 100-105 Jauhi Bertanya Sia-Sia

Sahih At Tirmizi dari Mahmud b Ar Rabiq ra dari Anaz b Malek ra sabda Nabi s.a.w. Syahadah yang ikhlas ke syurga.

Nurul Ihsan ms244 syarah Dato' Shamsuri, Masjid Tmn Brown 15-5-2017 surah Al-Maidah 5:100-105.

5:100 Tidak sama antara dosa dan pahala, baik dan jahat, halal dan haram. Allah ciptakan akal agar digunakan dengan baik. Semoga muslim berjaya beroleh syurga.
5:101 Sahih Bukhari dari Al Mughirah b Syubhah ra sabda Nabi s.a.w. Tuhan tidak suka kepada manusia yang berkata tentang keburukan orang lain, manusia yang melakukan pembaziran dan manusia yang bertanya kepada perkara yang tiada manfaat seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Musa dan Nabi Soleh.

Sahih Muslim, seorang sahabat bertanya pertanyaan sia-sia, Ya Rasulullah s.a.w. arwah bapaku di mana? syurga atau neraka? sabda Nabi s.a.w. bapamu nan bapaku juga di neraka.

5:102 Pertanyaan sia-sia ini mengundang kebinasaan diri kepada kaum Nabi Musa dan Nabi Soleh.
5:103 Rekaan dalam agama@Bid'ah dilarang oleh Allah apatah lagi mengatakan ia suruhan Allah dan Nabi.
5:104 Setiap larangan Allah yang disampaikan melepaskan tanggungjawab penyampai.
5:105 Jagalah diri masing-masing kerana semua akan kembali kepada Allah dan berakhir dengan pembalasan atas perbuatan semasa hidup di dunia.

Wednesday, May 10, 2017

LINTASAN SYAITAN, DERHAKA IBU

Dato' Ustaz Hj Shamsuri b. Hj Ahmad, Masjid Abdullah Fahim 10.5.2017

MUKMIN SOLEH DIFITNAH AKIBAT DERHAKA IBU

Sahih Bukhari Abu Hurairah ra. sabda Nabi s.a.w. Akibat tidak menghiraukan panggilan ibu ketika solat sunat, Juraij difitnah atas tuduhan merogol. Juraij ditangkap penduduk serta dipukul tetapi dengan kuasa Allah, setelah bayi hasil zina tersebut lahir ke dunia, bayi itu berbicara bahawa ayah kandungnya bukan Juraij. Juraij akhirnya dibebaskan. 

Sahih Muslim Abi Rahman b Abi Baqrah ra sabda Nabi s.a.w. mengulanginya berkali-kali, dosa sangat besar ialah syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa dan menjadi saksi palsu.
 
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Jaga ibubapa kamu kerana banyak ujian jihad di situ.

Sahih Bukhari, Isteri Abu Bakar Assiddiq ra @Ibu A'syah @Umi Rumang@ Zainab bt Amir Al Muwamir r anha pengsan apabila mengetahui anaknya A'isyah r anha@isteri Nabi/Rasulullah s.a.w. dituduh zina. Selepas sebulan dihina masyarakat, turun surah An Nur membuktikan A'isyah tidak bersalah.

LINTASAN SYAITAN Bahrulmazi bab 21 Lintasan Hati Mala'ikat vs Syaitan Riwayat At Tirmuzi Abdullah b Mas'Ud ra sabda Nabi s.a.w. 
Lintasan syaitan mendorong manusia melakukan maksiat seperti mempertikai fakta quran hadis berdasarkan logik akal. Lintasan mala'ikat pula mengingatkan manusia akan keinsafan dan berbuat kebajikan. Sekiranya lintasan baik, ucapkanlah "Alhamdulillah" manakala sebaliknya minta pada Allah untuk berlindung dari syaitan "Nauzubillah hi minzaliq"

Syaitan juga memujuk agar jangan berusaha menjadi golongan profesional,cukup sekadar ke masjid. Syaitan akan berbisik menyuruh ke masjid sahaja tanpa menghiraukan mencari rezeki bagi menyara anak isteri. Alasan syaitan ialah kerana Allah akan jaga mereka. (Talbis Iblis meragukan menyesatkan)

