Sahih AtTirmizi & Imam Ahmad dari Anaz bin Malek Radiallahu Anhu. Zahir pemuda perkampungan arab badwi pernah menghadiahkan buah tangan kepada Nabi SAW dan baginda amat menghargai pemberian tersebut dengan memakainya sebagai tanda penghargaan. Satu hari Zahir datang lagi ke Madinah, Nabi SAW datang dari belakang memeluk pinggang Zahir. Zahir merasa tidak selesa dan meminta dilepaskan sambil bertanya siapa yang bergurau denganku ini. Apabila di alih belakang, alangkah terkejutnya yang bergurau dengannya itu ialah manusia mulia kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Zahir bersyukur dan membiarkan belakangnya dirapatkan ke dada Rasulullah SAW kerana baginya, ia merupakan penghormatan tertinggi dari Allah yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya. Kemudian Nabi SAW bergurau lagi di khalayak ramai para sahabat, “Siapa yang nak beli Zahir ni, Siapa yang nak beli Zahir ni? J” kata Zahir “Ya Rasulullah, demi Allah, saya ni barang tidak laku, tiada rupa dan tentu sekali tiada siapa yang nak berkawan.” Sabda Rasulullah SAW, “Demi Allah wahai Zahir, kamu mahal di sisi Allah”.
Sahih AnNasa'e sabda Nabi s.a.w. Lihatlah pengembala kambing ini kerana dia seorang manusia yang berprofil rendah tetapi dia sentiasa azan solat dan menjaga solatnya sehingga Allah berfirman, lihatlah hambaku yang miskin ini, dia takut akan Aku maka Aku ampunkan dosa-dosanya dan letakkan dia dalam syurga.
Bahrulmazi jilid 12 ms191
HABISKAN MAKANAN
gambar hiasan |
ADAB MAKAN LEBIH SEORANG
Sahih At Turmuzi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi s.a.w. Baraqah diturunkan Allah pada tengah hidangan rezeki makanan.
Menurut Imam Al-Ghazali, mazhab Syafi'e pula. Capai lauk dihadapan terlebih dahulu kemudian minta dengan sopan lauk di belakang.
Sahih Bukhari Muslim dari Jabir ra sabda Nabi s.a.w. Mala'ikat Jibril dan Mikail tidak suka bau busuk seperti contoh busuk hasil mereka yang makan bawang putih. Dilarang maasuk masjid selepas makan bawang putih.
No comments:
Post a Comment