Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Nurul
Ihsan jilid 1 ms241 Surah Al Maidah Ayat 93-96, Masjid Taman Brown 17.4.2017
Sahih Muslim dari Anaz b Malek
ra. Abu Talhah ra
serta-merta memusnahkan tong-tong arak kesayangannya setelah turun ayat Quran mengharamkan arak.
Sahih Bukhari dari Jabir b
Abdillah ra. Para sahabat resah kerana ramai muslim yang telah syahid pernah minum arak semasa hayat mereka.
Al Ma’idah 5:93 Tidak berdosa sekiranya belum turun ayat Quran tentang pengharaman.
5:94 Tiada manusia tidak diuji Al-Baqarah 155 Allah uji rasa takut pada
muslim dan berilah khabar gembira kepada mereka yang sabar.
5:95 Dilarang berburu semasa ihram kerana ia adalah ujian taqwa. Sekiranya dilanggar neraka
tempatnya tetapi Allah Maha Pengampun memberi kemudahan membayar dam. Burung unta damnya unta, rusa damnya lembu, kijang
damnya kambing, mana-mana setaraf atau lebih nilai dengan binatang yang
dibunuh. Penentu dam ialah yang dipercayai agamanya. Bayar dam hanya di Mekah
dan disedekahkan kepada fakir miskin. Kafarah sekiranya tidak bayar dam ialah
harga seekor kambing digunakan untuk membeli makanan dengan 1 cupak 1 orang
miskin. Sekiranya tidak bayar kafarah diwajibkan puasa 1 hari menggantikan 1
cupak. Tujuannya agar pengajaran akibat derhaka Allah.
Barangsiapa mengulangi kesalahan akan diseksa di neraka.
5:96 Dihalalkan memburu binatang
laut. Haram binatang dua alam. Haram binatang laut beracun. Haram memburu
binatang darat ketika dalam ihram melainkan yang memburu itu bukan dalam ihram
dan halal dimakan binatang buruan tersebut. Oleh tu, taatlah perintah Allah
dengan sedaya upaya.
Sahih Bukhari Muslim sabda
Nabi s.a.w. 5 binatang yang halal dibunuh apa jua keadaan iaitu
gagak, helang, kala jengking, tikus dan anjing gila.
No comments:
Post a Comment