Tuesday, May 2, 2017

Ramadhan tiba

Ustaz Shamsuri - BM 12 Bab Hukum Makan Burung Unta Dan Hubara, Masjid Sultanah Bahiyah 2.5.2017
Sabda Nabi s.a.w. Munafik tidak merasa untuk mengalu-alukan kedatangan Ramadhan.
Sahih Ibnu Majah dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Ada 3 golongan yang doanya tidak ditolak Allah iaitu pemimpin adil, orang yang berpuasa dan orang yang dizalimi. 
Sahih An nasa’I dari Ibnu Abbas r anhuma sabda Nabi s.a.w. pahala umrah bulan Ramadhan sama seperti pahal haji.
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Abdikan diri pada Allah, jangan syirik, jaga solat 5 waktu, bayar zakat dan puasa. Lakukan semuanya bersungguh sekiranya mahu ke syurga. 
Hasan Sahih Imam Ahmad dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Ramai yang puasa dan solat sunat tapi sia-sia kerana tidak ikhlas dan tiada kesungguhan.
Musnad As-Syafi’e sabda Nabi s.a.w. Ketika di Mekah, Malaikat berkata pada Nabi Adam a.s., wahai Adam, sempurnakan hajimu kerana Allah.
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Haji kerana Allah ialah tidak bercakap keji, jangan buat perkara fasik dan sabar.
Riwayat Ibni Abbas r anhuma. Nabi s.a.w. yang sangat pemurah tersebut akan lebih lagi pemurah pada bulan Ramadhan. Mala’ikat Jibril datang berjumpa Nabi s.a.w. pada setiap malam Ramadhan untuk ujian bacaan Quran yang diterima baginda.
Hadis Gharib AtTirmizi dari Ali b Abi Talib ra sabda Nabi s.a.w. Baca Quran, Hafaz Quran, Halalkan apa yang Allah halalkan dan haramkan apa yang Allah haramkan akan masuk syurga dan boleh memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya yang wajib ke neraka untuk masuk ke syurga.  
Sahih At Tirmizi Nabi s.a.w. dikurniakan anugerah pemberi syafaah@menolong umatnya di akhirat.  
Sahih At Tirmizi Anaz b Malek ra. Ya Rasulullah s.a.w. bolehkah saya dapatkan syafaat tuan. Jawab Nabi s.a.w. aku akan berikan syafaat pada kau budak kecil, cariku di telagaku wahai Anaz.
Sahih Bukhari dari Osman b Affan ra. Sabda Nabi s.a.w. Orang yang paling afdal ialah yang belajar dan mengajar Quran.

Bahrulmazi jilid 12 ms 218 bab makan burung hubara.
Hadis gharib/daif At Tirmizi dari Sufailah ra. Nabi s.a.w. makan burung hubara.
Mazhab Syafi’e imam AnNawawi, semua jenis burung halal dimakan.
Hasan Gharib AtTirmizi dari Umi Salamah r anha Nabi s.a.w. makan daging bakar yang telah disalai.

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Juhaifah ra sabda Nabi s.a.w. aku tidak makan sambil tangan letak di belakang. Imam Al-Ghazali Ihya Ulumuddin adab makan ialah kekal duduk posisi sama sehingga selesai makan. 

Monday, April 24, 2017

MAKMUM DIAM DENGAR IMAM

Syarah Dato' Shamsuri 24-4-2017 Masjid Padang Temusu
Sahih At Tirmizi dari Muaz b Jabal ra, sabda Nabi saw. Untuk ke syurga mestilah abdikan diri pada Allah, solat 5 waktu, puasa ramadhan, zakat dan haji. Pintu kebaikan ialah puasa sunat, sedekah dan solat sunat. Pengawalan diri ialah taat Islam. Tiang Islam ialah solat. Kemuncak pengorbanan ialah jihad ke jalan Allah. Akhir sekali jaga lidah percakapan kerana ia penghumban manusia ke neraka.
gambar hiasan
Sahih Ibnu Majah, Huzaifah Al Yaman sabda Nabi saw@penyimpan rahsia Rasulullah saw sabda Nabi saw. Islam akan luntur ditelan zaman sehingga Al-Quran ditarik oleh Allah. Syahadah yang ikhlas membawa ke syurga.
Sahih Muslim, Abi Hurairah ra, Rasulullah saw bertanya apakah amalan yang kamu lakukan sehingga mimpiku di Syurga, bunyi kasutmu mendahuluiku. Bilal memberitahu wuduk dan solat dengan tertib.
Sahih Bukhari, Abu Bakar membenarkan Bilal ke Syam setelah berhenti menjadi tukang azan selepas kewafatan Rasulullah saw.
Hasan At Tirmizi, Fatimah bt Hussein b Ali b Abi Talib cicit Rasulullah saw dari Fatimah Al Qubro bt Nabi Muhammad saw. Nabi saw berselawat, doa  dan solat sunat 2 rakaat sebagai adab masuk masjid.
Bahrulmazi ms 231 masalah 433
Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan baca apa-apa surah termasuk fatihah bila jadi makmum kerana ia mengganggu imam. Fatihah wajib dibaca tetapi di dalam hati bila mengikut imam.

