Dato' Shamsuri 7-3-2017 Masjid
simpang 4
gambar sekadar hiasan |
Sahih Bukhari dari Masruk ra
dari Abdullah b. Mas Ud ra. Nabi saw berdoa sehingga Mekah dilanda kemarau akibat tidak tahan dengan tekanan samseng
Quraisyh. Abu Sufyan merayu pada
Nabi saw agar turunkan hujan dan Allah makbulkan doa RasulNya tetapi Quraisyh
tetap kekal dengan kekafiran mereka.
Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms320
surah An Nahl ayat 113-117
16:113 Allah
hantar Nabi Muhammad saw yang juga saudara mara mereka sendiri tetapi mereka
tetap kekal kafir walaupun setelah diuji dengan bencana Kemarau.
16:114 Syukur
dengan beramal soleh kerana Allah yang mengurniakan rezeki halal.
16:115 Haram
makan bangkai, darah, daging babi, sembelihan bukan kerana Allah kecuali sangat
darurat dan tidak makan berlebihan. Kesilapan mempercayai halal juga
diampuni Allah.
16:116 Jangan
bohong mengatakan yang halal itu haram dan yang haram itu halal kerana ia
ditentukan oleh Allah.
16:117 Bohong
atas nama Allah dan Rasul hanya mendapat sedikit keseronokan dan kepuasan
tetapi seksaan di neraka tidak terperi sakitnya.
No comments:
Post a Comment