Nota Cinta

Tuesday, May 2, 2017

Ramadhan tiba

Ustaz Shamsuri - BM 12 Bab Hukum Makan Burung Unta Dan Hubara, Masjid Sultanah Bahiyah 2.5.2017
Sabda Nabi s.a.w. Munafik tidak merasa untuk mengalu-alukan kedatangan Ramadhan.
Sahih Ibnu Majah dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Ada 3 golongan yang doanya tidak ditolak Allah iaitu pemimpin adil, orang yang berpuasa dan orang yang dizalimi. 
Sahih An nasa’I dari Ibnu Abbas r anhuma sabda Nabi s.a.w. pahala umrah bulan Ramadhan sama seperti pahal haji.
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Abdikan diri pada Allah, jangan syirik, jaga solat 5 waktu, bayar zakat dan puasa. Lakukan semuanya bersungguh sekiranya mahu ke syurga. 
Hasan Sahih Imam Ahmad dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Ramai yang puasa dan solat sunat tapi sia-sia kerana tidak ikhlas dan tiada kesungguhan.
Musnad As-Syafi’e sabda Nabi s.a.w. Ketika di Mekah, Malaikat berkata pada Nabi Adam a.s., wahai Adam, sempurnakan hajimu kerana Allah.
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Haji kerana Allah ialah tidak bercakap keji, jangan buat perkara fasik dan sabar.
Riwayat Ibni Abbas r anhuma. Nabi s.a.w. yang sangat pemurah tersebut akan lebih lagi pemurah pada bulan Ramadhan. Mala’ikat Jibril datang berjumpa Nabi s.a.w. pada setiap malam Ramadhan untuk ujian bacaan Quran yang diterima baginda.
Hadis Gharib AtTirmizi dari Ali b Abi Talib ra sabda Nabi s.a.w. Baca Quran, Hafaz Quran, Halalkan apa yang Allah halalkan dan haramkan apa yang Allah haramkan akan masuk syurga dan boleh memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya yang wajib ke neraka untuk masuk ke syurga.  
Sahih At Tirmizi Nabi s.a.w. dikurniakan anugerah pemberi syafaah@menolong umatnya di akhirat.  
Sahih At Tirmizi Anaz b Malek ra. Ya Rasulullah s.a.w. bolehkah saya dapatkan syafaat tuan. Jawab Nabi s.a.w. aku akan berikan syafaat pada kau budak kecil, cariku di telagaku wahai Anaz.
Sahih Bukhari dari Osman b Affan ra. Sabda Nabi s.a.w. Orang yang paling afdal ialah yang belajar dan mengajar Quran.

Bahrulmazi jilid 12 ms 218 bab makan burung hubara.
Hadis gharib/daif At Tirmizi dari Sufailah ra. Nabi s.a.w. makan burung hubara.
Mazhab Syafi’e imam AnNawawi, semua jenis burung halal dimakan.
Hasan Gharib AtTirmizi dari Umi Salamah r anha Nabi s.a.w. makan daging bakar yang telah disalai.

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Juhaifah ra sabda Nabi s.a.w. aku tidak makan sambil tangan letak di belakang. Imam Al-Ghazali Ihya Ulumuddin adab makan ialah kekal duduk posisi sama sehingga selesai makan. 

No comments:

Post a Comment