Mazhab Syafi'e, Imam AnNawawi, Subuh Maghrib Isyak, hanya mendengar bacaan imam. Zohor dan Asar imam baca fatihah perlahan, dibenarkan baca surah pendek.

Tuesday, April 18, 2017

Ubat guna inai

Syarah Dato' Shamsuri 18-4-2017 Masjid Muttaqin Jitra
Sahih muslim. Abdillah b Mas'ud ra sabda Nabi saw. Allah laknat mereka yang terlibat mengubah ciptaan Allah seperti tatu dan cabut bulu kening.

gambar hiasan
At Taghabun ayat 14, Wahai mukmin, kadang kala anak isteri punca suami atau bapa difitnah.
Pengajian kibat Bahrulmazi jilid 14 ms 74 bab Berubat dengan inai.
Hasan Gharib AtTirmizi. Salma r.anha. Nabi saw guna inai rawat bisul dan lain-lain penyakit kulit.
Sahih Ibnu Majah, Abi Dzar ra. Nabi saw guna inai mewarnakan rambut beruban.
Sahih Bukhari, Osman b. Abdullah b. Mauhah  ra. Nabi saw menginaikan rambutnya.
Sahih Muslim, Anaz b Malek ra. Para sahabat menadah tangan ketika Nabi saw sedang potong rambut.
Kesimpulan Feqah dari himpunan hadis.
1. Hukum warna rambut harus
2. Pewarna mestilah tidak kekal kerana yang kekal dilaknat Allah.
3. Pewarna mestilah tidak jejaskan kesihatan.
4. Fatwa Malaysia, harus sekiranya untuk wanita bakal kahwin. Warna tidak kekal. Ukiran flora dibenarkan kecuali fauna atau motif sembahan.

Hasan Sahih AtTirmizi dari Al Mughirah b Syubbah sabda Nabi saw. Berubat atau jampi dengan niat mesti akan sembuh dianggap tidak tawakkal.

HR At Tirmizi dari Imran b. Hussein ra sabda Nabi saw. Ruqyah jampi sangat digalakkan bagi merawat sengatan berbisa dan Penyakit Ain atau hasad dengki manusia.

Monday, April 17, 2017

Al Maidah 93-96 Haram memburu ketika Ihram

Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Nurul Ihsan jilid 1 ms241 Surah Al Maidah Ayat 93-96, Masjid Taman Brown 17.4.2017
Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra. Abu Talhah ra serta-merta memusnahkan tong-tong arak kesayangannya setelah turun ayat Quran mengharamkan arak.
Sahih Bukhari dari Jabir b Abdillah ra. Para sahabat resah kerana ramai muslim yang telah syahid pernah minum arak semasa hayat mereka. 
Al Ma’idah 5:93 Tidak berdosa sekiranya belum turun ayat Quran tentang pengharaman.
5:94 Tiada manusia tidak diuji  Al-Baqarah 155 Allah uji rasa takut pada muslim dan berilah khabar gembira kepada mereka yang sabar.
5:95 Dilarang berburu semasa ihram kerana ia adalah ujian taqwa. Sekiranya dilanggar neraka tempatnya tetapi Allah Maha Pengampun memberi kemudahan membayar dam.  Burung unta damnya unta, rusa damnya lembu, kijang damnya kambing, mana-mana setaraf atau lebih nilai dengan binatang yang dibunuh. Penentu dam ialah yang dipercayai agamanya. Bayar dam hanya di Mekah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Kafarah sekiranya tidak bayar dam ialah harga seekor kambing digunakan untuk membeli makanan dengan 1 cupak 1 orang miskin. Sekiranya tidak bayar kafarah diwajibkan puasa 1 hari menggantikan 1 cupak. Tujuannya agar pengajaran akibat derhaka Allah. Barangsiapa mengulangi kesalahan akan diseksa di neraka.
5:96 Dihalalkan memburu binatang laut. Haram binatang dua alam. Haram binatang laut beracun. Haram memburu binatang darat ketika dalam ihram melainkan yang memburu itu bukan dalam ihram dan halal dimakan binatang buruan tersebut. Oleh tu, taatlah perintah Allah dengan sedaya upaya.

Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi s.a.w. 5 binatang yang halal dibunuh apa jua keadaan iaitu gagak, helang, kala jengking, tikus dan anjing gila. 

Tuesday, April 4, 2017

7 MUSLIM PERTAMA DUNIA - BILAL B RABBAH

7 muslim pertama di Dunia. Syarah Dato' Shamsuri 4-4-2017 Masjid Sultanah Bahiyah

Sahih Riwayat Az Zahabi. Ibni Mas Ud ra menyenaraikan 7 muslim pertama dunia yang menzahirkan Islam dimulai 1 Rasulullah saw 2 Abu Bakar As Siq 3 Amar b Yaser 4 Sumayyah 5 Suhaib b Sinan Ar Rumi 6 Bilal b Rabah@Muazzin Rasulullah saw 7 Al Miqdad ra.

Sahih Muslim. Abu Bakar melaporkan Salman Al Farisi, Bilal dan Suhaib mempersenda bekas ketua musuh perang Uhud iaitu Abu Sufian yang masih belum memeluk Islam ketika itu kepada Rasulullah saw. Sabda Nabi saw. aku takut Allah murka dengan kamu. Abu Bakar segera kembali berjumpa  3 sahabat untuk memohon kemaafan.

TUKANG AZAN WAJIB KE SYURGA
Hasan Sahih Ibnu Majah sabda Nabi saw. Tukang azan akan dikurniakan keampunan Allah sejauh kedengaran suaranya. Setiap mahkluk dunia yang mendengar azannya memohon keampunan pada tukang azan tersebut.


Sahih Ibnu Majah, sabda Nabi saw, tukang azan selama 12 tahun akan diwajibkan syurga ke atasnya.

Sahih Muslim, Abi Hurairah ra. Rasulullah saw bertanya Bilal tentang amalan yang dilakukan sehingga baginda bermimpi bunyi tapak kasut Bilal mendahului baginda di syurga. Bilal hanya menerangkan tentang kesempurnaan wuduk dan solatnya.

Bahrulmazi jilid 12 ms 215 bab makan binatang yang makan kotoran.

Hasan Gharib At Tirmizi dari Ibni Omar ra. Nabi saw menegah makan binatang yang makan najis dan menegah meminum sekiranya susu binatang tersebut busuk.
Mazhab Syafi'e Imam Nawawi, makruh

Hasan At Tirmizi dari Zahdam dari Abi Musa Al Ash'ari ra. Nabi saw makan ayam.

Monday, April 3, 2017

An-Nahl 118-121 SYURGA ALLAH HARAM UNTUK BUKAN ISLAM

Dato' Shamsuri 3-4-2017 Masjid simpang 4

Sahih Bukhari, Abi Hurairah ra sabda Nabi SAW. Nabi Ibrahim as memohon agar bapa baginda dipindahkan dari neraka ke syurga. Firman Allah SWT. Haram syurgaKu untuk kafir.

Allah cipta dunia & Allah sayang muslim
Sahih Muslim, Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Di akhirat, seorang lelaki berpenampilan hebat apabila ditimbang amalannya tidak melebihi sayap nyamuk. Al Kahfi 105 Allah tidak akan membantu golongan ini.

Sahih Muslim, Abi Mas'Ud ra sabda Nabi SAW Solat 5 waktu memadamkan dosa.

Sahih Muslim, Anaz b Malek ra sabda Nabi saw kepada pemuda yang sakit tenat. Doalah, "Rabbana atina fiddunia hasanah, wa fil ahiratihasanah waqina azabannar." Ya Allah, kurniakanlah kebaikan dunia akhirat kepadaku. Akhirnya pemuda tersebut sembuh.

Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms321 surah An Nahl ayat 118-121
16:118 Al-An Am 146 Yahudi diharamkan makan binatang berkuku, berkaki itik termasuk kambing dan lembu kerana derhaka pada Allah.
16:119 Allah Maha Menerima taubat dari hambaNya yang insaf dari kejahilan lampau.
16:220 Nabi Ibrahim as merupakan contoh ikutan kerana taatnya pada Allah tidak berbelah bagi lagi tidak pernah syirik.
16:221 Baginda sentiasa bersyukur dan dipelihara Allah.

Tuesday, March 28, 2017

Makmum baca Fatihah dalam hati

Syarah Dato’ Shamsuri – Bahrulmazi jilid 2 ms 226 Bab Bacaan Makmum Di Belakang Iman di Masjid Padang Temusu 28.3.2017
gambar hiasan

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Panas api neraka 70 kali ganda dari api dunia.
Sahih Bukhari dari A’isyah r anha Nabi saw ketika sakaratul maut, “Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku.”
Sahih Bukhari dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Manusia terkaya di dunia sanggup serahkan seluruh harta demi melepaskan diri dari seksaan yang paling ringan ketika di neraka.  

Imam An Nawawi hadis daif sunnah diamal dengan syarat bukan palsu


MAKMUM BACA FATIHAH SAJA DALAM HATI
Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan baca apa-apa surah bila jadi makmum ketika qiam. Fatihah adalah wajib bagi setiap kali qiam solat.
Abu Hurairah ra, Fatihah dibaca di dalam hati ketika qiam makmum berjemaah.

Hanya Mazhab Hanafi, Haram baca fatihah dan apa saja bacaan Quran ketika makmum berjemaah.

Wednesday, March 8, 2017

Ahlul Sufah dan Cara Sedekah

Ust Shamsuri syarah kitab Bahrulmazi bab 21 Ahlul Sufah Masjid Ab Fahim 8-3-2017
Sahih At Tirmizi Anaz b Malik ra. Seorang abang mengeluh adiknya tidak bekerja sedangkan dia sehari suntuk cari rezeki. Sabda Nabi s.a.w. Jangan kamu mengeluh dan mengata adik kamu kerana rezeki kamu disebabkan adik kamu yang setiap hari belajar Islam di masjid.
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. kepada Saad Abi Waqaz ra. Kadang kala rezeki yang diperolehi adalah berkat dari doa orang lain.
Al-Anfal 33 Allah tangguhkan azab kerana  Rasulullah s.a.w. berada dikalangan umat tersebut.
Pengajian kitab Bahrulmazi syarah Dato’ Ustaz Shamsuri bab 21 Ahlul Sufah ms 90
Ahlul Sufah adalah fakir miskin yang menumpang di masjid Rasulullah s.a.w. kerana tiada rumah. Mereka menerima ilmu islam secara bersemuka dari Nabi s.a.w. Sekiranya lapar, mereka akan memakan gantungan tandan kurma hasil sedekah dari masyarakat setempat. Ada dikalangan penduduk bersedekah buah kurma yang buruk lagi tidak elok.
HR At Tirmizi Al-Barraq ra sabda Nabi s.a.w. Sedekah barangan tidak elok adalah pernghinaan.
Sahih Bukhari Anaz b Malek ra Rasulullah s.a.w. takjub dengan Abu Talhah ra yang mewakafkan  kerbun kurma demi saham akhirat.  Baginda Nabi s.a.w. membalas, dahulukan adik beradik saudara mara. Abu Talhah kemudiannya mengagihkan 70 orang kerabatnya dengan setiap seorang mendapat 200 batang pokok kurma.
Sahih Muslim dari Asma’ bt Abi Baqh sabda Nabi s.a.w. Sedekahlah ikut kemampuan tetapi jangan berkira dengan Allah kerana dikhuatiri Allah berkira dengan kita.
Hasan Sahih At Turmuzi Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Sedekah terbaik ialah ketika sihat, ketika tengah sayang duit, ketika takut jadi miskin dan ketika sedang angan-angan menjadi kaya. Jangan menangguhkan sehingga nyawa di halkum.

