Nota Cinta

Monday, April 24, 2017

MAKMUM DIAM DENGAR IMAM

Syarah Dato' Shamsuri 24-4-2017 Masjid Padang Temusu
Sahih At Tirmizi dari Muaz b Jabal ra, sabda Nabi saw. Untuk ke syurga mestilah abdikan diri pada Allah, solat 5 waktu, puasa ramadhan, zakat dan haji. Pintu kebaikan ialah puasa sunat, sedekah dan solat sunat. Pengawalan diri ialah taat Islam. Tiang Islam ialah solat. Kemuncak pengorbanan ialah jihad ke jalan Allah. Akhir sekali jaga lidah percakapan kerana ia penghumban manusia ke neraka.
gambar hiasan
Sahih Ibnu Majah, Huzaifah Al Yaman sabda Nabi saw@penyimpan rahsia Rasulullah saw sabda Nabi saw. Islam akan luntur ditelan zaman sehingga Al-Quran ditarik oleh Allah. Syahadah yang ikhlas membawa ke syurga.
Sahih Muslim, Abi Hurairah ra, Rasulullah saw bertanya apakah amalan yang kamu lakukan sehingga mimpiku di Syurga, bunyi kasutmu mendahuluiku. Bilal memberitahu wuduk dan solat dengan tertib.
Sahih Bukhari, Abu Bakar membenarkan Bilal ke Syam setelah berhenti menjadi tukang azan selepas kewafatan Rasulullah saw.
Hasan At Tirmizi, Fatimah bt Hussein b Ali b Abi Talib cicit Rasulullah saw dari Fatimah Al Qubro bt Nabi Muhammad saw. Nabi saw berselawat, doa  dan solat sunat 2 rakaat sebagai adab masuk masjid.
Bahrulmazi ms 231 masalah 433
Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan baca apa-apa surah termasuk fatihah bila jadi makmum kerana ia mengganggu imam. Fatihah wajib dibaca tetapi di dalam hati bila mengikut imam.

Mazhab Syafi'e, Imam AnNawawi, Subuh Maghrib Isyak, hanya mendengar bacaan imam. Zohor dan Asar imam baca fatihah perlahan, dibenarkan baca surah pendek.

No comments:

Post a Comment