Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 110-112, Masjid simpang empat 6.2.2017
Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah r.a sabda Nabi s.a.w.
Khalid Al-Walid bakal menjadi pedang dari pedang-pedang Allah.
Tafsir Nurul Ihsan Ms319 “Teks pemahaman” An Nahl 16:110-112
16:110 Allah memaafkan muslim yang dipaksa murtad dengan seksaan dan ugutan bunuh oleh kafir Quraisyh.
16:111 Di akhirat, anggota tubuh badan manusia akan menjadi saksi kepada setiap dosa yang telah dilakukan. Riwayat Ibnu Abbas, roh dan jasad juga saling menyalahkan sesama mereka tetapi firman Allah, kedua-duanya dicampak ke neraka.
16:112 Allah mengurniakan negara yang aman dengan limpahan rezeki tetapi sekiranya kufur sehingga mendatangkan kemurkaan Allah, maka azab bencana akan turun. Sahih Muslim, Nabi s.a.w. baca qunut nazilah untuk selamatkan muslim yang ditindas dan meminta Allah kuatkan azab ke atas penentang Islam. Mekah kemudiannya kemarau dasyat sehingga kafir yang kelaparan memakan bangkai.
No comments:
Post a Comment