Barangsiapa mendengar dan mengamalkan hadis-hadisku maka dia orang yang baik lagi beruntung. Setelah para sahabat mendengar saranan Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi sedekah ya
ng tidak elok.

Tuesday, March 7, 2017

An Nahl 113-117 Jangan bohong Halal Haram

Dato' Shamsuri 7-3-2017 Masjid simpang 4
gambar sekadar hiasan
Sahih Bukhari dari Masruk ra dari Abdullah b. Mas Ud ra. Nabi saw berdoa sehingga Mekah dilanda kemarau akibat tidak tahan dengan tekanan samseng Quraisyh. Abu Sufyan merayu pada Nabi saw agar turunkan hujan dan Allah makbulkan doa RasulNya tetapi Quraisyh tetap kekal dengan kekafiran mereka.

Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms320 surah An Nahl ayat 113-117
16:113 Allah hantar Nabi Muhammad saw yang juga saudara mara mereka sendiri tetapi mereka tetap kekal kafir walaupun setelah diuji dengan bencana Kemarau.
16:114 Syukur dengan beramal soleh kerana Allah yang mengurniakan rezeki halal.
16:115 Haram makan bangkai, darah, daging babi, sembelihan bukan kerana Allah kecuali sangat darurat dan tidak makan berlebihan. Kesilapan mempercayai halal juga diampuni Allah.
16:116 Jangan bohong mengatakan yang halal itu haram dan yang haram itu halal kerana ia ditentukan oleh Allah.
16:117 Bohong atas nama Allah dan Rasul hanya mendapat sedikit keseronokan dan kepuasan tetapi seksaan di neraka tidak terperi sakitnya.

Makan Belalang "Harus"

Dato' Shamsuri - BM 12 Bab Hukum Makan Belalang, Masjid Sultanah Bahiyah 7.3.2017
Hadis Hasan Imam Ahmad dari Ibrahim@Ibnul Ashram dari bapanya Malek b Al Haris tabi’in dari Abu Zar ra. Sabda Nabi saw, “Para sahabatku yang terakhir meninggal dunia tidak akan keseorangan kerana akan dibantu sekumpulan mukmin.”

Abu Zar merupakan sahabat terakhir Nabi s.a.w. yang akan meninggal dunia. Walaupun kebiasaannya tidak ada orang yang lalu di laluan perkampungan tersebut tapi Abu Zar Al-Ghifari ra tetap yakin akan janji kata-kata Rasulnya dan kenyataan tersebut menjadi kenyataan.


Hasan lagi Sahih At Turmuzi dari Abdullah b. Abi Aufah ra. Nabi s.a.w. membenarkan para sahabat makan belalang ketika di medan perang. Mazhab Syafi'e: Harus

Tuesday, February 21, 2017

BERBEKAM

Syarah Dato' Shamsuri 21-2-2017 Masjid Muttaqin Jitra
Sahih Bukhari dari Salim cucu Omar Al-Khattab r anhuma. Sabda Nabi saw 2 kali, aku berlepas tangan dari pembunuhan tawanan perang oleh Khalid Al Walid ke atas mereka yang lidahnya sukar menyebut islamkan diri.

Sahih Muslim dari Abdir Rahman b Abdil sabda Nabi saw. Quran ada 7 jenis qiraat bacaan.
Khalid Al-Walid @Pedang dari Pedang-Pedang Allah

Bahrulmazi jilid 14 ms48 bab Bekam
Hasan Gharib At Tirmizi dari Ibnu Abbas. Nabi saw berbekam antara bahu kanan dan belikat pada 17, 19 & 21 hb kalendar Islam.
Hasan Gharib At Tirmizi dari Ibni Mas'Ud ra. Ketika Israk Mikraj, Para jemaah mala'ikat menyuruh umat Nabi saw agar berbekam.
Hasan Gharib At Tirmizi dari Ibnu Abbas r anhuma. Nabi saw membayar upah tukang bekam kerana mengeluarkan darah kotor dari badan. Baginda bersabda Isnin dan Khamis sesuai berbekam.
Sahih Al Hakim dari Abu Hurairah ra. Jibril memberitahu Rasulullah saw agar berbekam.

Hasan Ibnu Majah ra Ibnu Omar r anhuma sabda Nabi saw. Masa terbaik bekam ialah pagi selepas Subuh kerana ada kesembuhan serta ingatan otak yang bagus. Jauhi berbekam selain Isnin Selasa dan Khamis.

