7 muslim pertama di
Dunia. Syarah Dato' Shamsuri 4-4-2017 Masjid
Sultanah Bahiyah
Sahih Riwayat Az Zahabi. Ibni
Mas Ud ra menyenaraikan 7 muslim pertama dunia yang menzahirkan Islam dimulai 1
Rasulullah saw 2 Abu Bakar As Siq 3 Amar b Yaser 4 Sumayyah 5 Suhaib b Sinan Ar
Rumi 6 Bilal b Rabah@Muazzin Rasulullah saw 7 Al Miqdad ra.
Sahih Muslim. Abu Bakar
melaporkan Salman Al Farisi, Bilal dan Suhaib mempersenda bekas ketua musuh
perang Uhud iaitu Abu Sufian yang masih belum memeluk Islam ketika itu kepada
Rasulullah saw. Sabda Nabi saw. aku takut Allah murka dengan kamu. Abu Bakar
segera kembali berjumpa 3 sahabat untuk
memohon kemaafan.
Hasan Sahih Ibnu Majah sabda
Nabi saw. Tukang azan akan dikurniakan keampunan Allah sejauh kedengaran
suaranya. Setiap mahkluk dunia yang mendengar azannya memohon keampunan pada
tukang azan tersebut.
Sahih Ibnu Majah, sabda
Nabi saw, tukang azan selama 12 tahun akan diwajibkan syurga ke atasnya.
Sahih Muslim, Abi
Hurairah ra. Rasulullah saw bertanya Bilal tentang amalan yang dilakukan
sehingga baginda bermimpi bunyi tapak kasut Bilal mendahului baginda di syurga.
Bilal hanya menerangkan tentang kesempurnaan wuduk dan solatnya.
Bahrulmazi jilid 12 ms 215 bab makan
binatang yang makan kotoran.
Hasan Gharib At Tirmizi dari
Ibni Omar ra. Nabi saw menegah makan binatang yang makan najis dan
menegah meminum sekiranya susu binatang tersebut busuk.
Mazhab
Syafi'e Imam Nawawi, makruh
Hasan At Tirmizi dari
Zahdam dari Abi Musa Al Ash'ari ra. Nabi saw makan ayam.
No comments:
Post a Comment