Sahih Muslim Ibnu Omar r anhuma.
Ketika pemerintahan Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w. mengistiharkan perang Khaibar akibat pengkhianatan Yahudi yang berpakat dengan musuh untuk menghancurkan Islam sedangkan mereka telah berjanji bersama-sama Rasulullah s.a.w. untuk mempertahankan serangan dari pihak luar yang menyerang Madinah. Yahudi yang tewas merayu agar dibenarkan tinggal bersama muslim kerana hasil ekonomi mereka yang sedang berkembang. Rasulullah s.a.w. yang lembut hati membenarkan mereka tinggal tetapi dengan syarat dikenakan cukai jizyah hasil ekonomi Yahudi dan Yahudi hanya tinggal sementara sehingga tempoh dirasakan perlu dihalau keluar. Yahudi tinggal sehingga pemerintahan Abu Bakar As Siddiq tetapi pada zaman pemerintahan bapanya, Saidina Omar Al-Khattab ra. adalah orang pertama menghalau Yahudi keluar dari tanah Arab.
gambar hiasan |
Sahih Bukhari, semasa perang Khaibar, kaki Salamah hampir putus ditetak musuh tetapi selepas disembur dengan ludahan 3 kali oleh Rasulullah s.a.w. serta merta kakinya sembuh sseperti asal.
Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra. Seorang pejuang Khaibar yang sedang cedera parah tidak dapat menahan kesakitan lalu mencapai panah terus membunuh diri. Sabda Nabi s.a.w. yang diberitahu tentang kejadian tersebut "Pejuang yang dirasakan mati yashid tadi sebenarnya di neraka. Cepat beritahu orang ramai, tidak akan masuk syurga melainkan muslim yang benar-benar beriman pada Allah."
NURUL EHSAN Al-Maidah 5:78-81
5:78 Dari Zabur, Taurat, Injil danQuran, di atas lidah Nabi Daud a.s. Sekelompok nelayan Yahudi bani Israil yang menetap di kampung Ailah sempadan Palestin telah disumpah menjadi kera dan babi kerana mereka gagal dalam ujian Allah. Allah sengaja menguji mereka dengan limpahan ikan hanya pada hari Sabtu sedangkan Allah juga telah jadikan hari tersebut merupakan hari larangan menangkap ikan.
5:79-80 Golongan yang sengaja tidak menegur kesalahan di kalangan Yahudi ini juga sangat dimurkai Allah dan bagi mereka juga kekal neraka.
5:81 Sekiranya benar beriman kepada Allah dan Nabi, muslim tidak akan berpihak bersama kafir yang menentang Allah dan Nabi.
5:82 Sebaliknya ambillah sesama muslim sebagai rakan kerana Yahudi dan mushrikin terang-terangan golongan fasik dan suatu hari kamu akan sedar kebenaran kesilapan kamu akibat mengambil kafir sebagai rakan.
No comments:
Post a Comment