Monday, February 20, 2017

Baitul Makmur

gambar hiasan
Dato' Shamsuri 20-2-2017 Masjid Tmn Brown

Sahih Muslim, dari Ibrahim dari bapaku Yazid At Taini dari Abu Zar Al Ghifari ra sabda Nabi saw. Allah jadikan mana-mana permukaan bumi ini dibenarkan solat.

Fathul Bhari, Sahih Bukhari, Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Allah perintahkan Nabi Ibrahim as memanggil seluruh manusia menunaikan haji di ka'bah yang siap dibina bersama anaknya Ismail as. Ibrahim as menyatakan ia mustahil dilakukan, Allah membalas serahkan urusan lain kepadaNya dengan syarat mesti lakukan terlebih dahulu. Akhirnya, manusia datang dari seluruh pelusuk dunia.

Sahih dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Al-Baitul Makmur terletak di langit ke 7 bertepatan di bawahnya ka’bah di bumi. Setiap hari 70,000 mala'ikat tawaf silih berganti mengelilinginya sekali sepanjang hayat mereka sehingga kiamat.


Tafsir Nurul Ihsan jilid 1 ms 243 surah Al-Maidah 97-99
5:97 Allah jadikan ka'bah sebagai rumah suci, arah solat, menunaikan haji dan umrah serta arah sembelihan dan korban. Allah Maha Mengetahui peristiwa yang lepas dan akan datang.
5:98 Seksa Allah amat pedih bagi mereka yang berdosa dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

5:99 Nabi saw hanya berdakwah dan Allah sentiasa mengetahui samada manusia mengikut RasulNya atau sebaliknya.

Wednesday, February 8, 2017

SIAPA ABU HURAIRAH RA

Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Bersedekah Harta Yang Buruk-Buruk Dan Simpan Harta Yang Elok, Masjid Abdullah Fahim 8.2.2017

gambar hiasan
Adbur Rahman bin Saqar merupakan pemuda miskin Yaman yang kemudiannya berkahwin dengan anak hartawan. Beliau berakhlak mulia dan kuat bersedekah.
Hadis Riwayat AbdurRahman bin Saqar (gelaran Abu “Hurairah/kucing kecil” ra oleh Rasulullah s.a.w.). Periwayat 5374 buah hadis. Kata beliau “Nabi s.a.w. sangat memahami dan bijak.”
Puak Ansar bersedekah pada Ahlul Sufah di masjid Rasulullah s.a.w. mengikut kemampuan masing-masing. Gantungan tandanan kurma dibenarkan Nabi s.a.w. di masjid untuk santapan penuntut ilmu.

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra. Sabda Nabi s.a.w. Hanya muslim yang benar-benar beriman akan mendapat syafaatku. 

Sahih At Turmuzi dari Al-Barraq b Aziq ra sabda Nabi s.a.w. Quran menyatakan jangan kedekut dan bersedekah yang baik-baik. 

Tuesday, February 7, 2017

BATALION ISLAM TAWAN MESIR

BATALION ISLAM TAWAN MESIR

Ustaz Shamsuri BM 12 Bab Makan Untuk Beribadah,Masjid Sultanah Bahiyah 7.2.2017

KOMANDER BATALION ISLAM MENAWAN MESIR - UBADAH B ASSAMIT radiallahu anhu

Sahih Muslim dari AsSunabihi ra dari Ubadah b Assamit r anhuma sabda Nabi s.a.w. Manusia yang meninggal dunia dalam keadaan muslim akan masuk ke syurga.

Ubadah b Assamit pernah menjadi salah seorang komander pasukan pimpinan Amru Al-Az bertujuan menakluk Mesir. Mulkaskis, pemerintah Mesir ketika itu mengarahkan tentera pertahanannya mengusir Ubadah tetapi Ubadah membalas, “sekiranya aku diusir maka akan datang ramai lagi yang lebih berkulit hitam dan lebih gerun dariku. Wahai Mulkaskis, kami adalah pasukan Islam yang mencari keredhaan Allah. Kami muslim hanya makan untuk menghilangkan kelaparan. Kami muslim hanya perlukan sehelai selimut saja untuk tidur lena tanpa kesejukan malam. Kami sekiranya diberikan uncang emas, kami langsung tidak pandang uncang emas tersebut malah kami akan agihkannya kepada fakir miskin.” Pemerintah Mesir kemudian berpaling kepada bala tenteranya sambil berkata, “Ketika dia masuk sebentar tadi, aku sudah ketakutan. Kini, percakapannya lebih menggerunkan aku.” Akhirnya Mesir jatuh ke tangan Islam pada zaman perintahan Khalifah Omar Al-Khattab ra.

