Nota Cinta

Monday, May 2, 2016

BISIKAN SYAITAN & CARA ATASI & AN-NAHL 16:95

Sahih Bukhari dari Safiyah bt Huyai sabda Nabi s.a.w. Syaitan sentiasa berjalan melalui salur darah manusia, aku takut hasutan syaitan membuatkan kamu memandang buruk kepadaku.

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Syaitan cuba sedaya upaya menggangguku dalam solat tetapi kuasa Allah memenangku dalam menunaikan solat.

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Syaitan melarikan diri apabila bunyi azan dan kembali seselai bunyi azan. Syaitan melarikan diri sekali lagi apabila bunyi Iqamah kemudian kembali selepas selesai Iqamah.
Syaitan masuk ke hati manusia dan membisikkan ingatan duniawi sehingga muslim lupa rakaat solat. Apabila terjadi sedemikian, lakukan sujud sahwi sebelum habis solat.

Sahih Bukhari dari Sulaiman b Surad ra. Terdapat dua orang sahabat sedang bergaduh bermaki-makian sehingga muka merah menyala. Sabda Nabi s.a.w. Sekiranya sesiapa yang marah sebut "aku berlindung dari syiatan" maka kemarahannya akan hilang. A'uzu billa himinasyhaitan." Setelah mereka menyebut, kedua-duanya berkata" gilakah kami bergaduh sesama saudara baik."

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra. Sabda Nabi s.a.w. syaitan masuk ke dalam fikiran manusia menyruh memikirkan siapa makhluk penyebab orang gila, siapakah makhluk di dalam pelangi, siapakah, siapakah sehingga persoalan kepada siapakah yang jadikan Allah, apakah Allah ni berjirim berjisim, bagaimankah Allah bergerak, maka segera ucapkan "aku berlindung dari syaitan yang direjam." kerana ini kerja syaitan yang bakal merosakkan fikiran manusia.

Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas ra. sabda Nabi s.a.w. Apabila suami ingin bersama isteri, minta kepada Allah jauhi syaitan sebagai "Pelindung Diri" anak yang bakal lahir.

Sahih Bukhari dari Jabir ra sabda Nabi s.a.w. Panggilkan semua kanak-kanak masuk rumah kerana waktu senja ke maghrib ialah waktu Syaitan berkeliaran sehingga waktu Isyak. Pastikan pintu ditutup sambil dengan sebutan nama Allah, pastikan bekas-bekas air atau makanan ditutup.

Nurul Ehsan jilid 2 ms 316 Surah 16) AnNahl ayat 95-100

16:95 Jangan jual agama dengan tidak menegur kemungkaran demi keuntungan dunia.
16:96 Harta pangkat serta kekayaan dunia akan binasa malah tidak dapat menandingi ibadah akhirat seperti sedekah masjid dan amal jariah sebelum mati kerana pahala itu kekal. 
16:97 Amal soleh mukmin akan mendapat kualiti hidup dengan rezeki mencukupi. 
16:98-99  Sentiasalah sebut ("a'uzubillah hi minashyaitannirojim / aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam") akan mengelakkan diri dari pengaruh syaitan. 
16:100 Tidak menyebutnya akan menjadi mangsa syaitan dan mudah melakukan perkara bertentangan Islam. 

No comments:

Post a Comment