Sahih Muslim, Setelah Abu Hurairah ra, puas memujuk ibunya yang enggan memeluk islam akhirnya Abu Hurairah minta bantuan Nabi s.a.w. untuk mendoakan permintaannya. Allah telah perkenaankan doa baginda Rasulullah s.a.w. sehingga Abu Hurairah ra menangis kegembiraan.
Abu Hurairah ra kemudian minta Rasulullah s.a.w. berdoa agar orang-orang beriman saling menyayangi keluarganya dan mereka menyayangi orang-orang beriman.
Kata Abu Hurairah ra. Alhamdulillah, para mukminin yang mendengar hadisku walaupun tak pernah berjumpaku menyayangiku.
Sunan AdDarimi dari Abi Addurrahman Ar-hubuli ra. sabda Nabi s.a.w. Siapa di dunia pisahkan kasih sayang antara ibu dan anak, Allah akan pisahkan dia terpisah dari orang-orang yang disayanginya.
KASIHI IBUBAPA MELEBIHI JIHAD
Sahih Al-Bukhari dari Abdullah bin Amru b Al-Az ra. Jahimah ra menuntut untuk berjihad perang di hadapan Rasulullah s.a.w. sabda Nabi s.a.w. sekiranya masih ada ibu dan ayah, buatlah kebaikan pada ibubapa kerana itu lebih utama.
Bahrulmazi jilid 2 ms 206
Hasan Sahih At Tirmizi dari A'isyah r anha, Nabi s.a.w. selesai salam solat akan berkata wirid, Allahumma antasalam waminkassalam tabaraqta yazaljala iwal iqram.
(Wahai Tuhanku, Engkaulah sejahtera dari kekurangan (tiada kekurangan@Maha Sempurna), daripada Engkaulah, sejahtera makhluk manusia, ....)
‘Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir’ (tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang tunggal, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruh kekuasaan, dan bagiNya juga seluruh pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu)
Paling minima wirid Nabi s.a.w. , "Astagfirullah hal azim x 3 kali"
Hadis Hasan AtTurmuzi, Bukhari dan Muslim. Nabi s.a.w. pernah selepas solat beredar begitu saja samada kiri atau kanan bergantung kehendak baginda.
No comments:
Post a Comment