Bahrulmazi jilid 12 ms 207 MUSLIM MAKAN SEDIKIT, KAFIR MAKAN BANYAK
Hasan Sahih At Tirmizi dari Ibnu Omar Al-Khattab r anhuma sabda Nabi s.a.w. Mukmin makan sedikit, kafir makan banyak. Hasan Sahih lagi Gharib At Turmuzi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Mukmin makan satu perut, kafir makan 7 perut

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. Berkongsilah makanan walaupun sedikit kerana makanan berdua cukup untuk bertiga, bertiga cukup berempat dan seterusnya.

Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra, walaupun makanan dirumahku sedikit tetapi aku nampak makanan tambahan keluar dari celahan jari Nabi s.a.w. cukup menampung jamuan 100 ahli sufah secara 10 orang makan bergiliran.

Monday, February 6, 2017

AN-Nahl 110-112 Anggota tubuh Manusia saksi dosa

Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 110-112, Masjid simpang empat 6.2.2017

Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah r.a sabda Nabi s.a.w. 
Khalid Al-Walid bakal menjadi pedang dari pedang-pedang Allah.  
Tafsir Nurul Ihsan Ms319 “Teks pemahaman” An Nahl 16:110-112

16:110 Allah memaafkan muslim yang dipaksa murtad dengan seksaan dan ugutan bunuh oleh kafir Quraisyh.
16:111 Di akhirat, anggota tubuh badan manusia akan menjadi saksi kepada setiap dosa yang telah dilakukan. Riwayat Ibnu Abbas, roh dan jasad juga saling menyalahkan sesama mereka tetapi firman Allah, kedua-duanya dicampak ke neraka.
16:112 Allah mengurniakan negara yang aman dengan limpahan rezeki tetapi sekiranya kufur sehingga mendatangkan kemurkaan Allah, maka azab bencana akan turun. Sahih Muslim, Nabi s.a.w. baca qunut nazilah untuk selamatkan muslim yang ditindas dan meminta Allah kuatkan azab ke atas penentang Islam. Mekah kemudiannya kemarau dasyat sehingga kafir yang kelaparan memakan bangkai.

Wednesday, January 11, 2017

Solat Wusto@Asar

Syarah Ustaz Shamsuri BM Solat Wusto 11.1.17 Masjid Abdullah Fahim

Surah Al-Ghafir ayat 50: Bukankah semasa 
di dunia terdapat info kafir kekal neraka?
(Soalan Allah pada Manusia kekal Neraka)
Sahih At Tirmizi sabda Nabi s.a.w. Ghafir 50: Bukankah semasa  di dunia terdapat maklumat mati kafir kekal neraka. Al-Mukminun 106: Kafir memohon untuk kembali ke dunia  setelah menyesal akibat tidak muslim. Al-Mukminun 108: Allah membalas mati kafir kekal neraka dan jangan berani bercakap denganKu lagi.
Sahih At Tirmizi dari Anas b Malek ra sabda Nabi s.a.w. Al-Hijr 2,  Setelah muslim diseksa dan dibebaskan, kafir yang kekal neraka menyesal akibat tidak mati dalam Islam.

Dalil Paling Kuat WUSTO itu ASAR
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Samurah b Jundub ra sabda Nabi s.a.w. Solat Wusto itu Asar.
Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari Ali b Abi Talib Karamalla hu wajha. Nabi s.a.w. berdoa kebinasaan kepada kafir dalam perang Kandak kerana menyebabkan baginda lewat solat Wusto pada waktu Asar.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Zaid b Sabit, Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Solat Wusto adalah solat Asar.

Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Zaid b Arqam ra sabda Nabi s.a.w. Berdiri solat kerana Allah dalam keadaan diam kecuali zikir puji-pujian kepada Allah.